Usaha Kerajaan Pn Bawa Rakyat Keluar Dari Pandemik Semakin Berhasil Pm


AGENDA DAILY
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan kerajaan bermula Februari lalu kini menunjukkan perkembangan positif di beberapa buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada masa sama jumlah kes positif bagi kategori 3 hingga 5 di negeri-negeri berkenaan telah mula menunjukkan penurunan setelah liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi populasi dewasa telah melebihi 40 peratus.
“Semalam apabila buat pertama kalinya, tidak ada kes jangkitan baharu Covid-19 yang dilaporkan di WP Labuan. Sehingga 14 Ogos 2021, kadar vaksinasi lengkap di WP Labuan telah mencapai 88.1 peratus.
“Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan diharapkan dapat dilihat berlaku di negeri-negeri lain juga, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Perdana Menteri, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan juga memaklumkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang juga bertambah baik. Contohnya purata pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan untuk ditempatkan ke wad pesakit bagi hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di negeri-negeri Lembah Klang telah menurun.
Katanya, pada 31 Julai 2021, purata sehari pesakit yang menunggu di Jabatan Kecemasan adalah 909 orang, namun hasil perancangan rapi kerajaan dan pelaksanaan strategi oleh KKM serta kesan vaksinasi, purata sehari pesakit yang menunggu telah menurun kepada 239 orang pada 13 Ogos 2021.
“Saya amat berharap agar trend penurunan ini akan berterusan dan dapat mengurangkan beban kes COVID-19 yang serius serta kemasukan pesakit ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Walaubagaimanapun, kapasiti pesakit di ICU masih lagi penuh memandangkan rawatan pesakit di ICU adalah jauh lebih rumit dan memakan tempoh lebih panjang berbanding di wad biasa.
“Dalam pada itu, usaha mempercepatkan vaksinasi juga turut ditumpukan di negeri-negeri lain yang sedang mengalami peningkatan kes. Untuk makluman, kerajaan telah membekalkan sebanyak 2 juta dos vaksin COVID-19 kepada negeri Johor baru-baru ini dan dan akan membekalkan 1.5 juta dos vaksin kepada negeri Sabah dalam bulan Ogos ini.
“Setakat ini, sebanyak 44.1 peratus daripada populasi dewasa di dalam negara telah pun menerima vaksinasi lengkap manakala 72.1 peratus telah menerima suntikan dos pertama,” katanya.
Perdana Menteri berkata semua pencapaian ini tidak mungkin dapat kita lihat pada hari ini tanpa perancangan yang rapi dan pelaksanaan strategi yang kukuh oleh Kerajaan, serta kerjasama dan sokongan yang sangat baik daripada rakyat.
“Saya pernah nyatakan dahulu, dan saya akan katakan sekali lagi. Rakyat Malaysia, anda semua adalah insan yang hebat. Anda semua begitu tabah dan sabar mengharungi pandemik ini walaupun pada hakikatnya amat sukar untuk dilakukan.
“Insya-Allah, data-data yang dikongsikan ini menunjukkan perkembangan yang baik. Segala usaha Kerajaan Perikatan Nasional semakin hampir dengan kejayaan dan insya-Allah kita pasti akan berjaya keluar dari cengkaman pandemik ini dengan teratur dan selamat melalui Pelan Pemulihan Negara.
“Ingin saya ulangi strategi Kerajaan adalah jelas, lebih ramai yang divaksinasi dengan lengkap, lebih ramai penduduk Malaysia yang dilindungi dari jangkitan dengan teruk, lebih kurang beban kepada sistem kesihatan awam kita dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dapat dibuka supaya kita kembali berperingkat-peringkat ke kehidupan norma baharu.
“Apa yang lebih penting, jangan sesekali kita berputus asa dengan cabaran ini dan lupa bahawa Covid–19 adalah musuh utama kita semua.
Semoga Allah SWTsentiasa memberkati perjuangan dan usaha kita bersama, insya-Allah,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/usaha-kerajaan-pn-bawa-rakyat-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ag Keluar Warta Kerajaan Pelantikan Muhyiddin Sebagai Pm Sementara

Ag Keluar Warta Kerajaan Pelantikan Muhyiddin Sebagai Pm Sementara

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 173 hits
Jabatan Peguam Negara menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan Perintah Menteri Menteri Kerajaan Persekutuan 2021 berhubung pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sementara sehingga pelantikan perdana menteri baharu Warta itu mema...
Sultan Johor Dun Akan Dibubarkan Jika Wakil Rakyat Cuba Jatuhkan Kerajaan

Sultan Johor Dun Akan Dibubarkan Jika Wakil Rakyat Cuba Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 302 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa baginda tidak akan teragak agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Johor jika ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Baginda Sultan me...
Biar Rakyat Tentukan Kerajaan Bukan Elit Terkait Rasuah

Biar Rakyat Tentukan Kerajaan Bukan Elit Terkait Rasuah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 248 hits
Akar kepada krisis politik yang berlaku ketika ini adalah kesan rasuah terhadap Umno dan masyarakat Malaysia terpaksa berdepan krisis politik yang tidak perlu pada ketika ini Ia merupakan krisis yang perlu diselesaikan segera jika aktor akt...
Kerajaan Prihatin Sentiasa Ada Dalam Jiwa Muhyiddin Yassin Akui Tetap Ambil Berat Soal Rakyat

Kerajaan Prihatin Sentiasa Ada Dalam Jiwa Muhyiddin Yassin Akui Tetap Ambil Berat Soal Rakyat

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 261 hits
Walaupun tampuk pimpinan beliau telahpun dibubarkan pada Isnin namun Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui slogan Kerajaan Prihatin akan terus berada dalam jiwa beliau serta rakan sehaluan yang memerintah sebelum ini Menurutnya beliau akan sent...
Ph Sedia Ambil Alih Kerajaan Urus Pandemik Adun Dap

Ph Sedia Ambil Alih Kerajaan Urus Pandemik Adun Dap

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 249 hits
Dengan ini secara rasminya Malaysia tidak lagi mempunyai Perdana Menteri setelah Tan Sri Dato 8217 Haji Mahiaddin bin Md Yasin secara rasminya meletak jawatan YAB Tan Sri Dato 8217 Haji Mahiaddin bin Md Yasin meletak jawatan setelah tiada l...
Ismail Sabri Kena Elak Bawa Umno Dicemari Rasuah Ke Dalam Kerajaan

Ismail Sabri Kena Elak Bawa Umno Dicemari Rasuah Ke Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 302 hits
agendadaily21 8 2021Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wajar mengelak tajuk berita PM baru Malaysia bawa kembali UMNO yang dicemari rasuah mentadbir negara Penganalisis politik luar negara dilihat memberi persepsi negatif dan amaran awal kepada...
Kerajaan Pas Jangan Bergantung Kepada Balak Rakyat Merana

Kerajaan Pas Jangan Bergantung Kepada Balak Rakyat Merana

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 304 hits
Bencana kepala air yang menyebabkan banjir di Daerah Yan dan mengorbankan 3 penduduk semalam boleh dielakkan sekiranya pemimpin kerajaan Pas Kedah tidak terlalu bergantung kepada kegiatan pembalakan untuk menjana hasil negeri Menurut Penger...
Ahmad Maslan Yakin Kerajaan Baharu Lebih Menjaga Kepentingan Rakyat

Ahmad Maslan Yakin Kerajaan Baharu Lebih Menjaga Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 287 hits
Ahmad Maslan yakin Kerajaan Baharu lebih menjaga kepentingan rakyat Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yakin kerajaan baharu yang dibina selepas ini berjaya menjaga dan memberi tumpuan kepada beberapa aspek untuk kepentingan raky...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tabiat Harian Ini Boleh Ganggu Tidur Anak Mama Pama Wajib Ambil Tahu

Dah Tau Apa Yang Tok Menilik Tapak Tangan

Bagaimana Saya Menjana Jualan Lebih Rm10 000 Sebulan Di Lazada

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

5 Sebab Mengapa Anak Anda Sukar Untuk Menghafal Sifir

Jana Income 3k 10k Sebulan Dengan Jual Ebook Sendiri