Semua Jawatan Pimpinan Bersatu Di Selangor Dilucut Serta Merta



By Nizam Zain - 5 March 2020Reaksi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada sidang media Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 05 MAC 2020SHAH ALAM – Semua pimpinan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di setiap peringkat pentadbiran dalam Kerajaan Negeri Selangor akan dilucutkan serta-merta.Menteri Besar, Datuk Seri Aminudin Shari berkata, ia susulan daripada tindakan Bersatu mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari lalu.“Pimpinan tinggi PH telah memaklumkan kepada Sultan Selangor bahawa pentadbiran Selangor tidak lagi dianggotai Bersatu dan secara automatik bukan lagi dalam gabungan Kerajaan Negeri Selangor.“Justeru, keterlibatan semua pimpinan dan ahli Bersatu adalah terkeluar daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco), Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Permuafakatan Ketua Kampung (MPKK).“Ini termasuklah anak-anak syarikat kerajaan negeri serta seluruh rangkaiannya yang berkaitan sesuai dengan keadaan politik semasa,” katanya pada sidang media di kediaman rasminya, di sini, hari ini.Dengan pengumuman itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari antara yang hilang jawatan sebagai Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor.Dalam pada itu, Amirudin berkata, semua peruntukan kepada semua lima ADUN daripada Bersatu dan dua wakil rakyat bebas dibekukan.“Dalam masa sama, kita membekukan semua peruntukan yang terlibat dengan mereka termasuk dua orang ADUN bebas atau Pas yang telah dipecat daripada parti di dalam Dewan Negeri Selangor,” katanya.Menyentuh kedudukan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, kesemua tujuh ADUN daripada Bersatu dan bebas akan diletakkan dalam blok pembangkang pada persidangan 16 Mac ini.“PH Selangor sekarang, kita mempunyai 43 wakil (kerajaan) dan pembangkang pula yang terdiri daripada UMNO, Pas, Bersatu dan bebas yang dinamakan sebagai Perikatan Nasional (PN) terdiri daripada 13 wakil,” katanya.Selain itu, pihaknya akan mengekalkan jumlah Exco seramai sembilan orang sahaja meskipun wujud kekosongan yang ditinggalkan oleh ADUN daripada Bersatu.“Kita akan kekalkan sembilan Exco Selangor dan kita akan teruskan walaupun persidangan Dewan Negeri Selangor akan berlangsung pada 16 Mac ini.“Kekosongan itu tidak akan menjejaskan persidangan itu kerana ketika zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pun boleh berjalan walaupun dengan empat Exco sahaja,” katanya.Beliau tidak menolak kemungkinan jumlah wakil kerajaan dan pembangkang akan berubah dari semasa ke semasa.“Kita juga menunggu sebarang perkembangan dan saya menjangkakan ada perkembangan lain dan kita akan maklumkan jika ada perkembangan,” katanya. – MG




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/semua-jawatan-pimpinan-bersatu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Selangor Singkir Bersatu Serta Merta

Ph Selangor Singkir Bersatu Serta Merta

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 340 hits
Kerajaan Pakatan Harapan Selangor menyingkirkan Bersatu berkuat kuasa serta merta selain membekukan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan tersebut dibuat s...
Adun Dari Bersatu Desak Pimpinan Bersatu Letak Jawatan Kerana Lebih Mempercayai Musuh Dari Rakan Dalam Ph

Adun Dari Bersatu Desak Pimpinan Bersatu Letak Jawatan Kerana Lebih Mempercayai Musuh Dari Rakan Dalam Ph

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 360 hits
Bila kita mempercayai musuh yang kelihatan baik lebih daripada mempercayai rakan dan sahabat yang berhempas keringat jerih perit untuk menjulang kemenangan ditinggalkan Saya menuntut AMPT bersatu yang membuat keputusan keluar Pakatan harapa...
Semua Wakil Bersatu Dalam K Jaan Selangor Dipecat

Semua Wakil Bersatu Dalam K Jaan Selangor Dipecat

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 273 hits
Malaysiakini Susulan pembentukan kerajaan persekutuan Perikatan Nasional kesemua lima anggota parlimen Bersatu dan dua bekas ahli PKR dikeluarkan daripada kerajaan Selangor Menteri Besar Amirudin Shari berkata peruntukan bagi tujuh wakil ra...
Jawatan Tpm Bersatu Bertelagah Antara Ahmad Zahid Atau Abdul Hadi

Jawatan Tpm Bersatu Bertelagah Antara Ahmad Zahid Atau Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 410 hits
Suara tidak puashati dikalangan pimpinan negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia mula jelas kedengaran dalam memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diserahkan kepada kumpulan perasuah dan kleptokrat kerajaan Umno BN Bahkan ada dika...
Four Selangor Bersatu Reps Back Harapan After Meeting Dr M

Four Selangor Bersatu Reps Back Harapan After Meeting Dr M

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 316 hits
Four Selangor Bersatu assemblypersons have declared their support for the Pakatan Harapan state government after meeting with Dr Mahathir Mohamad They are Kuang assemblyperson Sallehuddin Amiruddin Mohd Shaid Rosli and Harumaini Omar Dengki...
Empat Adun Bersatu Sokong Ph Selangor Selepas Mb Umum Pecat

Empat Adun Bersatu Sokong Ph Selangor Selepas Mb Umum Pecat

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 378 hits
Malaysia Dateline Selepas beberapa jam kesemua lima ADUN Bersatu diumum keluar dari Pakatan Harapan Selangor mereka terbabit menyatakan pendirian untuk kekal sebagai penyokong gabungan parti yang baru ditumbangkan itu ADUN Jeram Mohd Shaid ...
Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Selangor

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 642 hits
Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Selangor Portal kerja kosong kerajaan ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di SUK Selangor dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekoson...
King Coco Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bagan Serai

King Coco Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bagan Serai

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 423 hits
Sudah lama kita tak dengar cerita mengenai King Coco selepas mendirikan rumah tangga dan menimang cahaya mata tiada lagi isu yang timbulkan The post appeared first on
Kerajaan Baru Malaysia Terbentuk Dengan Gabungan Bersatu Umno Pas Serpihan Pkr Serta Gps

Kerajaan Baru Malaysia Terbentuk Dengan Gabungan Bersatu Umno Pas Serpihan Pkr Serta Gps

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 1138 hits
EPISOD menarik mewarnai senario politik tanah air apabila beberapa parti politik mengadakan pertemuan rahsia di beberapa lokasi di ibu negara dipercayai ada kaitan dengan perkembangan pembentukan kerajaan baharu Di Menara Yayasan Selangor d...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet