Sri Ram Tidak Pernah Jelaskan Bukti Terhadap Najib Kata Apandi




PETALING JAYA: Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali hari ini berkata, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram tidak pernah menjelaskan kepadanya bukti yang terdapat dalam domain awam selepas mendesak supaya bekas perdana menteri Najib Razak ditahan dan dituduh di mahkamah.
Apandi yang merupakan peguam negara ketika itu membuat dakwaan seterusnya terhadap Sri Ram dalam afidavit yang difailkan bagi menyokong saman untuk menyingkirkan beliau sebagai pendakwa raya dalam perbicaraan kes jenayah melibatkan Najib.
Apandi berkata, Sri Ram menggunakan terma “domain awam” secara longgar disebabkan tidak berani untuk menyentuh subjek perbualan sebenar ketika mereka bertemu pada 2018.
Pada Selasa, Sri Ram berkata, beliau menasihati Apandi, tentang bukti dalam domain awam terhadap Najib dan menjadi tugasnya sebagai peguam negara untuk menahan dan mendakwa Najib.
Sri Ram turut mengaku bertemu dengan Apandi di kediaman peribadinya pada Jan 2018, dengan mengatakan Apandi dan isterinya Faridah Begum KA Abdul; Kader menjadi sasaran cybertrooper yang mendakwa bekas peguam negara itu tidak setia, tidak cekap dan menyalahgunakan kuasanya.
Apandi bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dengan berkata, terkejut bahawa Sri Ram “mencipat naratif itu”.
Bahkan beliau mendapatinya sangat menarik apabila Sri Ram secara tidak konsisten mendakwa beliau dan isterinya diserang cybertrooper yang dibayar oleh Najib.
Namun menurut Apandi, Sri Ram pada masa sama mendakwa beliau memihak kepada Najib berhubung isu melibatkan kesnya.
“Saya percaya Sri Ram hanya mengada-adakan cerita ini berdasarkan kenyataan ringkas yang ditulis dalam terbitan Facebook saya bahawa saya diserang oleh cybertrooper daripada kedua-dua belah pihak, tetapi naratif beliau tidak pernah menjadi subjek perbincangan pada perjumpaan tersebut.
“Saya sememangnya tidak pernah menuduh bahawa cybertrooper pemohon (Najib) menyerang saya. Sri Ram juga tidak pernah memberikan sebaranga alasan atas sebab apa saya diserang,” katanya dalam afidavit yang dilihat oleh FMT.
Apandi juga berkata, Sri Ram tidak berputus asa untuk mendesaknya supaya mendakwa Najib walaupun menyedari tugasnya sebagai seorang peguam negara “akan segera berakhir”.
Menurut Apandi, berdasarkan pesanan dengan Sri Ram di WhatsApp, Sri Ram berasa selesa dengannya dan kerana itu cukup berani untuk membuat cadangan yang tidak masuk akal untuk menahan dan mendakwa Najib.
Beliau juga mendakwa Sri Ram lebih mengetahui tentang kedudukannya sebagai peguam negara daripada apa yang didedahkan.
“Mesej terakhir daripada Sri Ram ini merupakan satu peringatan oleh beliau ataupun satu kesalan bahawa saya sebenarnya boleh menyelamatkan diri saya dan sambung tugas sebagai peguam negara jika menuruti nasihat beliau yang disampaikan daripada Tun Mahathir supaya menangkap serta mendakwa pemohon (Najib).
“Berdasarkan juga daripada perbualan WhatsApp di antara Sri Ram dengan saya serta perbualan pada hari perjumpaan tersebut, saya percaya saya telah diberhentikan sebagai peguam negara pada 4 Jun 2018 kerana tidak menuruti permintaan mereka.”
Pada masa sama, dalam afidavit berasingan, isteri bekas peguam negara, Faridah Begum KA Abdul Kader mempertahankan hujah suami beliau Apandi berhubung dakwaan mengaitkan wujud usaha Mahathir untuk menahan Najib Razak pada 2018.
Faridah Begum KA Abdul KaderFaridah dalam afidavit yang diikrarkan pada 10 Julai bagi menyokong permohonan difailkan Najib berkata, Sri Ram mengadakan pertemuan dengan Apandi pada Jan 2018, di kediaman mereka, iaitu di Dutamas Melor, Kuala Lumpur.
Menurutnya, Sri Ram hadir ke rumahnya bersama dengan seorang peguam bernama Tey Jun Ren atau JR Tey, yang secara jelas secara tiba-tiba memaklumkan kehadirannya ke rumah Apandi selepas mendapat arahan daripada Mahathir.
“Secara tiba-tiba dalam kehadiran saya, Apandi dan JR Tey, Sri Ram berkata, Mahathir hantar saya untuk bertemu dengan anda, yang mana ia mengejutkan saya dan Apandi. Sri Ram kemudian menyambung, “dia mahu anda menahan Najib”,” katanya dalam afidavit yang dilihat FMT.
Tambah Faridah, Sri Ram turut memaklumkan segala persiapan sudah dilakukan bahkan sudah mengaturkan pasukan polis di Putrajaya untuk melakukan tindakan sepatutnya, mengikut arahan dari Apandi.
Bahkan sudah mengatur majistret untuk mengeluarkan perintah reman.
Katanya, Apandi pada ketika itu turut bertanya kepada Sri Ram, apakah dakwaan yang dikenakan ke atas Najib, untuk bekas perdana menteri itu ditangkap. Ia kemudian dijelaskan oleh Sri Ram bahawa, “tidak kisah atas dakwaan apa untuk Najib ditahan”.
Bahkan Faridah berkata, sebelum beredar, Sri Ram turut mengingatkan Apandi supaya “think about it and come back to me”.
“Saya seorang yang beragama Islam, saya dan suami bersedia untuk mengangkat sumpah laknat melalui Al-Quran untuk menyatakan sesungguhnya bahawa perkara yang dinyatakan di atas adalah perkara sebenar yang terjadi pada perjumpaan tersebut.
“Saya sesungguhnya sedar dengan mengikrarkan afidavit ini, saya boleh disoal balas untuk mendapatkan kebenaran kepada kenyataan saya, serta keterangan yang telah saya nyatakan di atas,” katanya.
Sebelum itu, dalam afidavit sama, Faridah turut menjelaskan sudah mengenali Sri Ram lebih 45 tahun, yang merupakan sahabat rapat kepada bapanya, KA Abdul Kader KS Abdul Karim.
Bahkan, Sri Ram sendiri sering menghantar isterinya ke kedai milik ibu bapanya di Ampang Park.
“Sri Ram merupakan seorang sahabat rapat kepada keluarga saya, yang mana beliau akan sering kali datang ke rumah keluarga saya dan duduk makan malam bersama ibu bapa saya, serta seluruh keluarga saya, termasuk saya sendiri,” katanya.
Jelasnya, beliau sudah mengenali Sri Ram sejak di bangku tadika lagi dan turut memanggilnya dengan gelaran “uncle”. Namun, selepas mengahwini Apandi, dan selepas Sri Ram dan suaminya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, beliau memanggilnya sebagai Yang Arif atau Sir.
“Untuk memberi gambaran secara jelas betapa akrabnya hubungan Sri Ram dengan keluarga saya, bapa saya pernah membuat masakan khas untuk Sri Ram masakan vegetarian setiap kali beliau datang ke rumah.
“Sri Ram juga setiap kali bertemu dengan saya, gemar memberitahu saya mengenai masakan bapa saya dan betapa beliau suka dengan masakan ayam” katanya.
Apandi dilantik sebagai peguam negara pada Julai 2015 atas nasihat Najib sehinggalah beliau dipecat berikutan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum 2018.
Pada Januari 2018, Apandi melepaskan Najib daripada salah laku berkaitan dana 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun beliau.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/sri-ram-tidak-pernah-jelaskan-bukti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apandi Says Sri Ram Never Explained The Evidence Against Najib

Apandi Says Sri Ram Never Explained The Evidence Against Najib

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 328 hits
Former attorney general Apandi Ali has made further allegations against Gopal Sri Ram who is a prosecutor in Najib Razak s trial PETALING JAYA Mohamed Apandi Ali today said Gopal Sri Ram had never explained what evidence there was in the pu...
Najib Perlekeh Bukti Dap Berhubung Dakwaan Terhadap Raja Petra

Najib Perlekeh Bukti Dap Berhubung Dakwaan Terhadap Raja Petra

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 347 hits
Projek terowong dasar laut dan 3 lebuh raya bernilai RM6 3 bilion dirancang oleh kerajaan Pulau Pinang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di jambatan pertama negeri itu PETALING JAYA Najib Razak hari ini memperlekeh DAP berhubung keny...
Gopal Sri Ram Akan Dicabar Dengan Afidavit Bekas Peguam Negara Ts Apandi Ali

Gopal Sri Ram Akan Dicabar Dengan Afidavit Bekas Peguam Negara Ts Apandi Ali

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR Najib Razak dan peguam mewakilinya Muhammad Shafee Abdullah akan menggunakan afidavit sokongan bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali dalam permohonan semakan kehakiman untuk mencabar pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan...
1mdb Sri Ram Appointed As Senior Dpp To Get Najib Charged Convicted Lawyer

1mdb Sri Ram Appointed As Senior Dpp To Get Najib Charged Convicted Lawyer

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 228 hits
The appointment of former Federal Court judge Datuk Seri Gopal Sri Ram as a senior deputy public prosecutor in the 1Malaysia Development Berhad linked cases was to get Datuk Seri Najib Tun Razak charged and convicted claimed lawyer Tan Sri ...
I M Not The One Who Ll Decide If Najib Is Guilty Says Sri Ram

I M Not The One Who Ll Decide If Najib Is Guilty Says Sri Ram

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 302 hits
Ad hoc prosecutor Gopal Sri Ram has refuted accusations of bias in Najib Razak s 1MDB related trials saying it is for the court to decide whether the former prime minister is guilty of the charges against him based on the evidence provided ...
Ambil Balik Mersing Kata Najib

Ambil Balik Mersing Kata Najib

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 343 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti kata Datuk Seri Najib Razak Bekas Presiden UMNO itu mengulas kenyataan Menteri Pemb...
Buka Semula Sekolah Bukti Kerajaan Prihatin Pelajar Luar Bandar Kata Radzi

Buka Semula Sekolah Bukti Kerajaan Prihatin Pelajar Luar Bandar Kata Radzi

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 262 hits
Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata kerajaan sedar mengenai kekangan dihadapi pelajar di luar bandar dari segi akses internet dan gajet seperti komputer riba yang boleh digunakan untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian SANDAKAN ...
Foto Najib Bersama Azmin Menyakitkan Hati Kata Kadir Jasin

Foto Najib Bersama Azmin Menyakitkan Hati Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 339 hits
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin menyifatkan gambar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Azmin Ali sebagai menyakitkan hati Menurut Kadir ba...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel