Henti Tohmahan Kerajaan Persekutuan Ikut Pintu Belakang Sultan Selangor


By Nizam Zain
- 16 March 2020

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menadah tangan berdoa pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor yang ke 14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor. foto IQBAL BASRI, 16 MAC 2020
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak agar berhenti menuduh Kerajaan Perikatan Nasional sebagai sebuah kerajaan pintu belakang.

Titah baginda, dakwaan itu tidak berasas kerana peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan itu dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selaras dengan Perlembagaan negara.

“Tohmahan berkaitan pembentukan kerajaan Persekutuan ini sebagai sebuah kerajaan pintu belakang ataupun satu rampasan kuasa adalah tidak bertepatan sama sekali.

“Ianya hendaklah segera dihentikan kerana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diberi kuasa untuk menggunakan budi bicara Baginda sebagaimana diperuntukkan di dalam undang-undang,” titah baginda di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu baginda berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Ke-14.

Turut hadir, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pada 29 Februari lalu, YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Pembentukan Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional pula dibentuk pada 9 Mac lalu selepas senarai jemaah menteri yang dipersembahkan Muhyiddin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Sharafuddin juga bertitah bahawa pembentukan Kerajaan Persekutuan dilakukan selepas perundingan terbuka dan teliti, selaras dengan peruntukan Perlembagaan.

“Perubahan kuasa yang telah dilaksanakan oleh Seri Paduka Baginda YDPA dengan cukup berhati-hati dan selepas perundingan yang teliti dan terbuka diadakan, selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan,” titahnya.

Baginda juga mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor agar sentiasa memelihara kestabilan politik dan pentadbiran Selangor.

“Rakyat sebenarnya telah penat dan gelisah melihat pergolakan politik yang melanda negara semenjak selepas PRU14 lalu sehinggalah ke hari ini.

“Ahli-ahli politik dilihat sering kali berbalah di dalam isu-isu politik yang tiada berkesudahan sehingga melupakan tanggungjawab sebenar mereka,” titahnya.

Baginda turut memberi amaran kepada wakil rakyat di Selangor agar tidak menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor selepas Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa di peringkat pusat.

“Beta tidak mahu ada di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai hasrat dan niat untuk mengucar-kacirkan pentadbiran dan pemerintahan Negeri Selangor ini.

“Beta mahu Ahli-ahli Yang Berhormat berusaha memastikan kestabilan politik di negeri Beta sentiasa terpelihara demi kesejahteraan rakyat Beta di Selangor,” titah baginda lagi. 
– MalaysiaGazette

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/henti-tohmahan-kerajaan-persekutuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titah Sultan Selangor Khalid Tidak Nafi Pn Kerajaan Sah Tapi Dibentuk Melalui Pintu Belakang

Titah Sultan Selangor Khalid Tidak Nafi Pn Kerajaan Sah Tapi Dibentuk Melalui Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 393 hits
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Abd Samad menjelaskan istilah pembentukan Kerajaan Persekutuan melalui pintu belakang bukanlah gelaran yang menolak Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang sah Sebaliknya beliau berkata penggunaan...
Mengatakan Pn Kerajaan Pintu Belakang Tidak Betul Mesti Dihentikan Serta Merta Titah Sultan Selangor

Mengatakan Pn Kerajaan Pintu Belakang Tidak Betul Mesti Dihentikan Serta Merta Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 361 hits
Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional bukan melalui pintu belakang ataupun rampasan kuasa titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Sebaliknya titah baginda yang mengikuti rapat kemelut politik negara PN telah dibentuk bagi meng...
Khalid Samad Mahfuz Geng Ph Lain Boleh Hadam Titah Sultan Selangor Kerajaan Pn Pintu Belakang

Khalid Samad Mahfuz Geng Ph Lain Boleh Hadam Titah Sultan Selangor Kerajaan Pn Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 310 hits
Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional bukan melalui pintu belakang ataupun rampasan kuasa titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Sebaliknya titah baginda yang mengikuti rapat kemelut politik negara PN telah dibentuk bagi meng...
Sultan S Gor Tidak Bertepatan Dakwa Pn Kerajaan Pintu Belakang

Sultan S Gor Tidak Bertepatan Dakwa Pn Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 261 hits
MALAYSIAKINI Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional bukan melalui pintu belakang ataupun rampasan kuasa titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Sebaliknya titah baginda yang mengikuti rapat kemelut politik negara PN telah diben...
Kerajaan Pintu Belakang Sengaja Tempah Bala

Kerajaan Pintu Belakang Sengaja Tempah Bala

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 368 hits
WFAUZDIN NS Dulu kita ada PM seorang doktor TPM pun seorg doktor Menteri kesihatan dan timbalannya pun seorang doktor Maka tak pelik kalau kjaan waktu itu dpt kepujian dari WHO kerana pantas tangani isu COVID 19 Tiba2 perompak dan pengkhian...
Minyak Turun Hasil Kerajaan Pintu Belakang

Minyak Turun Hasil Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 412 hits
Bila kerajaan umum penurunan harga minyak lebih 19 sen hari ini baca komen Sahabat PAS depa kata Nampak tak Kerajaan baru hari ini Minyak turun banyak walhal sorang Menteri pun belum dilantik Punya lah Jahil Apa yang diumum hari ini Mekanis...
Usul Undi Tidak Percaya Uji Kerajaan Pintu Belakang

Usul Undi Tidak Percaya Uji Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 372 hits
Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abd Samad menegaskan kesahihan sokongan Ahli Parlimen kepada kerajaan pintu belakang perlu diuji melalui usul undi tidak percaya dengan kadar seberapa segera Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata kesahihan ju...
Kafe Ajak Pengunjung Guna Pintu Belakang Rai Kerajaan Baru

Kafe Ajak Pengunjung Guna Pintu Belakang Rai Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 408 hits
PETALING JAYA 2 Mac Slogan kerajaan pintu belakang yang kerap dimainkan kebelakangan ini menarik perhatian sebuah kafe di sini Menerusi satu plakad yang digantung di hadapan pintu pemilik kafe meminta pengunjung menggunakan pintu belakang u...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee