Usah Sedih Ada Juga Ibu Yang Hebat Walau Tak Mampu Susukan Bayi Jangan Malu


Hampir semua wanita menyimpan hasrat untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada si kecil sehingga usia enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Dalam melengkapkan misi ini, tentunya banyak cabaran yang perlu dihadapi. Setiap cabaran yang dihadapi pasti akan ada cara untuk mengatasi.
Semua wanita bergelar ibu pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi. ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yang tersayang. Susu ibu dicipta oleh Allah SWT sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui ibu.

Kebiasaannya, ramai ibu terutama yang pertama kali melahirkan anak seakan-akan hilang arah dan tiada panduan penyusuan sejurus selepas melahirkan bayi. Ada juga golongan yang bersungguh mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi keliru apa yang sepatutnya dilakukan dek kurang sokongan dan ilmu penyusuan.
Artikel Menarik: [Berbaloi Dua Jam Sekali Bangun Malam. Penyusuan Waktu Ini Banyak kelebihan Untuk Anak]
Suami Kena Bagi Sokongan Terhebat! Ramai ibu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan dihasilkan dengan banyak sejurus selepas melahirkan. Sedangkan realitinya tidak. Bukan mudah untuk menjayakan penyusuan jika tiada sokongan padu daripada suami dan persekitaran. Penyusuan bukan sahaja tanggungjawab ibu, malah tanggungjawab ayah juga.

Jika bersungguh mahu menjayakan penyusuan susu ibu, ibu bapa seharusnya mula membuat persediaan awal sebelum kelahiran anak. Persediaan awal ini adalah mencari maklumat dan memenuhkan dada dengan ilmu penyusuan sebanyak yang boleh. Perkara utama yang perlu diketahui adalah bagaimana dan bila sebenarnya susu mula terhasil dan sedia ada di dalam payudara.
Ketahui Tentang Kolustrum Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu, badan menghasilkan susu sejak dari peringkat awal kehamilan iaitu pada fasa memogenesis (sekitar minggu ketujuh atau kelapan kehamilan).
Seterusnya apabila kandungan masuk ke trimester kedua sekitar 16 – 24 minggu proses penghasilan susu untuk menghasilkan kolostrum (laktogenesis 1) bermula. Ini bermakna sejak dari kandungan lagi payudara telah menghasilkan susu! Hebat sekali ciptaan Allah SWT kerana Dia sediakan susu seawal usia kandungan 24 minggu. Pada waktu ini, ada bayi yang dilahirkan pramatang. Walaupun bersalin awal, ibu tetap mampu menyusukan anak.

Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperoleh oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat di antaranya zat antibodi (imunoglobulin). Selain itu, terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
Artikel Menarik: [‘We Time’ Iu Yang Bf Anak Ni Bila Dapat Pam Susu Ramai-Ramai Dengan Kawan]
Saya Memang Jenis Yang Tak Ada Susu! Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu. Penghasilan kolostrum sudah bermula sejak minggu ke-16 kehamilan. Cuma paras hormon yang berbeza membuatkan ada ibu yang mula keluar susu sejak sebelum melahirkan. Ada ibu lain hanya keluar susu pada hari kedua atau ketiga bayi dilahirkan.

Bagi meningkatkan paras hormon prolaktin, rangsangan daripada hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Oleh itu, anda perlu:
Mendapatkan bayi secepat mungkin untuk disusui supaya proses pengeluaran susu lebih cepat berlaku. Bersedia dan susukan bayi dengan yakin tanpa ragu-ragu. Bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang sangat kecil. Warna kolostrum jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan. Hanya rangsangan kerap pada payudara dapat membantu kolostrum diterima oleh bayi. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah susukan anak sekerapnya termasuk sebelah malam. Artikel Menarik: [Rahsia Susu Membuak-Buak, Ibu Kena Disiplin & Rajin ‘Supply’ Lewat Malam Pada Anak]
Lebih kerap payudara mendapat rangsangan, lebih cepat kolostrum keluar dan lebih banyak kolostrum diterima oleh bayi. Jadi, lebih banyak susu bakal terhasil. Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama enam jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya. Bayi menangis bukan semata-mata kerana kelaparan. Banyak faktor penyebab yang lain. Susukan anak kerana hanya penyusuan dapat menenangkannya. Jangan Salah Cara Lekapan
Pelekapan betul membantu melancarkan aliran susu ibu serta penghasilannya. Hal ini perlu diberi penekanan dalam penyusuan di peringkat awal kelahiran. Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesarannya dan mengelakkan payudara mudah melecet atau luka.
Adalah sesuatu yang normal jika anda mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran. Ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan. Apabila puting mula melecet atau merekah, emosi anda tentunya mudah terganggu dan menyebabkan penyusuan menjadi tidak lancar. Sebaiknya belajar teknik pelekapan dan posisi terbaik sejak dari awal agar penyusuan dapat berjalan lancar dan menyeronokkan.

Pelekapan yang betul bukan hanya membantu anak mendapat susu yang cukup, ia juga memastikan anda menghasilkan bekalan susu mencukupi. Bagi mengelak masalah puting merekah, sebaiknya anda menyapu susu ibu setiap kali selesai sesi penyusuan. Susu ibu mengandungi vitamin dan ciri-ciri anti mikrob yang membantu memulihkan rekahan dan mengelakkannya berulang. Bantuan dan sokongan moral daripada suami dan keluarga amat diperlukan pada saat menyakitkan ini.
Artikel Menarik: [“Cukup Ke Susu Baby Minum?” Sebenarnya Kalau Dia Naik Berat 400g-1kg Setiap Bulan Mama Tak Perlu Risau]
Pelekapan yang terbaik adalah apabila mulut bayi terbuka luas, dagu bersentuh dengan payudara, hidung tidak tertutup oleh payudara, bibir atas dan bawah melekap keluar. Bayi melekap di kawasan areola bukan bergantung pada puting semata-mata. Bagi memastikan penyusuan berjaya, anda perlu merapatkan bayi secara mengiring dan rapat pada tubuh. Pastikan perut anda dan bayi bertemu. Lengan anda mengampu belakang dan punggung bayi dalam keadaan yang selesa.
 
The post Usah Sedih, Ada Juga Ibu Yang Hebat Walau Tak Mampu Susukan Bayi. Jangan Malu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/usah-sedih-ada-juga-ibu-yang-hebat-walau-tak-mampu-susukan-bayi-jangan-malu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Susukan Bayi Sampai 2 Tahun Bukan Senang Kering Air Mata Ibu Dibuatnya

Nak Susukan Bayi Sampai 2 Tahun Bukan Senang Kering Air Mata Ibu Dibuatnya

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 281 hits
Amalan penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang mudah Namun ia tidak juga susah Asalkan anda tahu teknik yang betul amalan ini dapat dilaksanakan dengan tenang dan dan lancar Artikel Menarik Bagi anda yang berazam mahu menyusukan bayi denga...
Maszlee Kecewa Sedih Isu Viral Ustazah Merangkak Minta Ibu Bapa Jangan Ikut Emosi

Maszlee Kecewa Sedih Isu Viral Ustazah Merangkak Minta Ibu Bapa Jangan Ikut Emosi

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 457 hits
Sokongan daripada ibubapa juga memainkan peranan penting dalam mengajar erti kehidupan tetapi tanggungjawab seorang guru yang adalah berat terutama dari segi pembentukan akhlak Terbaru bekas Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Maszlee Malik te...
Demi Nak Langsai Hutang Ibu Dikesan Jual Bayi Belasan Ribu Ringgit Di Atas Talian

Demi Nak Langsai Hutang Ibu Dikesan Jual Bayi Belasan Ribu Ringgit Di Atas Talian

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR 16 Feb Sima ditawarkan seorang bayi untuk dijadikan anak angkat tetapi perlu membayar pelbagai kos sehingga mencecah RM15 000 Wanita berusia 35 tahun itu berkata dia mencari anak angkat menerusi laman sosial sejak awal tahun le...
Ditabrak Perempuan Belajar Mobil Ibu Hamil Dan Bayi Yang Dikandung Meninggal

Ditabrak Perempuan Belajar Mobil Ibu Hamil Dan Bayi Yang Dikandung Meninggal

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 473 hits
Mobil bergerak cepat Bersamaan dengan itu korban melintas di depan mobil tersebut sehingga korban tertabrak dan terjepit di tiang listrik Pelaku membawa korban ke RS Bhakti Mulya Slipi Jakarta Barat
Fakta 6 Anak Yatim Piatu Ayah Dan Ibu Meninggal Bersamaan Kapolresta Menangis Dan Gendong Si Bayi

Fakta 6 Anak Yatim Piatu Ayah Dan Ibu Meninggal Bersamaan Kapolresta Menangis Dan Gendong Si Bayi

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 1084 hits
Sebelumnya viral kabar seorang suami meninggal saat jenazah istrinya sedang dimandikan berikut fakta faktanya Hal tersebut bermula saat Siti Haryanti meninggal dunia akibat hipertensi saat jenazahnya sedang dimandikan suaminya juga dikabark...
Disebabkan Lahir Dengan Keadaan Kerdil Bayi Ini Dibuang Ibu Kandungnya

Disebabkan Lahir Dengan Keadaan Kerdil Bayi Ini Dibuang Ibu Kandungnya

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 995 hits
Ohmedia agak terkilan dengan sikap manusia zaman sekarang kerana sanggup membuang anak yang dikurniakan oleh Allah SWT Ingat anak adalah pembawa rezeki tau untuk semua pasangan yang sudah berkahwin di luar sana Bagi yang belum berkahwin kor...
Lakonan Hebat Go Soo Pun Tak Mampu Selamatkan Drama Ekonomi Money Game Tamat Dengan Rating 1

Lakonan Hebat Go Soo Pun Tak Mampu Selamatkan Drama Ekonomi Money Game Tamat Dengan Rating 1

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 349 hits
Drama Korea memang pelbagai genre betul Meskipun sekarang ini ramai yang lebih mengikut trend naskhah misteri dan thriller tetapi penonton masih lagi mempunyai opsyen untuk menonton tema lain seperti romantik politik dan banyak lagi Antara ...
Suami Tak Mampu Biaya Bil Hospital Isteri Dan Bayi Terkorban Ketika Bersalin Di Rumah

Suami Tak Mampu Biaya Bil Hospital Isteri Dan Bayi Terkorban Ketika Bersalin Di Rumah

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 432 hits
small Cover image via Kuan Chee Heng Facebook small Tak semua orang dikurniakan hidup serba cukup serba mewah Pada zaman sekarang ini ramai di antara kita yang benar benar bergelut dengan isu kewangan baik yang bujang mahupun yang sudah ber...
Ibu Dan Bayi Baru Lahir Ditemui Kaku Tak Bernywa Kerana Tiada Duit Ke Hospital

Ibu Dan Bayi Baru Lahir Ditemui Kaku Tak Bernywa Kerana Tiada Duit Ke Hospital

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 414 hits
PUCHONG Tiada perkataan yang mampu diungkapkan oleh aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang apabila terpaksa berhadapan dengan satu kes menyayat hati bila seorang ibu dan bayinya mennggal dunia sewaktu ke...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025