Dua Di Penjara Kerana Cuba Pecah Masuk Miliki 25 Besi Pagar



KUANTAN - Dua lelaki dihukum penjara 10 bulan selepas mengaku salah atas tuduhan cuba memecah masuk rumah dan memiliki 25 batang besi pagar yang gagal dijelaskan kegunaannya, minggu lepas.

Majistret Nor Azizah Aling memerintahkan supaya Mohamad Nor Amin Khairudin, 32, dan Muhammad Iqmal Nirwan Adam Safian, 21, menjalani hukuman penjara tujuh bulan bagi kesalahan cuba memecah masuk dan tiga bulan bagi kesalahan memiliki besi itu.

Bagaimanapun, hukuman itu diarah berjalan serentak bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu 26 Jun lepas.

Bagi tuduhan pertama, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan kerana cuba memecah masuk sebuah rumah di Kampung Teluk Mahang di sini, pada 9.10 malam 26 Jun lepas.

Seksyen 511 memperuntukkan hukuman penjara yang tidak melebihi setengah daripada Seksyen 457, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan denda dan jika kesalahan adalah curi, hukuman penjara boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi kesalahan kedua, mereka didakwa mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil kerana memiliki besi pagar itu, yang tidak dapat dijelaskan dengan munasabah di tempat dan masa yang sama.

Akta itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Fakta kes yang diakui tertuduh menyatakan mereka ditahan oleh orang kampung semasa cuba mengumpil tingkap rumah itu dan pemeriksaan anggota polis ke atas motosikal yang dinaiki mereka menemukan besi pagar itu di bahagian bakul.

Peguam Nurul Syafiqah Syeba Atan dari Yayasan Bantuan Guaman merayu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara paling ringan ke atas kedua-dua tertuduh atas alasan anak guamnya telah insaf.

"Mereka juga membantu menanggung keluarga yang mana Mohamad Nor Amin bekerja sebagai tukang cuci rumah dengan gaji RM1,500 sebulan manakala Muhammad Iqmal Nirwan memperoleh upah bulanan RM1,000 sebagai pembantu kantin sekolah," katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah Harizan. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/07/dua-di-penjara-kerana-cuba-pecah-masuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pramugara Dan Teman Wanita Didakwa Pecah Masuk Dan Curi Kedai Dobi

Pramugara Dan Teman Wanita Didakwa Pecah Masuk Dan Curi Kedai Dobi

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 541 hits
Seorang pramugara bersama teman wanitanya mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memecah masuk dan cuba mencuri kedai dobi di Kuala Nerus JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIME...
Jual Dua Kulit Harimau Warisan Kakek Petani Di Langkat Masuk Bui

Jual Dua Kulit Harimau Warisan Kakek Petani Di Langkat Masuk Bui

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 256 hits
P disergap saat hendak menjual kulit harimau kepada petugas BBTNGL yang melakukan penyamaran Dari tangan P disita dua lembar kulit harimau berukuran besar satu lembar kulit Harimau ukuran kecil satu tengkorak yang diduga jenis Harimau Sumat...
Jual Dan Miliki Rokok Belum Diluluskan Kastam Peniaga Dihukum Penjara 10 Bulan

Jual Dan Miliki Rokok Belum Diluluskan Kastam Peniaga Dihukum Penjara 10 Bulan

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 275 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dua Beradik Antara Yang Ditahan Disyaki Miliki Dadah

Dua Beradik Antara Yang Ditahan Disyaki Miliki Dadah

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 266 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Terbaik Dua Taman Tema Air Popular Malaysia Masuk Top Rangking Dunia

Terbaik Dua Taman Tema Air Popular Malaysia Masuk Top Rangking Dunia

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 639 hits
Siapa sangka Taman Tema Air Malaysia mampu masuk top rangking dunia ia bukan sesatu yang mudah kerana kita bersaing dengan negara maju lain yang lebih hebatKita memiliki beberapa buah taman tema air berkelas dunia antaranya ialah Sunway Lag...
Orang Melayu Boleh Masuk Hizbul A Mal Ad Dimuqratiy

Orang Melayu Boleh Masuk Hizbul A Mal Ad Dimuqratiy

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 415 hits
Pada 9 Julai 2019Hujung minggu sudah Exco Johor Sheikh Omar Ali berjaya dipilih sebagai Ketua Pemuda Sosialis DAP negeri Johor Tajuk tajuk utama portal berita memaparkan beliau sebagai Melayu pertama jadi ketua pemuda DAP di Johor Beliau me...
Lelaki Disahkan Meninggal Oleh Doktor Terjaga Sebelum Masuk Kubur

Lelaki Disahkan Meninggal Oleh Doktor Terjaga Sebelum Masuk Kubur

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 533 hits
Ibarat diberi peluang kedua macam tu lah agaknya perasaan keluarga dari India ni bila sesuatu berlaku semasa mereka sedang uruskan jenazah anaknya yang diisytiharkan mati oleh doktor Menurut Mohammad Furqan telah terlibat dalam kemalangan p...
Masuk Jilid 2 Dah Latihan Cepat Membaca Abg Qi

Masuk Jilid 2 Dah Latihan Cepat Membaca Abg Qi

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 306 hits
30 cerita terbaik tamat dengan penuh didikan dan asuhan mendalam Beberapa hari lepas sudah masuk nampak kesannya makin lama latihan makin nampak tempoh masa membaca semakin laju Dulu merangkak tatih berjalan jatuh Sekarang dia boleh kemudi ...
Kisah Pendiri Forever 21 Sempat Masuk Daftar Orang Terkaya Hingga Diambang Bangkrut

Kisah Pendiri Forever 21 Sempat Masuk Daftar Orang Terkaya Hingga Diambang Bangkrut

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 255 hits
Kekayaan pendiri Forever 21 Chang Jin Sook dan Chang Do Won asal Korea Selatan terhempas seiring kinerja penjualan ritel fesyen tersebut Pada 3 Juli Forbes melaporkan keluarnya pasangan tersebut dari daftar orang terkaya dunia
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi