Berita Utama Kes Adib Malang Jika Kpn Belakangi Bukti Mahkamah


BANGI, 20 Zulkaedah 1441H, Ahad – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador seolah-olah membelakangi bukti yang diberikan dalam mahkamah ketika mengulas mengenai kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Kesal dengan tindakan itu, Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan KPN seperti mahu membuat kesimpulan bahawa pembunuhan tidak berlaku hanya kerana siasatan sukar dibuat.
Bidasnya, pihak mahkamah sendiri menyatakan dalam laporan inkues bahawa terdapat elemen berlakunya pembunuhan.
“Justeru, KPN sepatutnya menyatakan agar siasatan akan diteruskan sahaja tanpa mengulas lanjut sebegitu kerana yang paling penting sekarang ialah untuk menangkap semula suspek-suspek yang pernah dilepaskan dahulu, bukannya terus membuat kesimpulan.
“Saya merasakan perkara ini sangat serius dan bukan boleh mengeluarkan sebarangan kenyataan kerana saya bimbang jika ada implikasinya. Pihak mahkamah telah arahkan pihak polis membuat siasatan, maka teruskanlah tanpa banyak dalih lebih-lebih lagi yang mati ini adalah penjawat awam juga.
“Yang paling menyedihkan ialah perasaan dan keadaan keluarga Muhammad Adib yang masih sedih dan trauma. Maka, kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan pasti amat menyakitkan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, keluarga Allahyarham Muhammad Adib kesal dengan fakta dikeluarkan Abdul Hamid pada 10 Julai lalu yang didakwa jelas tidak menghormati dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner.
Barisan peguam keluarga Allahyarham berkata, adalah tidak adil untuk KPN merumuskan kononnya tiada keterangan yang dapat mengaitkan Muhammad Adib dibunuh hanya kerana dua pegawai bomba yang bersama mangsa pada malam kejadian mengatakan tidak nampak apa yang berlaku.
Lebih lagi tidak munasabah untuk KPN cuba menggambarkan kononnya Muhammad Adib tidak diserang kerana tiada kesan kecederaan mempertahankan diri pada tubuhnya, kata mereka.
Pada masa sama, barisan peguam juga tegas menolak sebarang keperluan untuk siasatan semula punca kematian kononnya melalui satu ‘pasukan kajian semula’.
Sebelum ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk menubuhkan Pasukan Kajian Semula, bagi menyiasat semua aspek kes kematian Muhammad Adib.
Abdul Hamid Bador berkata, pasukan itu akan melakukan siasatan yang tertumpu kepada saksi-saksi.
Katanya, ia termasuklah pandangan seorang pakar patalogi forensik dari Hospital Kuala Lumpur dan seorang lagi pakar forensik yang dilantik oleh keluarga Muhammad Adib, sepanjang inkues berlangsung di Mahkamah Koroner bermula pada 11 Februari hingga 24 Julai tahun lepas, di Shah Alam.
Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.
Pada 27 September tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.
ISMAweb The post Berita Utama Kes Adib: Malang jika KPN belakangi bukti mahkamah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/12/berita-utama-kes-adib-malang-jika-kpn-belakangi-bukti-mahkamah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Utama Kes Adib Ubah Pengakuan Kepada Polis

Saksi Utama Kes Adib Ubah Pengakuan Kepada Polis

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 297 hits
Ketika banyak pihak ternanti nanti perkembangan siasatan kes pembunuhan Muhammad Adib Mohd Kassim polis hari ini memberitahu seorang saksi penting mengubah keterangannya Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed per...
Kes Adib Pdrm Sangkal Keluarkan Kenyataan Bercanggah Dengan Mahkamah Koroner

Kes Adib Pdrm Sangkal Keluarkan Kenyataan Bercanggah Dengan Mahkamah Koroner

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR 13 Julai Polis Diraja Malaysia menyangkal dakwaan tidak menghormati dan mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan mahkamah koroner berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Ketua Polis Negara Tan S...
Rentasan 709 Barisan Peguam Bidas Percanggahan Kenyataan Kpn Terhadap Kes Kematian Adib

Rentasan 709 Barisan Peguam Bidas Percanggahan Kenyataan Kpn Terhadap Kes Kematian Adib

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 294 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7091 PEMIMPIN KAYA RAKYAT MISKIN KATA ANWAR 2 PERLUKAH BATAS KEBEBASAN MEDIA 3 ADIB MANGSA POLITIK BIGOTRY 4 BUY MUSLIM FIRST ITU RETORIK POLITIK
Kes Adib Keputusan Inkues Tak Mengikat Siasatan Polis Kata Igp

Kes Adib Keputusan Inkues Tak Mengikat Siasatan Polis Kata Igp

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 306 hits
MALAYSIAKINIPasukan Kajian Semula berhubung kematian Muhammad Adib Mohd Kassim bukan bermakna tidak menghormati keputusan Mahkamah Koroner dalam inkues menyiasat punca kematian anggota bomba itu kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Abd...
Panggil Semula 100 Saksi Kes Adib Zuraida

Panggil Semula 100 Saksi Kes Adib Zuraida

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 347 hits
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin semasa mengadakan lawatan ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang hari ini FOTO BERNAMAMELAKA Polis Diraja Malaysia disyorkan untuk memanggil semula semua saksi kes ke...
Kertas Siasatan Kes Adib Sedang Dilengkapkan

Kertas Siasatan Kes Adib Sedang Dilengkapkan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 267 hits
Tidak bersuara tidak bermakna kita melupakan Ohmedia yakin rakyat Malaysia masih menantikan keadilan ke atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang masih belum ada kesudahannya Terbaru Huzir Mohamed yang merupakan Pengarah Ja...
Buka Semula Kes Sejuk Beku Jsjk Kpn

Buka Semula Kes Sejuk Beku Jsjk Kpn

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 253 hits
Kesemua kes kes sejuk beku Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lepas akan diteruskan semula siasatan dengan pegawai bertanggungjawab diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya kata Ke...
Bagaimana Kes Adib

Bagaimana Kes Adib

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 211 hits
Nizam Aka Mana pergi walaun walaun yang siang malam menuntut bela kematian Allahyarham Adib dulu Kononnya PH sembunyikan pembunuh Sekarang kamu dah jadi KERAjaan apa lagi heret keluarlah pembunuh itu Nak tanya Pas ni belah adib atau belah k...
Kes Adib Polis Cadang Tubuh Pasukan Kajian Semula

Kes Adib Polis Cadang Tubuh Pasukan Kajian Semula

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR 10 JULAI Polis Diraja Malaysia bercadang untuk menubuhkan Pasukan Kajian Semula bagi menyiasat kesemua aspek kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pasukan itu ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It