Di Mana Sisi Baik Rokok Rokok Elektronik Dan Vape


Rokok, Rokok Elektronik dan Vape
Rokok, rokok elektronik (eCig) dan vape, fungsinya sama iaitu hisap dan hembus. Rokok mengeluarkan asap manakala rokok elektronik dan vape mengeluarkan wap air dengan harumannya tersendiri. Nampak seperti vape tidak memberi kesan buruk kepada penggunanya kerana hanya wap air yang terhasil tanpa bau kurang menyenangkan, bukan?



Mungkin disebabkan itu, penjualan rokok elektronik dan vape semakin berleluasa dalam pasaran Malaysia. Penghisap rokok tegar kata, mereka menjadikan rokok elektronik dan vape sebagai alternatif untuk mengurangkan ketagihan seterusnya berhenti merokok. Mungkin itu adalah tujuan asalnya.

Sejauh mana ia mampu mengekang ketagihan, hanya mereka yang terlibat saja yang tahu. Kena ingat, rokok elektronik juga mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan dan boleh merosakkan otak ye. Vape pula, walaupun tidak mengandungi nikotin, bahan-bahan yang lain juga bahaya kepada kesihatan.

Agak-agak apa kandungan yang digunakan dalam flavor ya? Adakah air dan perisa semata-mata? Kalau itu saja yang terkandung, bagaimana boleh ketagih dengannya?  Kalau anda nak mengetahui lebih lanjut tentangnya, boleh baca di Vape / Rokok Elektronik bukan sekadar wap air.

Lebih membimbangkan, semakin ramai remaja yang menjadi pengguna rokok elektronik dan vape. Jika ini yang sudah terjadi, apakah alasan menggunakannya untuk berhenti merokok masih boleh digunakan? Semuanya kerana pengaruh kuat daripada sekeliling.

Rokok pula, umum mengetahui ia sememangnya membahayakan kesihatan. Bukan saja kepada yang menghisapnya tetapi juga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling mereka. Sudahlah bahaya, merugikan pengguna, bau asapnya juga busuk. Boleh pening kepala dibuatnya jika terhidu. Aduh...

Mai paling tak suka dengan perokok dan penghisap vape yang selamba menghembus di tempat awam yang ramai orang. Contohnya, di kedai makan. Selepas makan, mungkin sudah menjadi kebiasaan mereka yang ketagihannya pasti akan merokok. Si penghisap vape pula ada yang ingin menunjuk-nunjuk kepulan wap yang keluar. Aduh... rimasnya! Potong selera makan je.

Sekarang ini, ramai doktor 'bersuara' di pelbagai media sosial tentang bahaya rokok dan vape. Ini bukan perkara kecil untuk perokok dan penghisap vape kerana ia juga melibatkan orang sekeliling yang tidak menghisapnya. Kalau sendiri hisap dan sendiri telan asap dan wap, itu tidak mengapa.

Mai sangat bersetuju dengan nasihat dan kata-kata doktor tentang bahaya rokok, rokok elektronik dan vape. Kalau betul perokok tegar mahu berhenti merokok, pergi terus ke klinik berhenti merokok di mana-mana hospital atau klinik kesihatan berhampiran. Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan serta nasihat yang sepatutnya, ini lebih bagus. Kesihatan juga semakin baik dan terjaga. Boleh jimat berganda-ganda daripada membeli rokok elektronik dan vape.



Tetapi ramai 'bani hembus' ini membantah kata-kata doktor. Geram pula rasanya. Ada saja alasan yang diberikan. Asyik menegakkan benang yang basah saja. Walhal mereka hanya mahu mengaut keuntungan saja. Yang sudah ketagih, semakin cinta kepadanya. Yelah, apabila selebriti terkenal juga turut menjadi penjual rokok elektronik dan vape, semakin kuatlah pengaruhnya.

Ya, bukan senang nak mengakis ketagihan merokok. Ia bagaikan sudah sebati dengan diri. Semakin lama mengambilnya, semakin 'sayang' kepadanya. Tapi, tolonglah... tolong ingat bahawa dunia ini bukan milik anda seorang yang anda boleh hembus di mana-mana sesuka hati. Jangan ajak orang lain turut sama jadi perokok pasif.



