Ustaz Kalau Boleh Tolong Hantar Anak Saya Belajar Yer
Setelah saya menangis. Air mata rasa bahagia sangat...Setelah berbelas tahun mereka hidup begini. Tinggal di tempat begini. Saya pusing tanya dekat 4 rumah walau hujan basah.. Akhirnya Allah izinkan saya dapat rumah sewa RM800 sebulan. Besar rumah selesa. InsyaAllah saya akan bayarkan sampai bila-bila selagi mampu. Cuma tadi repair elektrik dan air sampai dekat isya. Saya call ambulans swasta bawa pakcik tadi ke hospital untuk dapatkan rawatan.
Masa masuk rumah adik-adik ni berlari cop bilik. Yeye pindah rumah. Yeye pindah rumah. Betul ke ustaz pindah rumah. Besarnya rumah ni ustaz. Selesanya. Betul ke ustaz nak bayar? Yer adik. Allah gerakkan semua ni.
Masa dalam kereta adik ni kata ustaz. Dia menangis. Nak qada solat semua. Sedih pula rasanya. Makin hiba bila diaorang ulang. Ustaz jangan lupakan kita orang tau.
Esok saya dah upah orang elektrik dan orang paip repair air. Tengok wirering. Lepas tu nak cari perabot baru dan tilam. Serta nak beli baju-baju dan selipar. Adik ni ada tiada selipar pun. Berebut makan kfc. Semua suka kentang putar. Kena beli set satu-satu lain kali.
Pakcik yang stroke tadi sebelum naik ambulans pesan pada saya. Setelah saya nasihatkannya bahawa anak ini esok bakal jadi pemimpin. Ustaz kalau boleh tolong hantar anak saya belajar yer.
Ya Allah. Hati ini sedih sayu. Saya cuma datang untuk membantu. Tak sanggup nak tinggal manusia tidur ditepi sampah. Maaf saya benar-benar terkejut sangat. Saya menangis dari tadi. Malam ni baru saya boleh senyum. Maafkan saya jika ada sesiapa hadir tadi saya tak senyum. Saya sayang semua. Kita semua sebuah keluarga. Janganlah salahkan sesiapa.
.............
JANGAN POLITIKKAN ISU INI
Alhamdulilah keluarga dari Aloq Staq yang Ustaz Ebit Liew lawat tadi dah pindah rumah..Rumah baru yang Ustaz Ebit Liew tolong bayarkan sewa.lebih luas..lebih selesa..Siap buat wirering baru..Tak payah isi borang..Tak perlu mesyuarat MPKKKKKK berjela..Tak payah meeting Exco..Tak perlu birokrasi ata jawapan copy paste berjela.
Hangpa boleh tengok dalam.posting terbaru fb Ustaz Ebit Liew..(Nah kita boh bukti bergambar lagi..Si Tokwan yang kena stroke pun dia panggil pihak berkaitan untuk bantu...)
Ada geng PH di Kedah yang taksub dengan Mukhriz cabar Ustaz Ebit Liew supaya urus rumah untuk keluarga berkenaan..kerana bimbang satgi rumah tak diurus dia tuang balik KL..
Tak payah dok cabar la ooi..Ustaz Ebit Liew dia bukan janji politik macam geng hangpa..cekelat angin..Hangpa nak bagi bantuan pun pilih geng..Apa punya sistem.hangpa amal aku pun tak tau..😂
Ebit Liew pendakwah..bukan ahli politik cap ayam macam hangpa..Tak sama level oooi..Sedar la diri tu sama..
Rupanya segelintir orang Kedah bagi aku memang loklaq.
Bodoh..orang ikhlas mai bantu rakyat di negeri sendiri..hangpa dok peleceh main hanya kerana sentimen politik bodoh hangpa..
Nampak..makin bengap geng penjilat Mukhriz ni..
FB
Suara Sobri
MR : Usaha yang baik pasti dapat yang baik.. jangan politikkan isu ini
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/ustaz-kalau-boleh-tolong-hantar-anak.html