Usah Kucar Kacirkan Pentadbiran Selangor Titah Sultan


MALAYSIAKINI
  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) supaya tidak mengucar-ngacirkan pentadbiran serta pemerintahan negeri itu

Titah baginda, semua Adun perlu memberi fokus kepada permasalahan rakyat yang ketika ini sedang menghadapi kesempitan hidup dengan kos sara hidup yang semakin menghimpit.

"Di kesempatan ini juga suka beta menasihati ahli-ahli yang berhormat sekalian agar sentiasa memelihara kestabilan politik dan pentadbiran negeri Selangor ini.

"Rakyat sebenarnya telah penat dan gelisah melihat pergolakan politik yang melanda negara semenjak selepas pilihan raya umum ke-14 lalu sehinggalah ke hari ini.

"Beta tidak mahu ada dalam kalangan ahli-ahli yang berhormat mempunyai hasrat dan niat untuk mengucar-ngacirkan pentadbiran dan pemerintahan negeri Selangor ini," titah baginda pada istiadat pembukaan persidangan penggal ke-13 Dewan Negeri Selangor ke-14, 2020 di Shah Alam.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor turut terkena tempias kemelut politik yang melanda negara baru-baru ini.

Selangor yang pada asalnya selari dengas kerajaan persekutuan kini menjadi negeri yang dikuasai PH berbanding Perikatan Nasional (PN) kini menguasai Putrajaya.

Krisis politik itu menyaksikan lima empat Adun Bersatu Selangor disingkirkan daripada kerajaan negeri.

Bagaimanapun empat daripada mereka mengisytiharkan sokongan mereka kepada Menteri Besar, Amirudin Shari.

Empat Adun berkenaan ialah Sallehudin Amiruddin (Kuang), Harumaini Omar (Batang Kali), Mohd Shaid Rosli (Jeram) dan Adhif Syan Abdullah (Dengkil).

Titah Sultan Sharafuddin, ahli-ahli politik dilihat sering kali berbalah di dalam isu-isu politik yang tiada berkesudahan sehingga melupakan tanggungjawab sebenar mereka untuk melaksanakan amanah.

"Kita semua sedia maklum, betapa rakyat pada ketika ini sedang mengalami kesempitan hidup yang amat sangat dengan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia, mata wang ringgit yang semakin merudum, peluang pekerjaan yang semakin mengecil mengakibatkan pengangguran meningkat dan terakhir sekali penularan wabak Covid -19 yang melanda dunia tatkala ini.
"Dalam menghadapi krisis dan kemelesetan ini, rakyat di negeri Selangor memerlukan tumpuan ahli-ahli yang berhormat sekelian dalam menyelesaikan segala permasalahan bagi memastikan rakyat dapat keluar daripada kesempitan hidup.

"Ini akan hanya dapat dicapai dengan melahirkan idea-idea bagi melaksanakan dasar-dasar yang boleh memangkin pertumbuhan ekonomi yang mampan dan menguntungkan rakyat, bukannya sibuk berbalah di dalam merebut kuasa dan kedudukan," tegas baginda.

Tambah Sultan Selangor lagi, wakil rakyat dipilih oleh rakyat adalah untuk bekerja serta berkhidmat membantu rakyat demi memastikan mereka dapat mencapai kemakmuran serta menikmati kekayaan negeri Selangor.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/usah-kucar-kacirkan-pentadbiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Samad Mahfuz Geng Ph Lain Boleh Hadam Titah Sultan Selangor Kerajaan Pn Pintu Belakang

Khalid Samad Mahfuz Geng Ph Lain Boleh Hadam Titah Sultan Selangor Kerajaan Pn Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 334 hits
Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional bukan melalui pintu belakang ataupun rampasan kuasa titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Sebaliknya titah baginda yang mengikuti rapat kemelut politik negara PN telah dibentuk bagi meng...
Titah Sultan Selangor Khalid Tidak Nafi Pn Kerajaan Sah Tapi Dibentuk Melalui Pintu Belakang

Titah Sultan Selangor Khalid Tidak Nafi Pn Kerajaan Sah Tapi Dibentuk Melalui Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 415 hits
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Abd Samad menjelaskan istilah pembentukan Kerajaan Persekutuan melalui pintu belakang bukanlah gelaran yang menolak Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang sah Sebaliknya beliau berkata penggunaan...
Mengatakan Pn Kerajaan Pintu Belakang Tidak Betul Mesti Dihentikan Serta Merta Titah Sultan Selangor

Mengatakan Pn Kerajaan Pintu Belakang Tidak Betul Mesti Dihentikan Serta Merta Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 379 hits
Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional bukan melalui pintu belakang ataupun rampasan kuasa titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Sebaliknya titah baginda yang mengikuti rapat kemelut politik negara PN telah dibentuk bagi meng...
Henti Tohmahan Kerajaan Persekutuan Ikut Pintu Belakang Sultan Selangor

Henti Tohmahan Kerajaan Persekutuan Ikut Pintu Belakang Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 302 hits
By 16 March 2020Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menadah tangan berdoa pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor yang ke 14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor foto IQBAL BASRI 16 MAC 2020S...
Stop Calling Pn A Backdoor Government Says Selangor Sultan

Stop Calling Pn A Backdoor Government Says Selangor Sultan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 345 hits
The Selangor sultan has called on the people to stop referring to the Perikatan Nasional led federal administration as a backdoor government In his speech at the opening ceremony of the Selangor state legislative assembly s third sitting of...
Kawalan Pergerakan Covid 19 Ini Titah Sultan Johor Yang Ditunggu Ramai

Kawalan Pergerakan Covid 19 Ini Titah Sultan Johor Yang Ditunggu Ramai

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 300 hits
18hb Mac telah bermula perintah kawalan pergerakan di seluruh Malaysia Ini titah Sultan Johor yang ditunggu ramai Baca selanjutnya Kawalan Pergerakan Covid 19 Ini Titah Sultan Johor Yang Ditunggu Ramai
Covid 19 Mulai Esok Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Diminta Baca Qunut Nazilah

Covid 19 Mulai Esok Semua Masjid Dan Surau Di Selangor Diminta Baca Qunut Nazilah

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 579 hits
Gambar HiasanSHAH ALAM Mulai esok semua masjid dan surau di Selangor diminta mengadakan bacaan Qunut Nazilah pada bacaan qunut solat Subuh berikutan peningkatan jangkitan COVID 19 di negara ini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mohd Sha...
Semua Jawatan Pimpinan Bersatu Di Selangor Dilucut Serta Merta

Semua Jawatan Pimpinan Bersatu Di Selangor Dilucut Serta Merta

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 546 hits
By 5 March 2020Reaksi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pada sidang media Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor Shah Alam Selangor foto AFIQ RAZALI 05 MAC 2020SHAH ALAM Semua pimpin...
Ph Selangor Singkir Bersatu Serta Merta

Ph Selangor Singkir Bersatu Serta Merta

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 423 hits
Kerajaan Pakatan Harapan Selangor menyingkirkan Bersatu berkuat kuasa serta merta selain membekukan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan tersebut dibuat s...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Masakan Padang Di Bandung Pengalaman Menjamu Selera Di Restoran Sederhana Masakan Padang

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto