Usul Pas Terajui Pn Kerana Akar Umbi Rasa Lebih Berhak Kata Penganalisis


Awang Azman Awang Pawi berkata ia juga menggambarkan isi hati akar umbi yang mereka bukan sekadar 'rakan kedua' kepada Bersatu.
Semalam, Pemuda PAS meluluskan usul parti itu memimpin gabungan PN dan menerajui kepimpinan utama negara.PETALING JAYA: Penganalisis berpandangan usul Pemuda PAS untuk parti itu menerajui gabungan Perikatan Nasional (PN) menggambarkan isi hati sebenar akar umbi yang mereka ‘lebih berhak’ dan bukan sekadar ‘rakan kedua’ kepada Bersatu
Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, ia mencerminkan aspirasi PAS sebagai parti yang lebih stabil, tersusun dan berakar umbi berbanding Bersatu yang sering bergolak.
“Usul ini refleksi keyakinan dalaman bahawa PAS kini mempunyai kapasiti politik, jentera dan legitimasi untuk mengemudi PN, bukan sekadar menjadi ‘rakan kedua kepada Bersatu,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun katanya, hubungan antara PAS dan Bersatu berpotensi menjadi tegang kerana usul itu seolah-olah mengendurkan legitimasi Bersatu yang masih melihat presidennya Muhyiddin Yassin sebagai calon utama perdana menteri.
Katanya, jika tidak dikawal, ia boleh mewujudkan konflik dalaman hingga menyebabkan Bersatu terpinggir dan PAS semakin berani menuntut kedudukan utama.
“Usul berkenaan perlu dibawa ke Majlis Presiden PN untuk disalurkan sebagai perbincangan rasmi dan bukannya konflik terbuka.
“Ini membolehkan PAS menguji reaksi Bersatu tanpa kelihatan ‘tikam belakang’. Pada masa sama Muhyiddin dan pimpinan Bersatu pula diberi peluang menilai dan merangka kompromi,” katanya.
Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata PAS merasakan mereka lebih layak memimpin kerana mempunyai paling ramai wakil rakyat selain wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Muhyiddin dalam Bersatu.
Katanya, PAS yang memimpin PN akan memberi stigma negatif yang lebih menyukarkan gabungan itu menarik sokongan bukan Melayu disebabkan sifatnya yang ekstrem.
“Ketika ini, Bersatu yang memimpin pun sukar mendapatkan kepercayaan pengundi bukan Melayu apatah lagi jika ia dipimpin oleh PAS.
“Sudah pasti ini akan beri faktor negatif kepada PN untuk menarik sokongan bukan Melayu yang dianggap sebagai kelemahan gabungan itu sejak sekian lama,” katanya.
Semalam, Pemuda PAS meluluskan usul parti itu memimpin gabungan PN dan menerajui kepimpinan utama negara yang diluluskan sebulat suara oleh perwakilan untuk dibentangkan pada Muktamar PAS ke-71 bermula Isnin.
Usul itu antara empat yang diluluskan selain usul berkait memperjuangkan isu Palestin, mempertahankan hak negeri dalam sumber nadir bumi serta menolak Rang Undang-Undang Akta Pembaharuan Semula Bandar. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/09/usul-pas-terajui-pn-kerana-akar-umbi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takda Masalah Ajar Mandarin Tamil Di Pasti Kata Pemuda Pas

Takda Masalah Ajar Mandarin Tamil Di Pasti Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1538 hits
Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden mengulas gesaan Ahli Parlimen Kepong dari DAP Lim Lip Eng yang mencabar PAS menawarkan bahasa tersebut di Pasti Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata mereka sedia mempertimbangkan untuk memperkenal...
Bersatu Di Titik Terendah Hadapi Pilihan Raya Kata Penganalisis

Bersatu Di Titik Terendah Hadapi Pilihan Raya Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 971 hits
Mazlan Ali dari UTM berkata pergolakan dalaman Bersatu yang terserlah pada perhimpunannya melemahkan persiapan hadapi pilihan raya lebih awal Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Sabtu lalu kecoh apabila Muhyiddin Yassin dalam ucapan...
Pkr Sasar Pagoh Strategi Tarik Tali Kata Penganalisis

Pkr Sasar Pagoh Strategi Tarik Tali Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 795 hits
Mazlan Ali percaya PKR guna kerusi Pagoh dan Mersing untuk tawar menawar dengan BN Johor menjadi medan rumit kerana PH dan BN berpegang pada data berbeza dalam membuat tuntutan kerusi PETALING JAYA Sasaran PKR untuk bertanding di kubu kuat ...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Selamat Tahun Baru 2026 You All

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Ideas Mexican Beef Stew Recipe Instant Pot

Anniversary 01 Januari 2026

Azam Tahun Baru 2026