Ustaz Abdul Somad Tokoh Ulama Indonesia
Nama Ustaz Abdul Somad kini semakin disebut oleh masyarakat d Indonesia dan Malaysia sebagai sosok ulama yang telah menarik minat pelbagai golongan umur dan masyarakat untuk mendengarkan ceramah beliau.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Ustaz Abdul Somad.
Baca juga:
Biodata Ustaz Azhar Idrus
Biodata Ustaz Wadi Annuar
Biodata Alif Satar
Latar Belakang
NamaProf. Ustaz Dr. H. Abdul Somad Bin Batubara Lc., M.A., Ph.DNama PanggilanUstaz SomadTarikh Lahir18 Mei 1977Tempat LahirAsaha, Sumatera Utara, IndonesiaPekerjaanPenceramah agama, pendakwahAkaun Media SosialInstagram @ustadzabdulsomad_official
Facebook @Ustadzabdulsomad
Youtube @ustadzabdulsomadofficial
TikTok @sahabatuaschannel
Kehidupan Peribadi
Kredit Instagram @ustadzabdulsomad_official
Ustaz Abdul Somad pernah mendirikan rumah tangga bersama Mellya Juniarti pada tahun 2012. Hasil perkahwinan ini mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Mizyan Hadziq Abdillah.
Namun, pasangan ini bercerai pada 2019. Ustaz Abdul Somad kemudian berkahwin lagi dengan Fatimah Az Zahra Salim Barabud pada 2021 dan mereka dikurniakan seorang lagi anak lelaki, Samy Ahmad Mesbahy ‘Ibadillah.
Kerjaya & Profesional
Kredit Instagram @ustadzabdulsomad_official
Sebelum Ustaz Abdul Somad bergelar seorang pendakwah dan ulama Indonesia, beliau telah menempuh pendidikan yang panjang.
Beliau mula mendapat pendidikan di Sekolah Dasar Al-Washliyah, Medan pada tahun 1990. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Madrasah Tsanawiyah Mu’allimin Al-Washliyah, Medan dan tamat pada 1993.
Seterusnya Ustaz Abdul Somad ke Madrasah Aliyah Nurul Falah, Air Molek, Inderagiri Hulu dan tamat pengajian pada 1996. Pada tahun 1998, beliau melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda (Licentiate) di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir sehingga tahun 2002.
Beliau pernah sempat melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia tetapi hanya sehingga dua semester sahaja dan berhenti.
Pada tahun 2004, Ustaz Abdul Somad melanjutkan pengajian dalam diploma pengajian siswazah lanjutan (Diplôme d’Études Supérieures Avancées) di Institut Pengajian Islam Tinggi Darul Hadis al-Hassaniah di Rabat, Maghribi selama 3 tahun.
Beliau juga telah menyelesaikan ijazah kedoktoran dalam bidang pengajian ilmu Hadis pada Disember 2019 dengan keputusan yang cemerlang dari Universiti Islam Omdurman, Sudan.
Pendidikan rendah:
Sekolah Dasar Al-Washliyah, Medan pada tahun 1990
Madrasah Tsanawiyah Mu’allimin Al-Washliyah, Medan dan tamat pada 1993
Madrasah Aliyah Nurul Falah, Air Molek, Inderagiri Hulu dan tamat pengajian pada 1996
Pendidikan tinggi:
Tahun 1998, beliau melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda (Licentiate) di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Beliau melanjutkan pengajian sehingga tahun 2002.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi namun hanya sempat dua semester sebelum beliau berhenti.
Diploma Pengajian Siswazah Lanjutan di Institusi Pengajian Islam Tinggi Darul Hadis al-Hassaniah di Rabat, Maghribi selama 3 tahun.
Ijazah kedoktoran dalam bidang pengajian ilmu hadis pada Disember 2019 dengan keputusan cemerlang dari Universiti Islam Omdurman, Sudan.
Memiliki kelulusan tertinggi dalam program Lc., M.A., Ph.D.
Sebagai seorang pendakwah dan ulama Indonesia, Ustaz Abdul Somad sering menjelaskan kajian agama Islam, khususnya kajian berkaitan ilmu hadis dan ilmu feqah.
Beliau dikenali ramai kerana dakwah yang disampikan sangat mesra di telinga pendengar dengan kesungguhan ketika bercakap sambil membawa unsur humor yang memikat.
Selain menjadi pendakwah, Ustaz Abdul Somad pernah menjadi pensyarah di pelbagai tempat pengajian seperti:
Pensyarah Bahasa Arab di Pusat Bahasa Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau
Pensyarah Tafsir dan Hadis di Kuliah Antarabangsa, Fakulti Usuluddin, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau
Pensyarah Agama Islam di Sekolah Tinggi Agama Islam Al-Azhar, Yayasan Masmur, Pekanbaru
Profesor Pelawat di Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam, Sesi 2020-2021
Ustaz Abdul Somad juga terlibat dalam dunia Islam Indonesia dengan melibatkan diri sebagai:
Anggota Majelis Ulama Indonesia, Provinsi Riau, Komisi Pengkajian dan Keorganisasian, Sesi 2009–2014
Anggota Badan Amil Zakat Provinsi Riau, Komisi Pengembangan, Sesi 2009–2014
Setiausaha Lembaga Bahtsul Masa’il Nahdlatul Ulama Provinsi Riau, Sesi 2009–2014
Pencapaian Ustaz Abdul Somad
Sepanjang melibatkan diri sebagai pendakwah bebas, Ustaz Abdul Somad telah berjaya mendapat beberapa pencapaian. Berikut adalah antaranya:
Anugerah:
Tokoh Perubahan Republika, Indonesia (2017)
Datuk Seri Ulama Setia Negara, Indonesia (2018)
Anugerah Tokoh Daie Nusantara, Malaysia (2019)
Profesor Pelawat Universiti Islam Sultan Sharif Ali (2020)
Anugerah Imam, Indonesia (2020)
Anugerah Ikon Daie Nusantara (2023)
Profesor Adjung, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (2024)
Tesis:
Perawi-perawi hadis dalam kitab Al-Muwatto’ dan Dua Kitab Sahih yang di-dhaif-kan oleh al-Nasa’i dalam kitab al-Dhu’afa’ wal-Matrukin : Sebuah Kajian Perbandingan (2006 D.E.S.A), Institut Pengajian Islam Tinggi Darul Hadis al-Hassaniah, Maghribi.
Sumbangan Al-Sheikh Muhammad Hasyim Asyari dalam Penyebaran Hadis di Indonesia (2019 Ph.D), Universiti Islam Omdurman, Sudan.
Kredit Instagram @ustadzabdulsomad_official
Karya terjemahan Arab–Indonesia:
55 Nasihat bagi Wanita Sebelum Menikah (Judul asal : 55 Nashihat li al-Banat Qabla az-Zawaj), karangan Dr. Ikram Thal’at, terbitan Pustaka Azzam-Jakarta. (2018)
Saat Rumah Tangga Di Ambang Kehancuran (Judul asal: Al-Ma’ashi Tu’addi ila Al-Faqri wa Kharab Al-Buyuti), karangan Yasir Ja’far Syalabi, terbitan Pustaka Al-Kautsar, Jakarta. (2018)
Semua Ada Saatnya (Judul asal: Sa’atan Sa’atan) , karangan Syaikh Mahmud Al-Mishri, terbitan Pustaka Al-Kautsar, Jakarta. (2011)
Sejarah Agama Yahudi (Judul asal: Tarikh ad-Diyanah al-Yahudiyyah), karangan Dr. Khalifah Muhammad Hassan, terbitan Pustaka al-Kautsar, Jakarta. (2009)
Menjadi Keluarga Ahli Surga (Judul asal: Mausu’ah al-Usrah tahta ri’ayat al-Islam), karangan Dr. Athiyah Shaqar, terbitan Penerbit Ailah. (2005)
Wahai Keluargaku, Jadilah Mutiara yang Indah. (Judul asal: 1) al-Baits as-Sa’id wa khilaf az-Zauzaini, 2) 40 Nashihat lil Ishlah al-Buyut, 3) Qathi’atu ar-Rahmi; al-Mazhahir wa al-Ashbab wa subulu al-Ilaj, 4) Abna’una Baina al-Hadhir wa al-Mustaqbal fi Rihab al-Islam), karangan Prof. Dr. Ahmad Umar Hasyim, Muhammad bin Ibrahim Al-Hamdi, Muhammad Shalih Al-Munajjid can Shalih Ibnu Abdullah Ibnu Hamid), terbitan Pustaka Progresif. (2005)
