Pkr Sasar Pagoh Strategi Tarik Tali Kata Penganalisis


Mazlan Ali percaya PKR guna kerusi Pagoh dan Mersing untuk tawar-menawar dengan BN.
Johor menjadi medan rumit kerana PH dan BN berpegang pada data berbeza dalam membuat tuntutan kerusi.PETALING JAYA: Sasaran PKR untuk bertanding di kubu kuat pembangkang di Johor seperti Pagoh kelihatan seperti ‘strategi tarik tali’ dalam rundingan potensi kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya akan datang, menurut penganalisis
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia percaya PKR guna pendekatan itu sebagai taktik tawar-menawar, sekiranya tidak dapat bertanding di semua kerusi diinginkan jika kerjasama dengan BN diteruskan.
“Bagi saya tuntutan ke atas Pagoh dan Mersing adalah strategi dalam perundingan. Kalau tak dapat semua, sekurang-kurangnya mereka akan dapat kerusi yang disasarkan.
“Johor menjadi medan rumit kerana Pakatan Harapan (PH) dan BN berpegang pada data berbeza dalam membuat tuntutan kerusi. PH guna asas keputusan PRU14 manakala BN PRN Johor 2022,” katanya kepada FMT.
PRU14 menyaksikan PH yang bekerjasama dengan Bersatu merampas pentadbiran Johor, yang bagaimanapun dirampas kembali BN menerusi kemenangan besar pada PRN tiga tahun lalu.
Khamis lalu, Ketua PKR Johor Dr Zaliha Mustafa berkata parti itu berhasrat menawan tiga kerusi Parlimen iaitu Muar, Pagoh dan Mersing pada PRU16, yang mencetuskan kritikan Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros.
Beliau mempersoalkan sikap gelojoh ditunjukkan pimpinan PKR dan Amanah Johor, yang sepatutnya memberi tumpuan kepada menyelesaikan masalah rakyat.
Sebelum ini, Amanah Johor turut menyatakan hasrat bertanding 12 hingga 20 kerusi DUN pada pilihan raya akan datang, berikutan tiada rundingan jelas antara PH dan BN di Johor.
Kerusi Pagoh kini disandang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, yang menang dengan majoriti 10,007 undi pada PRU15. Beliau menerima 24,986 berbanding BN 14,426 manakala PH 14,979.
Mazlan berkata kegagalan menemui titik noktah di antara PH-BN mungkin menyebabkan berlaku pertembungan di kawasan tertentu.
“Mungkin berlawan dahulu dan bentuk kerajaan bersama selepas pilihan raya, itu tak mustahil,” katanya.
Dalam pada itu, Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berpandangan pertembungan mungkin sangat minimum memandangkan PH-BN dilihat agak serasi, selain tidak mahu PN mendapat manfaat.
“Jika ada pertembungan antara dua gabungan ini, yang untung adalah PN… jadi itu perlu dielakkan,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/08/pkr-sasar-pagoh-strategi-tarik-tali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenaikan Yuran Tadika Selepas 3 Tahun Perlu Pemantauan Teliti Kata Ibu Bapa

Kenaikan Yuran Tadika Selepas 3 Tahun Perlu Pemantauan Teliti Kata Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2037 hits
KPM menetapkan permohonan kenaikan yuran oleh pengusaha tadika swasta hanya boleh dikemuka selepas tiga tahun kadar terakhir diluluskan Naib Pengerusi Persatuan Tadika Malaysia Elvis Gan Kah Keng berkata realitinya mereka mengenakan bayaran...
Malaysia Terlepas Peluang Emas Dalam Pelancongan Filem Kata Ahli Parlimen

Malaysia Terlepas Peluang Emas Dalam Pelancongan Filem Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 2311 hits
SHAH ALAM Ketika siri terkenal HBO The White Lotus mencari lokasi penggambaran di Asia Tenggara Malaysia turut dipertimbangkan Malah kru produksi telah melawat sebuah resort mewah di pulau tempatan Namun resort tersebut menolak tawaran itu ...
Hiburan Banyak Insiden Pasang Bendera Malaysia Terbalik Secara Tak Sengaja Ini Kata Saiffudin Tak Perlu Diperbesarkan

Hiburan Banyak Insiden Pasang Bendera Malaysia Terbalik Secara Tak Sengaja Ini Kata Saiffudin Tak Perlu Diperbesarkan

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1988 hits
Melalui laporan Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata insiden pemasangan bendera Malaysia yang terbukti dilakukan tanpa sengaja tidak perlu diperbesarkan hingga membuat orang ramai takut untuk mengibar Jalu...
Tawar Lebih Insentif Peminjam Lunas Hutang Banding Hukuman Kata Kumpulan Mahasiswa

Tawar Lebih Insentif Peminjam Lunas Hutang Banding Hukuman Kata Kumpulan Mahasiswa

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2569 hits
Presiden Gamis Mohammad Azamuddin Sahar berkata cadangan kembali sekat perjalanan peminjam ingkar langkah tidak sensitif dan ke belakang Menyekat semula perjalanan peminjam ingkar PTPTN dilihat satu bentuk hukuman tidak menyeluruh dan boleh...
Isu Bendera Kena Matang Jangan Jejas Kerjasama Umno Dap Kata Nur Jazlan

Isu Bendera Kena Matang Jangan Jejas Kerjasama Umno Dap Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1068 hits
Ahli MKT Umno berkata semua pihak dalam kerajaan perpaduan tidak patut keruhkan kerjasama ketika ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed berkata isu Jalur Gemilang tidak boleh mengganggu kepentingan kedua dua parti secara ke...
Tak Perlu Perbesar Isu Tak Sengaja Kibar Bendera Terbalik Kata Menteri Kdn

Tak Perlu Perbesar Isu Tak Sengaja Kibar Bendera Terbalik Kata Menteri Kdn

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 619 hits
Siasatan polis akan tentukan kesilapan disengajakan atau tidak dan tindakan akan diambil jika sengaja kata Saifuddin Nasution Ismail Saifuddin Nasution Ismail berkata pemasangan Jalur Gemilang terutama di bulan kemerdekaan merupakan antara ...
Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return

Kpdn To Roll Out Compliance Programme At All Kl Public Markets

Pesona N Rdlingen Permata Tersembunyi Di Bavaria

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti

Trump Berkata Dia Akan Menyaman Bbc Sebanyak Sehingga 5 Bilion Kerana Penyuntingan Video

Pembungkusan Makanan Eco Friendly Gaya Baharu Usahawan Moden

Hanya Orang Sabah Yang Boleh Pimpin Sabah Bukan Orang Luar Johari Ghani

Pantyhose Newsbreak 2025 Part One


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Genap Dua Tahun Menyusun Atur Telur Ayam Jom Meneka Dalam Kesamaran Lagi

Mak Mak Kalau Buat Kerja Rumah Kerja Apa Yang Paling Malas Korang Buat

Quick Nacho Recipe With Ground Beef And Refried Beans

Tiga Tingkatan Itsar Menurut Ibnul Qayyim Mendahulukan Orang Lain Dan Keridaan Allah

Lirik Lagu Gelas Memori Fiq7 Ft Adira Suhaimi

The Lantis Bila Chord