Usahawan E Rokok Gempur Forum Sinar Harian Bincang Isu Vape


SEMASA | Malam tadi Sinar Harian membawakan wancana VAPE : Trend atau Bahayakan Nyawa. Diskusi itu disertai oleh empat panel iaitu;

PU Hafiz - Pendakwah
Mohd Fadhli Othman - Pengerusi IkramTeens
Amir Hassan - Penyanyi
Dr. Munirah Ibrahim - Pakar Perubatan Keluarga

Antara yang menarik dalam perbincangan tersebut ialah beberapa peniaga vape turut menghadirinya bagi menyertai perbincangan ilmiah itu.

Gambar : Sinar HarianPerbincangan berlangsung dalam suasana yang harmonis meskipun terdapat beberapa soalan panas yang ditanyakan penonton kepada Dr. Munirah.

Misalnya soalan daripada Datuk Azwan yang mewakili peniaga vape (MRECA), berkata, "Berkaitan racun atau kimia yang keluar, pernahkah doktor melihat sendiri kajian yang dijalankan oleh para profesor terutamanya sekali laporan dari Public Health England, tahun 2015, yang mengatakan bahan kimia beracun lebih banyak dikeluarkan dari rokok? Kajian yang dijalankan menerusi kaedah vaping pula menggunakan satu mesin yang mana kandungannya tidak akan dihisap oleh manusia namun disahkan tetap lebih selamat berbanding rokok," soalnya.

Dr. Munirah kemudiannya menjelaskan, kajian-kajian seumpamanya itu sebenarnya didalangi oleh mereka-mereka yang menjual e-rokok, meskipun berlatarbelakangkan bidang perubatan.

Komen itu kemudiannya ditempelak oleh beberapa netizens yang beranggapan jawapan itu terlalu dangkal dan memerli adakah desakan mengharamkan vape pula berpaksikan kepada kutipan cukai yang berkurangan berikutan jualan rokok halal kini menghadapi saingan sengit dari rokok seludup dan vape.

Panelis Fadhli pula menjelaskan, vape untuk golongan perokok bukan menjadi masalah tetapi terdapat segilintir remaja yang menghisap vape sebagai trend dan ini adalah musibah.

Berdasarkan situasi semasa di Malaysia terdapat dua jenis perkembangan mengenai vape iaitu;

1. Perokok yang mahu berjimat dan berhenti merokok memilih vape. Mereka mahu mengamalkan hidup sihat dengan menjadikan vape sebagai kaedah untuk mengurangkan kebergantungan kepada rokok sekaligus meninggalkan rokok dan vape secara beransur-ansur.

2. Remaja yang suka-suka vape kerana trend dan terikut-ikut. Terdapat juga wanita-wanita bertudung yang merosakkan industri vape dengan mempromosikan vape di sosial media sekaligus masyarakat beranggapan vape ialah satu perkara negatif dan jahat.

Menurut panelis Amir, seseorang yang mahu vaping perlu pandai menggunakan alat seperti MOD dan POD bagi mencegah perkara tidak elok seperti letupan yang berlaku di Sibu suatu ketika dahulu.

Berdasarkan pengalamannya yang pernah menjual vape suatu ketika dahulu, ramai yang berjaya berhenti merokok melalui vape.

Amir juga menjelaskan, kebanyakan pembeli yang berusia 25 tahun hingga 35 tahun yang membeli mod ataupun pod darinya nekad mahu berhenti merokok kerana itu mereka cuba beralih kepada vape sebagai alternatif. Ketika membeli, perokok-perokok tegar ini akan lebih bertanyakan mengenai keberkesanan produk.

Manakala vapers muda, ataupun remaja, mereka lebih bertanyakan mengenai harga dan jenama. 

Hal inilah yang dibimbangi Presiden IkramTeens, Mohd Fadhli, yang mengatakan boleh terjadinya dari vape mereka akan menghisap rokok dan seterusnya dadah jika tidak dibendung.

Peniaga vape, Bruce yang mewakili Mreca pula menjelaskan, usahawan vape seluruh Malaysia telah mengadakan kempen 'no vape for kids'. Kempen ini telah dijalankan sejak tiga bulan lepas dan masih dijalankan sehingga ke hari ini. Ia adalah satu kempen kesedaran kepada vapers, dan juga peniaga agar jangan sesekali menghasut dan mengheret anak-anak muda yang tidak merokok untuk mencuba-cuba vape. Kempen ini dilakukan atas nama tanggungjawab mendidik masyarakat bahawa vape ini adalah alternatif perokok tegar dan bukannya satu gaya hidup mahupun trend.

Selain itu, Bruce juga menjelaskan kepada Dr. Munirah kematian 13 vapers di Amerika baru-baru ini adalah disebabkan penyalahgunaan cecair vape, dimana dadah jenis THC dan vitamin E jenis asetat dimasukkan ke dalam cecair vape yang mengundang risiko kematian.

Vape dengan mengikut peraturan dan dalam kandungan yang dibenarkan sama sekali tidak akan menyebabkan kematian, jelasnya lanjut. 

Dr. Munirah nampaknya menerima penjelasan itu dengan hati yang terbuka.

Hasil dari perbincangan itu bolehlah dirumuskan kepada beberapa perkara iaitu;

1. Vaping adalah alternatif yang lebih baik dari merokok dari segi kesihatan.

2. Risiko vaping adalah bergantung kepada jenis cecair. Risiko berbeza antara cecair yang mempunyai nikotin dan tiada nikotin. Risiko juga berbeza antara nikotin berkadar rendah dan berkadar tinggi.

3. Anak-anak muda perlulah dilarang bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah menjelaskan kepada anak-anak tujuan ibu atau bapa vaping adalah untuk menghentikan ketagihan merokok. Bukannya kerana trend dan gaya hidup. Ibu bapa juga jangan sesekali menghadiahkan mod dan pod kepada anak-anak dan perlulah memantau anak masing-masing terutamanya jika memberikan mereka wang, adakah mereka membeli mod dan pod secara online.

4. Oleh kerana kajian menunjukkan lebih 300,000 anak muda terlibat vape, maka perlu ada satu undang-undang yang tegas bagi mengawalnya tanpa menjejaskan alternatif bagi perokok tegar.  

Sebagai rekod, KKM telah membentuk satu Jawatankuasa Khas bagi membincangkan masalah dan isu berkaitan vape di Malaysia. AJK itu akan berperanan untuk menjalankan kajian dan seterusnya akan memutuskan samada VAPE perlu disekat ataupun dibenarkan jual dengan regulasi. - 8 November 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/11/usahawan-e-rokok-gempur-forum-sinar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siap Siap Rokok Elektrik Dan Vape Bakal Dilarang

Siap Siap Rokok Elektrik Dan Vape Bakal Dilarang

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 341 hits
Pemerintah berniat melarang penggunaan rokok elektrik dan vape yang belakangan ini banyak dikonsumsi masyarakat Indonesia Larangan tersebut diusulkan oleh Badan Pengawas Obat dan Makanan Kepala BPOM Penny Lukito mengatakan usulan tersebut n...
5430 Penjawat Awam Ketagih Game Online Ppim Sinar Harian 24 10 2019

5430 Penjawat Awam Ketagih Game Online Ppim Sinar Harian 24 10 2019

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 651 hits
MELAKA Isu ketagihan permainan dalam talian dilihat semakin bertambah serius sejak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh membawa kesan negatif Ini kerana ia kini bukan hanya sering menjadi satu ketagihan dalam kalangan kanak kanak malah ia...
Di Mana Sisi Baik Rokok Rokok Elektronik Dan Vape

Di Mana Sisi Baik Rokok Rokok Elektronik Dan Vape

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 2728 hits
Rokok Rokok Elektronik dan VapeRokok rokok elektronik dan vape fungsinya sama iaitu hisap dan hembus Rokok mengeluarkan asap manakala rokok elektronik dan vape mengeluarkan wap air dengan harumannya tersendiri Nampak seperti vape tidak memb...
Analisis Bongkar Isu Vape Pakar Sangkal Dakwaan Vape Membantu Penonton Turut Berdebat

Analisis Bongkar Isu Vape Pakar Sangkal Dakwaan Vape Membantu Penonton Turut Berdebat

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 354 hits
Rancangan Analisis di Tv Alhijrah sekali lagi bersiaran dengan topik yang menjadi perdebatan ramai iaitu Vape Selamat atau Sekat yang diulas oleh tiga orang panel jemputan terdiri daripada Dr Noryana sebagai Pakar Perunding Kesihatan Awam d...
Wacana Sinar Harian Masih Ramai Jadi Mangsa Penipuan Ini Sebabnya

Wacana Sinar Harian Masih Ramai Jadi Mangsa Penipuan Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 462 hits
Darshan SinghSHAH ALAM Sikap segelintir pengguna yang melihat isu kepenggunaan sebagai satu perkara remeh antara faktor menyebabkan masih ramai individu yang terus menjadi mangsa penipuan di negara ini Presiden Persatuan Pergerakan Pengguna...
5488 Memberi Erti Pada Buy Muslim First Sinar Harian 13 11 2019

5488 Memberi Erti Pada Buy Muslim First Sinar Harian 13 11 2019

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 551 hits
BARU BARU ini sementara menunggu Zuhur saya berbincang dengan beberapa rakan sekerja mengenai isu isu keusahawanan Melayu Banyak masalah yang klise disebut sebagai antara sebab mengapa usahawan Melayu sukar meningkat maju Alasan yang klise ...
Calon Bn Fokus Kempen Isu Hidup Harian Rakyat Di Tg Piai

Calon Bn Fokus Kempen Isu Hidup Harian Rakyat Di Tg Piai

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 483 hits
Calon BN MCA bagi PRK Tanjung Piai Wee Jeck Seng PONTIAN Calon BN MCA bagi pilihan raya kecil Tanjung Piai Wee Jeck Seng berkata beliau akan memberi tumpuan kepada kempen berkaitan isu kehidupan harian rakyat yang menjadi kebimbangan pendud...
Ltte Mahkamah Tinggi Akan Putuskan Isu Jaminan Dua Adun 10 Lelaki

Ltte Mahkamah Tinggi Akan Putuskan Isu Jaminan Dua Adun 10 Lelaki

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 294 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Sama ada dua Ahli Dewan Undangan Negeri dan 10 lelaki yang berdepan pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE dibenarkan diikat jamin atau sebaliknya ianya akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ini berikut...
Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Pengarah Kpdn Ppim 10 02 2025

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Kuala Terengganu River Cruise Pengalaman Menarik Menyusuri Sungai Terengganu

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Anak Seiras Bapa Coretan Ulang Tahun Ella Raih Perhatian

The Wagon Cafe

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Pembangkang Yang Tidak Berkualiti Dan Masak Politik

Apa Ada Kat Air Papan Johor