Anakku, Dengan Cinta Ibu Mendidikmu (Judul asal : 1) Thifluka al-Mauhuub; 2) Kaifa Tunammi Mahaarota Thiflika al-Lughowiyah; 3) Daurul Usroti Fi Tarbiyatil Abnaa’; 4) Wiqooyatu at-Thifli Minal Amroodh; 5) Abna’una Fi Marhalatil Bulugh wa ma Ba’daha), karangan Prof. Dr. Ali Sulaiman, Prof. Dr. Ali Ahmad Madkhur, Dr. Sana’ Abdullah Abu Zaid, dan Dr. Syahatah Mahrus Thoha, terjemahan bersama Ma’had Khodijah dan Abdul Basith Abd. Aziz, Lc, terbitan Penerbit Ailah. (2005)
101 Kisah Orang-Orang Yang Dikabulkan Doanya (Judul asal: 101 Qishash wa Qishah li Alladzina Istajaba Allah Lahum Ad-Du’a’), karangan Majdi Fathi As-Sayyid, terbitan Pustaka Azzam, Jakarta. (2004)
15 Sebab Dicabutnya Berkah (Judul asal: 15 sabab min asbab naz’ al-barakah),karangan Abu Al-Hamd Abdul Fadhil, terbitan Cendikia Sentra Muslim-Jakarta. (2004)
30 Orang Dijamin Masuk Surga (Judul asal: 30 al-Mubasysyarun bi al-Jannah), karangan Dr. Mustafa Murad, terbitan Cendikia Sentra Muslim-Jakarta. (2004)
Beberapa Kekeliruan Memahami Pernikahan (Judul asal: Akhta’ fi Mafhum az-Zawaj), karangan Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, terbitan Pustaka Progresif- Jakarta. (2004)
Nikah Siapa Takut…!? (Judul asal: Akhta’ fi Mafhum az-Zawaj), karangan Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, terbitan Penerbit Ailah- Jakarta. (2004)
Indahnya Seks Setelah Menikah (Judul asal : Syahr al-‘Asal bila Khajal), karangan Dr. Aiman Al-Husaini, terbitkan Pustaka Progresif, Jakarta. (2004)
Kredit Instagram @ustadzabdulsomad_official
Karya buku:
Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW: Perjalanan Dakwah, Isra’ Mikraj, hingga hari-hari terakhirnya., terbitan Mutiara Media (2019)
Islam itu Mudah, terbitan Pro-U Media (2018)
32 Naskah Khutbah: Kumpulan Khotbah Jumat, Idul Fitri & Idul Adha, bersama Para Asatizah Tafaqquh, terbitan Tafaqquh Media (2018)
Ustadz Abdul Somad Menjawab, dikumpulkan oleh Agus Wahyudi, terbitan Mutiara Media (2018)
Ustadz Abdul Somad Tentang Wanita, terbitan Mutiara Media (2018)
Amalan Yang Paling Dicintai Allah, terbitan Zikrul Hakim (2018)
Bidah Hasanah Sebuah Pendekatan Baru, bersama Ustaz Muhammad Idrus Romli, terbitan (2017)
37 Masalah Populer, terbitan Tafaqquh Press (2014)
77 Tanya Jawab Seputar Shalat, terbitan Tafaqquh Press (2013)
99 Tanya Jawab Seputar Shalat, terbitan Penerbit Tafaqquh (2009)
33 Tanya Jawab Seputar Qurban, terbitan Tafaqquh Press (2009)
Fakta Menarik Mengenai Ustaz Abdul Somad
Memiliki banyak pengikut. Bahkan golongan selebriti pun sering menghadiri ceramah agamanya.
Darah ulama mengalir dari keluarga besar Ustaz Abdul Somad, iaitu Syekh Abdurrahman yang dikenali sebagai Tuan Syekh Silau Laut I.
Pendakwah yang memegang teguh keutuhan NKRI dengan membahas hal-hal yang berhubungan dengan nasionalisme.
Semoga dengan perkongsian dan ceramah ilmu dari Ustaz Abdul Somad ini dapat memberikan kita semua kebaikan di dunia dan akhirat.
Sumber:
Ustaz Abdul Somad dan 6 Fakta Menarik Sang Ulama. Liputan 6
Biografi Ustaz Abdul Somad dan Pola Dakwahnya. Gramedia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/ustaz-abdul-somad/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ustaz-abdul-somad