Usaha Dan Gerakan Menjatuhkan Muhyiddin Adalah Gerakan Yang Harus Disokong




Ternampak ramai yang masih berbelah bagi tentang usaha untuk mengembalikan PH sebagai kerajaan, tidak kira sama ada melalui usul undi tidak percaya atau penyerahan Akuan Bersumpah atau SD kepada Yang Dipertuan Agong.Bagi penyokong Perikatan Nasional atau PN, khususnya daripada UMNO dan Pas yang tidak diundi untuk menjadi kerajaan dalam PRU14 lalu, mereka nampaknya cukup marah dan tidak senang dengan perkembangan terkini yang memperlihatkan Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim dilaporkan sudah ada cukup nombor untuk mengambil alih semula kerajaan.Kata mereka, buat apa diganggu kerajaan PN yang baru saja berusia tidak sampai tiga bulan umurnya, ditambah lagi dengan masalah ekonomi dan ancaman wabak Covid-19 yang sedang melanda ketika ini.Sepatutnya, tambah mereka, semua pihak hendaklah berhenti berpolitik dan berilah peluang kepada PN dan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri menguruskan negara ini sehingga tiba tarikh PRU15 akan datang.Waktu pilihanraya nanti, kononnya berpolitiklah sepuasnya dan ambillah balik kerajaan ini jika diberi sokongan oleh pengundi.Mereka ini terlupa agaknya bahawa PN menjadi kerajaan ini pun bukan dengan cara pilihanraya, sebaliknya melalui kerakusan politik di luar proses pilihanraya.Jika sudah menjadi kerajaan dengan cara menetup atap, kenapa mereka mesti takut atap yang sama ditebuk semula?Yang peliknya, ada juga penyokong PH yang senada dengan pendirian mereka itu dengan turut mahu dilupakan dahulu soal politik dan membentuk kerajaan buat masa ini.Mereka ini berhujah, PH sepatutnya menguatkan kedudukannya dan fokus kepada usaha merampas kembali kerajaan dalam PRU15 saja berbanding cuba mengambil baliknya sekarang.Sama seperti UMNO dan Pas yang terlupa bagaimana mereka dapat jadi kerajaan melalui PN, penyokong PH ini juga nampaknya lupa bagaimana kerajaan mereka dirampas melalui pengkhianatan baru-baru ini.Lebih buruk lagi, sudahlah PN ini menjadi kerajaan dengan tidak melalui pilihanraya, beberapa negeri juga dirampas dengan kaedah yang sama.Tidak cukup dengan itu, di sebalik memberi nasihat agar kurangkan berpolitik atau rakyat dikata sudah muak dengan cerita-cerita politik, mereka dalam masa yang sama terus melambakkan habuan, jawatan dan kedudukan dalam GLC kepada penyokong-penyokong sendiri kerana bimbang kerajaan yang dirampas runtuh di tengah jalan.Melihat semua kerakusan mereka itu, sebenarnya usaha mengembalikan semula PH menjadi kerajaan bukanlah sesuatu yang salah, malah suatu usaha murni lagi terpuji.Yang salah ialah mereka yang merampas kerajaan yang sedang dipegang oleh PH di pertengahan jalan.Dengan demikian, sama ada kita bersetuju dengan Tun Mahathir, Anwar, PH atau tidak, menyokong apa yang cuba dilakukan mereka sekarang iaitu untuk mengembalikan PH menjadi kerajaan semula adalah suatu kewajipan dalam perjuangan.Tindakan Muhyiddin yang disokong oleh Azmin Ali sebelum ini membawa UMNO dan Pas bersama menubuhkan menubuhkan kerajaan adalah suatu pengkhianatan yang cukup nyata.Mandat rakyat yang telah memilih dan mengundi PH untuk menjadi kerajaan serta menolak UMNO, Pas dan meletakkan mereka sebagai pembangkang hendaklah dikembalikan semula.Jika UMNO dan Pas mahu menjadi kerajaan, mereka mesti menunggu PRU15 akan datang untuk melakukannya kerana mereka sekarang ini adalah pembangkang sebenarnya.Sebaliknya adalah jatuh wajib dari segi politik dan perjuangan bagi PH untuk merampas semula kerajaan yang telah dirampas itu.Sebab itu, usaha menjatuhkan PN dan menyingkirkan Muhyiddin yang sedang digerakkan oleh Tun Mahathir, Anwar dan PH sekarang ini mesti disokong dan ia tidak boleh dilengahkan-lengahkan begitu saja.Melengah-lengahkannya bererti mengkhianati kepercayaan yang telah diberi pengundi sebelum ini di mana sehingga tahun 2023 hak menjadi kerajaan adalah milik PH. (Shahbudindotcom 29/05/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/usaha-dan-gerakan-menjatuhkan-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bebas Riza Jika Muhyiddin Tak Terlibat Kenapa Tak Kaji Semula Kes

Bebas Riza Jika Muhyiddin Tak Terlibat Kenapa Tak Kaji Semula Kes

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 507 hits
Kredit MSO Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan penglibatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah AS 248 juta yang mengaitjan anak tiri Najib Razak Ri...
Bersatu Selangor Sokong Muhyiddin Pangku Jawatan Pengerusi

Bersatu Selangor Sokong Muhyiddin Pangku Jawatan Pengerusi

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 418 hits
Bersatu Selangor sokong Muhyiddin pangku jawatan pengerusiBersatu Selangor menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai pemangku presiden Bersatu bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari be...
Mou Pn Tak Menjurus Daftar Gabungan Tapi Menunjukkan Sokongan Muhyiddin Ada 113 Mp

Mou Pn Tak Menjurus Daftar Gabungan Tapi Menunjukkan Sokongan Muhyiddin Ada 113 Mp

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 239 hits
Memorandum Persefahaman bagi membentuk Perikatan Nasional dimeterai hanya untuk mencerminkan sokongan majoriti terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memimpin negara kata timbalan pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed The Malaysi...
Kerajaan Pn Tidak Stabil Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Ezam

Kerajaan Pn Tidak Stabil Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Ezam

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 301 hits
Oleh Mohamad Ezam Mohd Nor Sidang Parlimen hari ini membuktikan satu perkara kerajaan pimpinan Muhyiddin amat lemah dan tidak stabil Desas desus yang mendakwa kerajaan hari ini hanya ada majoriti tipis terbukti benar dalam sidang parlimen h...
It S Not Over Mahathir Warns Muhyiddin No Confidence Won T Go Away The Next Time You Won T Be So Lucky

It S Not Over Mahathir Warns Muhyiddin No Confidence Won T Go Away The Next Time You Won T Be So Lucky

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 465 hits
PUTRAJAYA Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today expressed hope that MPs from both sides of the political divide will come to their senses and support him when he moves his motion of no confidence against Prime Minister Tan Sri...
Agong Dedahkan Muhyiddin Dapat Kepercayaan Majoriti Kerajaan Sah Bukan Pintu Belakang

Agong Dedahkan Muhyiddin Dapat Kepercayaan Majoriti Kerajaan Sah Bukan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong hari ini mendedahkan baginda telah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri semasa pertemuan yang berlangsung pada jam 5 petang 24 Februari lalu Bagaimanapu...
Pm Muhyiddin Yassin Tidak Terlibat Urusan Pembebasan Anak Tiri Najib

Pm Muhyiddin Yassin Tidak Terlibat Urusan Pembebasan Anak Tiri Najib

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 341 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak terlibat dalam persetujuan melepas dan membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz daripada tuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenya...
Dua Bulan Akan Datang Mampukah Muhyiddin Pertahankan Kerajaan Pn

Dua Bulan Akan Datang Mampukah Muhyiddin Pertahankan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 483 hits
SIDANG Dewan Rakyat yang berlangsung semalam berakhir dengan tenang apabila hanya mendengar Titah Diraja Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke 14 oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustaf...
Kerajaan Pasir Dua Butir Muhyiddin Tak Mungkin Dapat Berfungsi Baik Wajar Berundur Segera

Kerajaan Pasir Dua Butir Muhyiddin Tak Mungkin Dapat Berfungsi Baik Wajar Berundur Segera

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 514 hits
Jika pada sebelah pagi di Dewan Rakyat semalam sokongan Ahli Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin Yassin didapati berjumlah 114 berdasarkan jumlah yang duduk di barisan kerajaan hanya beberapa jam kemudian ia telah berkurangan menjadi 113 Ia be...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti