Ph Buat Boleh Pn Tak Boleh Kamu Belajar Daripada Mana



KETIKA PN buang ketua-ketua GLC, dan lain-lain perkhidmatan yang ada kaitan dengan kerajaan, bukan main lagi ultra kiasu hebohkan satu dunia.

Tidak cukup pemimpin-pemimpin lelaki ultra kiasu bangun memberontak, hak perempuan pun sama naik. Ultra kiasu ini kata, PN buang mereka yang berkualitilah, buang wanita berkualitilah dan macam-macam alasan lagi.

Masa PH ultra kiasu memerintah, kamu buang semua lantikan BN ketika itu. Bukan itu sahaja, dalam manifesto, kamu kata lagi, orang politik tidak boleh dilantik ketuai GLC-GLC dan badan berkaitan kerajaan yang lain. Tetapi kamu letak juga orang politik. Saya boleh senaraikan satu persatu jika mahu.

Tindakan ini, begitu jelas sama sekali bertentangan dengan manifesto atau janji yang kamu sendiri buat dengan rakyat dalam PRU14.

Kenapa membisu seribu bahasa? Kenapa tidak bantah? ABIM pun diam masa tu, tak cakap apa. Kenapa hari ini bukan main lagi lagaknya. Terikut-ikut dengan rentak ultra kiasu.

Apa kamu ingat, lantikan PN sekarang ini bodoh-bodoh belaka, PH sahaja yang pandai. Apa kamu ingat, PH sahaja yang ada pakar ekonomi. Dalam PN tiada yang pakar? Kamu guna teori apa?

Berbanding dengan menteri kewangan hari ini dengan menteri kewangan ultra kiasu dahulu, sudah tentu menteri kewangan hari ini jauh lebih baik. Bukan sahaja beliau pakar, malah tidak pandai menipu dalam soal pentauliahan dalam bidang akauntan.

Jika masa kamu (PH) memerintah, kamu bersikap profesional, ada lantikan BN yang kamu kekalkan, baharulah kita boleh hormat. Ini semua kamu buang.

Tidak perlu saya bawa contoh GLC yang hangat diperkatakan sekarang, cukup dengan saya contoh terpencil seperti badan berkanun. Misalnya, Universiti Awam.

Saya ulang sekali lagi contoh yang saya bawa minggu lepas, bagaimana Naib Canselor, UMT dimalukan. Belum habis kontrak, dalam cuti sakit pula tu, kamu hantar surat tiga bulan sebelum kontrak tamat, suruh dia berhenti. Ini tidak celaka ker namanya.

Sebab itu, jangan mengata dulang paku serpih. Kata kat orang, sendiri yang lebih. Sebab itu janganlah nak tagih simpati menggunakan ‘crocodile tears’. Cukup-cukuplah lakonan kamu.

Biasalah perkara macam ini berlaku. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Jadi, tidak perlu bising-bising, terimalah seadanya.

Lagipun Menteri di JPM sudah berterus terang, semua Ahli Parlimen PN akan dilantik mengetuai GLC sebab mereka layak. Sudah tentu berterus terang sebegini lebih baik daripada menipu setelah berjanji (manifesto).

Ditakdirkan kamu ultra kiasu memerintah semula, pasti kamu akan buat perkara sama seperti kamu buat sebelum ini. Mungkin lebih teruk daripada itu lagi. Jadi, jangan bawak perangai hodoh itu lagi, jika kamu tidak kamu orang buat pada kamu.

Paling saya takut pada zaman ultra kiasu, GLC-GLC berkaitan dengan pelabuhan, yang ada kaitan dengan lautan dan eksport import, semua ultra kiasu sapu.

Tidak mustahil tatkala mereka menjaga pelabuhan, berlaku perniagaan dadah seperti yang pernah dirampas oleh pihak berkuasa, semenjak dua menjak ini.

Buktinya, apabila ada sebahagiannya ditangkap, rupanya ahli perniagaan ultra kiasu. Berniaga dadah rupanya.

Patutlah ahli perniagaan mereka kaya raya, boleh taja parti politik ultra kiasu ini. Rupanya ada kaitan dengan dadah.

Yang menjadi mangsa dadah adalah anak-anak Melayu. Apa ini ada kaitan agenda untuk merosakkan bangsa Melayu dengan menggunakan dadah, seperti kejayaan British menewaskan China melalui candu dalam Perang Candu, suatu masa dahulu.

Nasib baiklah, ultra kiasu tidak memerintah lagi. Ahli-ahli politik ultra kiasu tidak lagi mengetuai GLC-GLC.

Cadangan saya kepada semua ultra kiasu ini, terimalah hakikat bahawa kamu pembangkang hari ini. Maka jadilah pembangkang yang membina, bukan meruntuh.

Kalau dahulu kamu mungkin sibuk, sekarang, setelah jadi pembangkang, tidak lagi memegang jawatan, masa kamu banyak. Nasihat saya, elok luangkan masa dengan rakyat. Selami dan santuni hati budi mereka ketika wabak COVID19.

Jika akan yang berada terdesak, maka ringankanlah. Jika ada yang berada dalam kesempitan, lapangkanlah.

Pada masa sama saya merayu kepada kerajaan hari ini supaya memantau pergerakan pegawai perubatan dan NGO perubatan yang terlalu berpolitik, seperti Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Apakah NGO yang sepatutnya kita percayai benar-benar berpegang kepada etika perubatan atau turut sama berpolitik.

Saya mula bimbang apabila pegawai perubatan baru-baru ini, yang saya sebut minggu lalu, mula menonjolkan belang beliau yang sebenar.

Salah seorang daripada ahli mereka yang berbangsa Melayu, ada beritahu kami, sama ada benar atau tidak, saya beritahu dahulu. Mohon disiasat sama persatuan ini benar-benar profesional atau telah menjadi ultra kiasu,

Katanya, beliau pernah terlibat dengan Society of Medical Students MMA dan beliau antara yang terpilih untuk mewakili MMA ke General Assembly of International Federation of Medical Students iaitu satu persidangan Perwakilan pelajar perubatan seluruh dunia yang diiktiraf WHO.

Apa yang mengejutkan, menurut beliau adalah dalam delegasi tersebut, hanya beliau seorang orang Melayu daripada 10 orang pada tahun lalu.

Memang jarang dalam kalangan orang Melayu dipilih untuk menyertai persidangan tersebut yang bersidang 2 kali setahun.

Persidangan ini katanya penting kerana membawa aspirasi pelajar perubatan Malaysia ke pentas antarabangsa.

Katanya lagi, pada tahun lepas 2019, Ketua Delegasi (berbangsa Cina), memberi sokongan terhadap liberation towards PRIDE (gerakan LGBT dunia). Ini menyebabkan beliau marah dan akhirnya menarik balik sokongan ketika ‘plenary’ di persidangan tersebut.

Saya harap kerajaan boleh siasat apakah dakwaan ini benar atau tidak? Memandangkan sifat ultra kiasu persatuan ini, tidak mustahil apa yang dihantar oleh ahli mereka kepada kami ini ternyata benar. Jika ada berlaku penganiayaan tersebut, sudah sampai masanya pendaftaran persatuan ini dikaji semula.

Seperti kawan saya kata, siapa tidak kenal majoriti ahli-ahli MMA yang terlibat dengan gerakan kesetaraan gender dan simpati ke atas LGBT adalah dari pihak swasta yang telah menerima latihan perubatan kerajaan.

Malahan sebahagian golongan ini lari ke sektor swasta kesihatan kerana gaji yang lebih lumayan bukan kerana ingin berkhidmat kembali.

Ada diantaranya lebih utama material dan bukan soal kebajikan rakyat. Apatah lagi nyawa rakyat. Duit yang dikejar untuk profesion perubatan. Setelah madu latihan biasiswa perubatan kerajaan dapat, dibuangnya soal matlamat khidmat kembali kepada kesejahteraan kesihatan rakyat.

Benar sekali apa yang rakan saya cakap ini, walaupun bukan semua.

Akhirnya, terimalah pantun balas saya sebagai menyambut pantun bahasa Inggeris doktor pakar kanak-kanak yang dipetik oleh rakan saya, Dr Kamarul.

COVID-19 makin pelik
PKP diteruskan duduk di rumah
Doktor-doktor janganlah berpolitik
Buatlah kerja dengan amanah
Ketika dilanda penyakit kronik
rawatlah pesakit dengan tenang
Jika doktor nak berpolitik
PRU15 masuklah gelanggang
Masuk gelanggang barulah jantan
Bukan cakap tak serupa bikin
Jangan jadi pakatan harapan
Manifesto lain, buat lain
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah


MR :  PH kan pembangkang dia orang bangkang semua.. prinsip mereka "bangkang walaupun betul" berbeza dengan PN slogan "yang baik diteruskan, yang tak baik dibaiki"


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/ph-buat-boleh-pn-tak-boleh-kamu-belajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Usaha Dakwah Dengan Manhaj Para Sahabat Nabi Saw Ni Boleh Wujud Semula

Macam Mana Usaha Dakwah Dengan Manhaj Para Sahabat Nabi Saw Ni Boleh Wujud Semula

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 323 hits
MACAM MANA USAHA DAKWAH DENGAN MANHAJ PARA SAHABAT NABI SAW NI BOLEH WUJUD SEMULA Di dalam suatu majlis di India seorang wanita tua mengumpulkan wanita wanita lain dan memberi fikir Ketika itu masih Zaman penjajahan Inggeris Katanya Wahai s...
Macam Mana Izzue Boleh Jatuh Cinta Kat Hang Awin Nurin Dituduh Guna Bomoh Pikat Izzue Islam

Macam Mana Izzue Boleh Jatuh Cinta Kat Hang Awin Nurin Dituduh Guna Bomoh Pikat Izzue Islam

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 453 hits
April 16 2020 Penyanyi dan pelakon popular Izzue Islam terkenal sebagai seorang suami yang penyayang terhadap isterinya Namun begitu masih ada suara sumbang dan pihak yang tak senang duduk dengan kebahagian mereka berdua Terbaru isteri Izzu
Doa Belajar

Doa Belajar

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 3879 hits
DOA BELAJAR Minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi Tahun 6 Peperiksaan ini diadakan bagi menguji tahap pencapaian pelajar menguasai pelajaran sejak dari awal tahun lagi sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR Saya sibuk mengula...
Anak Baru Belajar Berjalan Terjatuh Dan Gigi Susu Tercedera Perhatikan Tahap Kecederaan Gigi Sebelum Ke Klinik

Anak Baru Belajar Berjalan Terjatuh Dan Gigi Susu Tercedera Perhatikan Tahap Kecederaan Gigi Sebelum Ke Klinik

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 433 hits
Saya nak tanya semua anak saya baru pandai berjalan Terjatuh dan gigi dia kebelakang Apa perlu saya buat Ibu cemas Kecederaan gigi susu sangat kerap berlaku pada kanak kanak kecil yang baru belajar berjalan berlari dan memanjat Kecederaan k...
Canon Pixma Ink Efficient E470 Menjadi Pilihan Untuk Anak Anak Belajar Dirumah

Canon Pixma Ink Efficient E470 Menjadi Pilihan Untuk Anak Anak Belajar Dirumah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 640 hits
CANON Pixma Ink Efficient E470 Menjadi Pilihan Untuk Anak Anak Belajar Dirumah Masa sebelum PKP untuk mempunyai printer dirumah bukanlah satu keperluan sebab kedai printing pun dekat dan murah Hanya 3 sen sekeping untuk hitam putih Print ya...
Kemendikbud Buat Program Belajar Anak Dari Rumah Lewat Tvri Catat Yuk Konten Dan Jadwalnya Di Sini

Kemendikbud Buat Program Belajar Anak Dari Rumah Lewat Tvri Catat Yuk Konten Dan Jadwalnya Di Sini

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 243 hits
Bukan cuma untuk anak ada program untuk orang tua juga lo Bahkan ratusan film berbagai genre juga yang sudah disiapkan
Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa

Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 401 hits
Maaf admin saya nak tanya anak saya 5 tahun tapi dia masih gagap Saya risau tengok dia macam susah nak buat ayat nak bercakap Boleh saya tahu macam mana nak rawat gagap Rahsiakan nama saya Jawapan daripada doktor Apa itu gagap di kalangan k...
Untuk Kita Belajar Supaya Kita Tak Ulangi Perkara Tak Berkesan Mereka Lakukan Kp Kesihatan

Untuk Kita Belajar Supaya Kita Tak Ulangi Perkara Tak Berkesan Mereka Lakukan Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 330 hits
Kementerian Kesihatan berkata kedatangan pakar dari China bukan untuk membantu rawat pesakit sebaliknya berkongsi pengetahuan dengan Malaysia Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kemasukan mereka adalah untuk pembe...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation