Bersatu Di Titik Terendah Hadapi Pilihan Raya Kata Penganalisis


Mazlan Ali dari UTM berkata pergolakan dalaman Bersatu yang terserlah pada perhimpunannya melemahkan persiapan hadapi pilihan raya lebih awal.
Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Sabtu lalu kecoh apabila Muhyiddin Yassin dalam ucapan mendedahkan ada pihak mengumpul tandatangan untuk menyingkirkannya.PETALING JAYA: Penganalisis berpendapat krisis kepimpinan Bersatu yang terserlah pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) baru-baru ini membayangkan parti itu berada di ambang ‘titik terendah’ untuk memasuki PRU
Mazlan Ali berkata, timbul persoalan mengenai tahap kesiapsiagaan parti itu jika PRU16 diadakan tahun depan – spekulasi dicetuskan Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali – walaupun penggal pemerintahan Anwar Ibrahim hanya tamat pada hujung 2027.
Penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia itu berkata, Bersatu juga mungkin belum bersedia menghadapi PRN Sabah ke-17 dijangka berlangsung tahun ini, susulan pergolakan dalaman termasuk gerakan menggulingkan Muhyiddin Yassin.
“Laporan media 120 ketua bahagian Bersatu menandatangani akuan berkanun (SD) mendesak Muhyiddin berundur berisiko melemahkan persiapan Bersatu menghadapi PRU16.
“Saya fikir Bersatu belum bersedia menyertai mana-mana pilihan raya besar, termasuk PRN Sabah yang boleh diadakan pada bila-bila masa,” katanya kepada FMT.
Mazlan berkata, daripada mencetuskan spekulasi awal, Bersatu sepatutnya menggunakan tempoh dua tahun akan datang untuk menyelesaikan isu kepimpinan demi mengembalikan momentum sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).
Perasmian PAT Bersatu Sabtu lalu menyaksikan kekecohan apabila Muhyiddin dalam ucapan mendedahkan ada pihak mengumpul tandatangan untuk menyingkirkannya.
Sekumpulan kecil perwakilan kemudian mendesaknya berundur, manakala majoriti melaungkan ‘hidup Tan Sri’ sebagai tanda sokongan.
Sehari selepas insiden itu, Timbalan Presiden Hamzah Zainudin menyatakan ikrar taat setia kepada Muhyiddin, yang diumumkan Bersatu sebagai calon perdana menteri ke-11.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, pula berpendapat pencapaian Bersatu dalam PRN Sabah akan menjadi faktor penentu tahap kesediaan parti itu menghadapi PRU16.
Katanya, Bersatu tidak mempunyai pilihan selain menzahirkan kesepaduan kepimpinan dan menyelesaikan perbezaan dalaman supaya tidak menjejaskan keyakinan akar umbi.
“Kekuatan Bersatu juga bergantung kepada keupayaan mereka berpadu dengan rakan komponen, khususnya PAS. Kedua-duanya perlu menampilkan semula keserasian seperti pada PRU15.
“Tanpa penyelarasan awal, perbezaan kecil boleh berubah menjadi liabiliti besar menjelang pilihan raya,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/09/bersatu-di-titik-terendah-hadapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Sasar Pagoh Strategi Tarik Tali Kata Penganalisis

Pkr Sasar Pagoh Strategi Tarik Tali Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 747 hits
Mazlan Ali percaya PKR guna kerusi Pagoh dan Mersing untuk tawar menawar dengan BN Johor menjadi medan rumit kerana PH dan BN berpegang pada data berbeza dalam membuat tuntutan kerusi PETALING JAYA Sasaran PKR untuk bertanding di kubu kuat ...
Usul Pas Terajui Pn Kerana Akar Umbi Rasa Lebih Berhak Kata Penganalisis

Usul Pas Terajui Pn Kerana Akar Umbi Rasa Lebih Berhak Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 1187 hits
Awang Azman Awang Pawi berkata ia juga menggambarkan isi hati akar umbi yang mereka bukan sekadar rakan kedua kepada Bersatu Semalam Pemuda PAS meluluskan usul parti itu memimpin gabungan PN dan menerajui kepimpinan utama negara PETALING JA...
Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan

Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 3682 hits
Semakan kelayakan untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian Ambilan Tahun 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi SPP di pautan berikut Sekiranya layak calon perlu mendaftar nombor pin kata laluan bermula 17 September...
Takda Masalah Ajar Mandarin Tamil Di Pasti Kata Pemuda Pas

Takda Masalah Ajar Mandarin Tamil Di Pasti Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1454 hits
Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden mengulas gesaan Ahli Parlimen Kepong dari DAP Lim Lip Eng yang mencabar PAS menawarkan bahasa tersebut di Pasti Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata mereka sedia mempertimbangkan untuk memperkenal...
Amd Kata Igpu Baru Mereka Boleh Lawan Rtx 4060 Fakta Atau Gimik

Amd Kata Igpu Baru Mereka Boleh Lawan Rtx 4060 Fakta Atau Gimik

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2266 hits
Views 0 Selama ini iGPU dianggap tak mampu lawan kad grafik berdedikasi macam Nvidia RTX 4060 Tapi sekarang AMD buat kejutan dengan dakwaan bahawa generasi CPU seterusnya mampu bawa iGPU setaraf RTX 4060 iGPU jadi pilihan sesetengah pemilik...
Polis Siasat Kematian Murid Tahun 4 Di Sekolah

Dapatkan Tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza Di Sini Dengan Serendah Rm69

Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

As Mca Mulls Bn Exit Pas Comes Knocking With Mooncakes

Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

Budi95 Subsidi Petrol Ron95 Baharu Untuk Rakyat Malaysia

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sungguh Allah Mengampuni Seluruh Dosa

Bulan Baru Cerita Baru

Restoran Konda Kondi Ipoh

Lirik Lagu Sampaikan Rindu Ippo Hafiz

Kek Butter Lembap Padat Gebu Resipi Mudah Confirm Jadi

Penutupan Kerajaan As Siapa Yang Harus Dipersalahkan Dan Apa Langkah Seterusnya