Usia Sebulan 3 Kali Masuk Wad Batuk Nafas Laju Nia Bergantung Alat Pernafasan


Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Si kecil lahir pramatang pada usia 33 minggu kini berdepan pelbagai masalah kesihatan.
Tiada ibu yang boleh hanya melihat penderitaan yang ditanggung anak. Air mata sudah kering, kini doa yang dititipkan ibu agar Nur Nia Qalesya yang baru berusia 51 hari makin pulih.
Ibu, Wan Salmi Suhana Wan Majeed meluahkan kebimbangan kepada perkembangan bayinya ini. Catatan ibu ini menyebabkan sesiapa yang membaca sebak…
Sepanjang kehamilan, ibu ini menghadapi kencing manis dan hb rendah. Bagi setiap kelahiran Wan Salm akani berhadapan dengan masalah kelahiran pramatang. Bagi memastikan kehamilan berjalan dengan baik kali ini, prosedur cervical cerclage dilakukan pada minggu ke-17 agar kandungan dapat dilanjutkan sehingga suatu tempoh.

19 Mei 2019
Anak mama Nur Nia Qalesya dilahirkan pada usia kandungan 33 minggu 3 hari. Syukur Alhamdulillah bayi yang dikandung kini sudah lahir. Namun kegembiraan mama sebentar sahaja. Selepas lahir, Nia disahkan positif GBS.
Hati mama risaukan Nia. Sejak hari pertama pertama dilahirkan Nia dimasukkan ke Neonatal Intensive Care Unit (NICU). Disebabkan masalah kelahiran pramatang dan berat ketika lahir 2.3kg Nia ditahan di NICU selama 14 hari.
Segalanya berlangsung dengan baik. Pemandangan setiap hari melihat kami berselirat wayar di wad lama kelamaan membuatkan mama jadi tabah. Dari hari ke hari mama dan abah menunggu saatnya untuk membawa Nia pulang ke rumah bertemu abang dan kakak.
Dalam menanti saat gembira bersatunya kita sekeluarga, kita dikhabarkan dengan satu berita mengejutkan. Hati mama dan abah benar-benar pilu. Tubuh kecilmu rupanya menanggung derita selama ini.
Bagaikan batu besar menghempap dada mama, Nia disahkan disahkan mengalami masalah jantung berlubang semasa berada di NICU. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui keadaan mama dan abah ketika itu. Doa & bertawakal agar Nia terus kuat.

31 Mei 2019
Setelah 2 minggu Nia berada di NICU akhirnya mama dan abah boleh membawa Nia pulang. Namun kepulangan tidak lama dan kamu kembali ke wad. Nia sekali lagi dimasukkan ke NICU disebabkan oleh jangkitan kuman meningococcal.
Anak mama Nia pernah alami pernafsan terhenti. Kamu benar-benar kritikal akibat kuman ini. Mama abah saban hari berdoa agar derita Nia makin berkurangan dan pulih. Ada masanya keadaan kritikal. Mama ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kamu ketika itu supaya cepat sembuh.

24 Jun2019
Tanggal 24 Jun, Nia melepasi tahap kritikal. Syukur sangat kepada Mu Ya Allah kerana masih memanjangkan usia puteriku.
Setelah dua minggu diwad akhirnya Nia discaj dan kita sama-sama balik ke rumah. Nia, abang dan kakak merindui kamu.

9 Julai 2019
Anak mama Nia yang kuat akhirnya diuji kesakitan sekali lagi. Ujian demi ujian dan kali ini Nia mengalami jangkitan kuman kat paru-paru. Mama dapat lihat dada Nia turun naik dengan pantas. Nia alami masalah nafas yang laju disebabkan batuk yang berpanjangan.
Maafkan mama tidak dapat membantu tapi mama janji akan sentiasa ada dengan Nia. Nia sekali lagi dimasukkan ke wad. Tubuh kecil Nia bertarung nyawa sekali lagi melawan kuman yang menyerang paru-paru. Air mata mama tak putus mengalir melihat kuatnya kamu sayang. Doa mama kamu terus kuat, jangan mengalah…

5 ABANG & KAKAK PERLUKAN PERHATIAN
Perhatian ibu ini perlu dikongsi dengan adik beradik yang lain. Wan Salmi Suhana turut mempunyai 5 anak yang lain.
Abang Nia, Aqil iman yang mengalami masalah pernafsan serta masalah kaki (oku) manakala Danish Iman berumur 3 tahun mempunyai masalah kesihatan dari kecil dah disahkan mengalami masalah pernafasan proximal tracheomalacia.

HILANG PUNCA PENDAPATAN
Suami Wan Salmi, yang mencari rezeki dengan menyediakan perkhidmatan Grab sepenuh masa kini terpaksa menumpukan sepenuhnya perhatian kepada anak yang mengalami masalah kesihatan.

Wan Salmi sendiri ialah seorang suri rumah sepenuh. Empat dari enam anak mereka mempunyai kesihatan dan perlu dibawa mendapatkan rawatan dan temujanji dengan pakar setiap bulan seperti othopedik dan lain-lain.
Bagi anda yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, bolehlah menyalurkan bantuan kepada Wan Salmi Suhana Binti Wan Majeed di akaun Maybank 164203522974.
The post Usia Sebulan 3 Kali Masuk Wad. Batuk & Nafas Laju, Nia Bergantung Alat Pernafasan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/usia-sebulan-3-kali-masuk-wad-batuk-nafas-laju-nia-bergantung-alat-pernafasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Alasan Konyol Buru Buru Menikah Salah Satunya Udah Masuk Usia Panik Duh Seriusan

7 Alasan Konyol Buru Buru Menikah Salah Satunya Udah Masuk Usia Panik Duh Seriusan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 292 hits
Dikira nikah kayak balap karung Bagi yang sedang mempersiapkan pernikahan sekarang semoga alasannya bukan salah satu dari isi daftar ini ya
Seorang Lelaki Usia Dalam 30 An Maut Kereta Masuk Sungai

Seorang Lelaki Usia Dalam 30 An Maut Kereta Masuk Sungai

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 374 hits
ALOR SETAR Mayat seorang lelaki berusia lingkungan 30 an ditemui selepas sebuah kereta yang terjunam ke dalam Sungai Santap Pokok Sena di sini malam semalam berjaya dikeluarkan awal pagi ini Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Mal...
Alhamdulillah Ainul Dah Sihat 2 Bulan Dalam Wad Pertama Kali Jalan Keluar Hospital

Alhamdulillah Ainul Dah Sihat 2 Bulan Dalam Wad Pertama Kali Jalan Keluar Hospital

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 415 hits
Ainul Mardhiah semakin sihat Walau pun baru baru ini terpaksa membatalkan kepulangan ke Malaysia kerana masalah kesihatan si kecil ini kelihatan semakin pulih dan ceria Pertama kali dibawa keluar oleh mama walid setelah 2 bulan di tahan di ...
Mawi Masuk Wad

Mawi Masuk Wad

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 390 hits
Mawi 37 dimasukkan ke sebuah hospital pakar di Bangi sejak malam semalam akibat tekanan darah tinggi serius Mengulas punca kesihatannya terganggu Mawi ketika dihubungi berkata dia tidak pernah menduga berhadapan masalah berkenaan kerana tid...
Dua Di Penjara Kerana Cuba Pecah Masuk Miliki 25 Besi Pagar

Dua Di Penjara Kerana Cuba Pecah Masuk Miliki 25 Besi Pagar

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 353 hits
KUANTAN Dua lelaki dihukum penjara 10 bulan selepas mengaku salah atas tuduhan cuba memecah masuk rumah dan memiliki 25 batang besi pagar yang gagal dijelaskan kegunaannya minggu lepas Majistret Nor Azizah Aling memerintahkan supaya Mohamad...
Berang Kucing Jiran Kerap Masuk Ke Kawasan Rumah Ini Nasib Yang Menimpanya

Berang Kucing Jiran Kerap Masuk Ke Kawasan Rumah Ini Nasib Yang Menimpanya

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 288 hits
Apa perasaan korang bila melihat haiwan dilempar di depan mata Hari ini tersebar satu gambar di media sosial barat yang diambil dari rakaman litar tertutup yang menunjukkan seorang wanita telah mencampak seekor kucing ke arah rumah jirannya...
Mahasiswa Tolak Keras Aturan Masuk Ui Berbayar

Mahasiswa Tolak Keras Aturan Masuk Ui Berbayar

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 171 hits
Mahasiswa pun memasang spanduk penolakan Hal itu dilakukan sebagai bentuk protes
Masuk Permukiman Celeng Gunung Slamet Serang 4 Warga Banyumas

Masuk Permukiman Celeng Gunung Slamet Serang 4 Warga Banyumas

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 219 hits
Menilik ukurannya celeng itu sangat besar Penuturan warga celeng setinggi sekitar satu meter dengan bobot diperkirakan lebih dari satu kuintal
Masuk Bursa Capres 2024 Versi Lsi Anies Bilang Tahun 2019 Aja Belum Kelar

Masuk Bursa Capres 2024 Versi Lsi Anies Bilang Tahun 2019 Aja Belum Kelar

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 260 hits
Dalam suvei LSI selain nama Anies untuk tokoh dari kategori pemimpin daerah yang berpeluan maju sebagai capres ada nama Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil Gubernur Jawa Tengah Ganjar Pranowo Gubernur Jawa Timur Khofifah Indar Parawangsa yang ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab