Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup Dan Sedap Dimakan Begitu Saja


Dengan Bismillah 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup dan Sedap Dimakan Begitu Saja-Alhamdulillah.Dah lama saya teringin nak kongsi dalam Blog ini, resepi cucur sayur terbaharu yang saya dapat dan saya dah cuba sendiri, tapi tulah.kitonyo kalau sibuk kat sekolah, memang tak sempat nak berblog bagai. 
Close up Cucur sayur bilis yang rangup diluar dan lembut didalam.Entah berapa puluh kali saya buat cucur dengan resepi ini, memang terbaik hasilnya.Kalau kita tukar jenis sayur pun takde masalah.yang penting bahan rahsia dia ialah gabungan tepung gandum, tepung beras, baking powder.Selain itu, bahan sayuran dan penggunaan bahan kisar juga menyebabkan cucur kita lebih "berasa" sedapnya.Masya Allah

Pertama kali saya cuba resepi ini, masa ada program perkhemahan kat sekolah.Masa tu saya salah seorang pembantu Fasilitator. Antara tugasan lain semasa camping tersebut, ada slot masakan chef cilik.Menunya hidangan petang dengan tema Cucur. Nampak simple, tapi pada saya benda simple ni lah paling susah kalau dibuat pertandingan.Kena ada faktor X atau lebih istimewa, sebab cucur ni makanan harian semua orang kat Malaysia kot.haha.
kemain presentation kami masa pertandingan cucur kat camping sekolah tempohari. Kumpulan kami dapat nombor 2 bukan sebab cucur tak sedap tau, tapi sebab dapo kayu kami tak hidup dan kami terpaksa goreng kat portable gas.Aduhh.Kurang markah tang situ je.hihi

Kenangan bersama anak-anak camping tempohari.Budak-budak ni pakat berebut habiskan cucur yang kami sediakan sampai tak cukup dibuatnya.kesian pulak tengok memasing macam kebulur.hehe

Kat rumah saya sendiri pun, cucur sayur ni most favourite En Suami.Kalau dia teringin, tak semestinya time minum petang, pagi atau malam pun dia boleh request cucur ni. Nasib pulak kita ini pun biasanya kalau sekali membancuh cucur sayur ni, saya akan buat banyak terus.Bila-bila nak makan, kita gorengkan je.Setel.Cucur Sayur dengan resepi ini sedap dimakan begitu sahaja tanpa perlu sos pencicah
Bahan kisar yang kita masukkan dalam adunan sedikit sebanyak menjadikan cucur sayur kita lebih sedap dari yang lain. Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup dan Sedap Dimakan Begitu Saja
Sumber Resepi : Adik FoodsDicuba oleh : Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan utama :Tepung Gandum ( cap ros ) 2 cawanTepung beras 1 cawanBaking Powder 1 sudu tehGaram dua sudu tehGula 2 sudu tehBahan perasa 1 sudu tehAir sejuk 2 cawan ( boleh tambah ikut kesesuaian adunan )
Bahan-bahan sayuran :sebiji kentang saiz sederhana di sagat halusseparuh carrot disagat halusDaun kucai secukupnya Satu labu bawang holland dihiris4 batang sosej dihiris/ crabstick/ udang segar
Bahan-bahan dikisar :bawang merah dua ulasikan bilis secukupnyadua tangkai cili merah/ hijau
Cara Menyediakan Cucur Sayur Yang Rangup diluar dan Lembut di dalam :1. Sediakan bahan utama dalam bekas yang sesuai, lebih besar lagi bagus sebab mudah nak bancuh adunan dengan bahan sayuran yang agak banyak
2. Masukkan bahan sayuran dan bahan kisar dalam bekas tadi.Gaul semua bahan supaya sebati
3. Masukkan air sejuk dan bancuh adunan secara berdikit-dikit.Jangan tuang semua air ke dalam bekas
5. Cara nak pastikan adunan dah sesuai untuk digunakan ialah bila kita angkat dengan sudu, adunan tersebut tak menjadi berat sangat. Dia ringan tapi tidak terlalu cair. 5. Sediakan minyak untuk menggoreng.Pastikan minyak betu-betul panas, barulah masukkan adunan cucur. bila dah masukkan adunan dalam kuali, kecilkan api sedikit supaya cucur masak sekata

Bab buat cucur ni kadang kita buat dia jadi liat bila dah sejuk kan? tapi dengan resepi ini, saya dapati cucur yang saya buat walaupun dah sejuk tetap lembut dan enak dimakan begitu sahaja. Korang kena cuba tau.InshaAllah pasti tak mengecewakan :)
Orait, sampai sini dulu. Kalau korang ada yang mencuba buat cucur sayur dengan resepi ini, jangan lupa share pengalaman kat post ini ya.Kita nak tau berjaya atau tak korang buat cucur sayur yang memenuhi citarasa kami sekeluarga :)
Cik Matahariku,Tanpa cucur yang sedap apalah ertinya gorengan tepungmu itu.haha.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/11/resepi-cucur-sayur-bilis-lebih-rangup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cheese Potato Crispy Snek Rangup Berkeju Yang Super Sedap Bikin Ketagih

Cheese Potato Crispy Snek Rangup Berkeju Yang Super Sedap Bikin Ketagih

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 233 hits
Kalau anda penggemar kentang dan keju resipi Cheese Potato Crispy ni wajib anda cuba Walaupun namanya nampak fancy sebenarnya cara nak buatnya sangat mudah Bahan bahan pun ringkas tapi hasilnya memang padu Sekali gigit rasa rangup di luar d...
Resepi Roti Sardin Gulung Super Sedap Yang Orang Lain Tak Tahu

Resepi Roti Sardin Gulung Super Sedap Yang Orang Lain Tak Tahu

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 191 hits
Dengan Bismillah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Setuju ke tidak kalau saya katakan menu atau hidangan yang kita sediakan kat rumah kebanyakannya yang suami dan anak anak suka yang selalu kita repeat banyak kali adalah menu campak campa...
Popia Roti Sedap Rangup Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic

Popia Roti Sedap Rangup Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 211 hits
Popia Roti Sedap Rangup Sedapnya popia roti Ia merupakan idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan menggunakan lebihan roti sandwic atau roti sosej Makan panas panas memang terbaik pasti licin Jika tak habis boleh juga disejukbek...
Bakwan Jagung Rangup Resipi Mudah Power Yang Wajib Cuba

Bakwan Jagung Rangup Resipi Mudah Power Yang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 223 hits
Bakwan Jagung memang antara snek yang tak pernah mengecewakan Rasa manis semula jadi jagung dicampur dengan aroma daun limau purut bawang dan cili bila digoreng bau dia saja dah cukup untuk buat satu rumah lapar Tidak hairanlah hidangan ini...
Rempeyek Kacang Tanah Rangup Resipi Tanpa Air Kapur Yang Buat Orang Ketagih

Rempeyek Kacang Tanah Rangup Resipi Tanpa Air Kapur Yang Buat Orang Ketagih

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 191 hits
Rempeyek Kacang Tanah ni orang kata memang berhantu Masa makan memang ralit tak boleh berhenti Sambil borak tak sedar dah habis sebalang dibuatnya Biasanya resipi nak buat rempeyek ni kena ada air kapur Tapi jangan risau kalau nak buat tapi...
Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

Cornflakes Chicken Wrap Rangup Sihat Resipi Mudah Yang Memang Menggoda

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 281 hits
Dalam dunia makanan moden hari ini ramai yang nak makan sedap tapi masih kekalkan gaya hidup sihat Masalahnya banyak makanan healthy tak begitu memuaskan selera tapi tidak untuk wrap ini Cornflakes Chicken Wrap ialah antara hidangan mudah y...
Tempe Goreng Pedas Daun Limau Resipi Rangup Wangi Yang Sangat Menggoda

Tempe Goreng Pedas Daun Limau Resipi Rangup Wangi Yang Sangat Menggoda

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 228 hits
Jika ada satu snek ringkas yang sentiasa menang dari segi rasa aroma dan kepuasan jawapannya sudah tentu Tempe Goreng Pedas Daun Limau Hidangan ini asalnya popular dalam komuniti peminat tempe di Jawa Indonesia tetapi kini sudah menjadi keg...
Avocado Scrambled Egg Toast Sedap Sarapan Sihat Mengenyangkan

Avocado Scrambled Egg Toast Sedap Sarapan Sihat Mengenyangkan

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 175 hits
Sarapan adalah detik kecil yang membentuk tenaga dan mood untuk sepanjang hari kita Kalau sarapan kita sedap lengkap dan memuaskan selalunya seluruh hari kita berjalan lebih baik Dalam trend makanan sihat masa kini Avocado Scrambled Egg Toa...
Beza Coklat Putih Coklat Hitam Dan Coklat Biasa Mana Satu Yang Paling Sedap

Beza Coklat Putih Coklat Hitam Dan Coklat Biasa Mana Satu Yang Paling Sedap

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 253 hits
Kalau sebut pasal coklat mesti ramai yang terus terbayang rasa manis lemak dan buat hati tenang je kan Tapi sebenarnya coklat ni ada macam macam jenis Coklat putih coklat hitam dan coklat biasa atau coklat susu Nampak sama tapi sebenarnya b...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Gobind Death In Custody Probe Delays Unacceptable

Kejadian Di Hadapan Rumah

Bantuan Mangsa Banjir Ke Indonesia Dari Luar Dikenakan Cukai

Syurga Saya Anna Jobling Amp Ibu Berpelukan Hubungan Kembali Jernih

Resepi Telur Bungkus Spesial Sedap Dan Mudah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keputusan Piala Fa 2025 Jdt Lawan Sabah Fc

Ahli Sumud Flotilla Tapi Pakai Iphone 17

Ai Team Subscribers Disember 14 2025

Penantian 10 Tahun Berakhir Pearly Thinaah Hadiahkan Emas Pertama Buat Malaysia

Hiburan Remaja Viral Kehilangan 6 Ahli Keluarga Kini Bergelar Suami Orang Di Usia 21 Tahun

Menyantuni Pakcik Dan Makcik Makan Tengahari Di Rumah