Kesimpulannya, tiada satu pun yang sisi baik rokok, rokok elektronik dan vape. Ingat, merokok bukan penghilang stress. Merokok cuma membahayakan kesihatan saja. Yang haram tetap haram. Sama-sama ajak dan nasihat perokok untuk berhenti merokok, yang pastinya dengan saluran yang betul.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2019/10/di-mana-sisi-baik-rokok-rokok-elektronik-vape.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Baik Mana Isotonik Atau Air Putih Biasa Saat Cuaca Panas Ini Penjelasannya

Lebih Baik Mana Isotonik Atau Air Putih Biasa Saat Cuaca Panas Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 324 hits
Pakar kesehatan mengingatkan agar kebutuhan air tubuh dipenuhi demi mencegah masalah semisal dehidrasi saat menghadapi suhu udara yang belakangan ini terasa sangat panas Namun perlukah sampai meminum cairan isotonik untuk menggantikan caira...
Ngo Gesa Kerajaan Haramkan Rokok Elektronik

Ngo Gesa Kerajaan Haramkan Rokok Elektronik

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 579 hits
Bernama Majlis Kawalan Tembakau Malaysia bersama 45 badan bukan kerajaan hari ini menandatangani memorandum sepakat mendesak kerajaan segera mengharamkan rokok elektronik atau vape demi kepentingan kesihatan masyarakat Presiden Prof Datuk D...
Rokok Elektronik Tiada Bukti Boleh Rawat Masalah Ketagihan Merokok

Rokok Elektronik Tiada Bukti Boleh Rawat Masalah Ketagihan Merokok

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 327 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tidur Miring Ke Kanan Atau Miring Ke Kiri Mana Yang Lebih Baik

Tidur Miring Ke Kanan Atau Miring Ke Kiri Mana Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 425 hits
Selama ini kita sering mendengar atau bahkan baru saja mengetahui melalui tulisan ini bahwa dalam Islam telah diatur mengenai semua tata cara dalam menjalani kehidupan sehari hari termasuk salah satu diantaranya adalah posisi ketika tidur d...
Jenazah Pitt Hanif Ditemui Dalam Keadaan Baik Mama Minta Maaf Tak Jaga Pitt Seperti Mana Janji Pada Arwah Abah

Jenazah Pitt Hanif Ditemui Dalam Keadaan Baik Mama Minta Maaf Tak Jaga Pitt Seperti Mana Janji Pada Arwah Abah

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 749 hits
SELEPAS dua hari dilaporkan hilang pengarah filem Coast Guard iaitu Pitt Hanif disahkan meninggal dunia selepas pasukan mencari dan menyelamat menemui jenazahnya di Sungai Mela Kuala Lipis pada petang Ahad Berita itu disahkan sendiri oleh i...
Kasus Pencemaran Nama Baik Gus Nur Divonis 1 Tahun 6 Bulan Penjara

Kasus Pencemaran Nama Baik Gus Nur Divonis 1 Tahun 6 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 260 hits
Terbukti melakukan tindak pidana pencemaran nama melalui video Sugi Nur Raharja alias Gus Nur dijatuhi hukuman selama satu tahun enam bulan penjara Tak terima dengan putusan ini terdakwa pun menyatakan banding
Berita Baik Buat Rakyat Kedah

Berita Baik Buat Rakyat Kedah

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 399 hits
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut Borang jawatan tersebu...
Soal Anggaran Dki Ahok Tegaskan Sistem Baik Jika Tak Ada Niat Maling

Soal Anggaran Dki Ahok Tegaskan Sistem Baik Jika Tak Ada Niat Maling

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 227 hits
Sayangnya Ahok enggan mengomentari lebih jauh lantaran menurutnya sudah banyak orang yang memahami sistem e budgeting
Menurut Pakar Psikologi Single Itu Lebih Baik Buat Kesihatan

Menurut Pakar Psikologi Single Itu Lebih Baik Buat Kesihatan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 394 hits
Adakah anda pada ketika ini masih single dan rasa down Adakah kawan kawan anda yang sudah berpasangan menjadikan anda sebagai bahan ejekan Jangan bersedih Single itu tidak salah Sekurang kurangnya pakar psikologi mengatakan bahawa single be...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun