Jangan Guna Alasan Agama Pertahan Rasuah Penyelewengan Anwar


 JANGAN GUNA ALASAN AGAMA PERTAHAN RASUAH, PENYELEWENGAN – ANWAR
Jangan guna alasan agama pertahan rasuah, penyelewengan – AnwarPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: February 08, 2023 Print EPerkembangan siasatan ke atas akaun parti politik yang dibekukan ketika ini agak membimbangkan apabila parti pembangkang cenderung menaikkan emosi para penyokong mereka dengan alasan agama mempertahankan parti daripada disiasat oleh pihak berkuasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tekad Kerajaan Perpaduan dalam pemerintahan mereka adalah untuk menyempurnakan tadbir urus dan tatakelola yang baik.
Sehubungan itu, katanya, sebarang isu penyelewengan oleh kerajaan terdahulu perlulah disiasat secara sempurna dan saksama.
“Kerajaan Perpaduan tekadnya sangat jelas, hentikan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Kita mahu langkah ini berkesan.
“Ini untuk menyelamatkan negara kita, merentas parti, kaum dan wilayah.
“Negara ini diambang kerosakan kerana ketelanjuran dan rasuah sudah menjadi sebahagian dari sistem yang tidak mudah dirungkai
“Setelah beberapa bulan dalam kerajaan saya yakin masalah ini rumit dan sukar dirungkai. Pemimpin politik janganlah guna alasan agama, kaum untuk mempertikai tindakan membanteras rasuah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya petang ini.
Presiden KEADILAN itu mengimbau kembali apabila akaun parti UMNO dibekukan maka Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Mahiaddin Yassin dengan tegas mempertahankan pihak berkuasa.
Oleh itu, katanya pada waktu akaun Bersatu dibekukan tidak wajar Mahiaddin sebagai presiden bersikap sebaliknya.
“Semasa akaun parti UMNO dibeku Tan Sri Mahiaddin memberi sokongan yang kuat mempertahankan tugas profesionalisme SPRM. Sekarang pembekuan itu berlaku ke atas Bersatu, jumlahnya besar dan dikaitkan dengan beberapa keputusan kerajaan di bawah pimpinan beliau.
“Sepatutnya mereka bersiap untuk memberikan penjelasan di mana yang perlu dan jangan ganggu badan penguatkuasaan sama ada PDRM atau LHDN atau SPRM. Kemudian sekiranya ada pendakwaan biar badan kehakiman bertindak secara bebas,” ujarnya.
Justeru, Ahli Parlimen Tambun itu tidak mahu parti parti politik mengalihkan isu siasatan yang sedang berjalan dengan memesongkan kepada isu agama yang remeh temeh
“Saya buat seruan ini kerana saya lihat kadang digunakan alasan agama yang remeh. Mana mungkin agama diguna untuk mempertahankan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Apalagi Islam yang tegas menolak penyalahgunaan kuasa dan fasad dalam sistem yang berpunca daripada rasuah dalam negara kita.
“Berilah ruang kepada badan penguatkuasa bertindak tegas. Kalau bersih tidak rasuah usah rasa takut. Semua (pembangkang) uar uar ‘kita parti bersih’ sepatutnya sokong. Bagaimana nak bersih jika tidak beri kuasa penguatkuasa menyempurnakan tugas mereka,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/jangan-guna-alasan-agama-pertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Malaysia Lemah Hilang Arah Akibat Rasuah Tadbir Urus Buruk

Anwar Malaysia Lemah Hilang Arah Akibat Rasuah Tadbir Urus Buruk

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 332 hits
BernamaBANGKOK Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan Malaysia akan ditabir sebaiknya selaras konsep Madani dan bangkit daripada kelemahan akibat tadbir urus buruk rasuah dan penyalahgunaan kuasa Beliau berkata Malaysia mempunyai pel...
Peguam Negara Amerika Pegawai Rasuah Guna 1mdb Seperti Akaun Peribadi

Peguam Negara Amerika Pegawai Rasuah Guna 1mdb Seperti Akaun Peribadi

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 283 hits
Peguam Negara Amerika Loretta E Lynch berkata 1MDB diwujudkan kerajaan Malaysia untuk membangunkan ekonomi negara menerusi perkongsian global dan pelaburan terus asing Ia juga bertujuan untuk digunakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyatny...
Usaha Anwar Perangi Rasuah Untuk Bersihkan Negara Bukan Kerana Dendam Atau Menganiaya

Usaha Anwar Perangi Rasuah Untuk Bersihkan Negara Bukan Kerana Dendam Atau Menganiaya

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 146 hits
Baik Mahiaddin Md Yasin atau sesiapa saja yang sedang disiasat SPRM atas kemungkinan melakukan rasuah salah guna kuasa atau mencuri wang negara tak usah gelabah atau gundah gulana Jika tiada kesalahan dilakukan tiada apa yang perlu mereka t...
Dalam Wawancara Media Antarabangsa Anwar Disoal Berhubung Isu Kes Rasuah Zahid

Dalam Wawancara Media Antarabangsa Anwar Disoal Berhubung Isu Kes Rasuah Zahid

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 263 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Isu kes rasuah Timbalan Perdana Menteri yang dibicarakan di mahkamah antara menjadi soalan utama media antarabangsa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini ...
20 Hotel Murah Kuala Lumpur Bawah Rm100 Semalam

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Drama Jutawan Ekspres


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Carian Popular Motosikal 2025

Alamak

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children

Spinning Gripping Painting The Creative Versatility Of Robotic Arms

Jika Ada Yang Ambil Tanah Kubur Untuk Dijadikan Azimat Mohon Ampun Pada Allah Bapa Nurly Sahirah

Jakim Pandang Serius Insiden Jemaah Dihalau Dari Surau