Khalid Samad Mahfuz Geng Ph Lain Boleh Hadam Titah Sultan Selangor Kerajaan Pn Pintu Belakang


Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan melalui pintu belakang ataupun rampasan kuasa, titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sebaliknya, titah baginda yang mengikuti rapat kemelut politik negara PN telah dibentuk bagi menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Jelas baginda, Yang di-Pertuan Agong telah membuat keputusan dengan teliti berdasarkan perlembagaan selepas rundingan dilakukan.

Beta sendiri telah mengikuti perkembangan perubahan kuasa tersebut yang telah dilaksanakan oleh seri paduka baginda Yang di-Pertuan Agong dengan cukup berhati-hati dan selepas perundingan yang teliti dan terbuka diadakan, selaras dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan .
Tohmahan berkaitan pembentukan kerajaan Persekutuan ini sebagai sebuah kerajaan pintu belakang ataupun satu rampasan kuasa adalah tidak bertepatan sama sekali....Dan ia hendaklah segera dihentikan kerana Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong telah diberi kuasa untuk menggunakan budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam undang-undang, titah baginda.
Baginda bertitah pada istiadat pembukaan persidangan penggal ke-13 Dewan Negeri Selangor ke-14, 2020 di Shah Alam, hari ini.

1 Mac lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Malaysia kelapan bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

Ia susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong berkenan memilih Muhyiddin sebagai perdana menteri selepas mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Kemelut politik negara tercetus apabila Bersatu mengumumkan keluar PH pada 24 Feb lalu dan disusuli dengan keputusan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin lain bersama 10 anggota Parlimen PKR lain bertindak keluar parti.

Keputusan itu menyaksikan Mahathir turut melepaskan jawatan sebagai perdana menteri sekaligus menyaksikan kejatuhan kerajaan PH.

PN kemudian membentuk kerajaan dengan sokongan Bersatu, Umno, PAS dan Bebas.

Dalam pada itu Sultan Selangor turut bertitah supaya kerajaan negeri Selangor menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan pusat meskipun berbeza ideologi politik.

Titahnya lagi, baginda tidak mahu perbezaan tampuk pemerintahan dan ideologi politik akan menyebabkan rakyat Selangor terpinggir di dalam arus pembangunan ekonomi dan sosial.

"Beta sedar, dalam menegakkan pemerintahan berkonsepkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, institusi raja tidak sepatutnya dilihat terlibat secara langsung dengan isu-isu yang berkaitan dengan politik dan seharusnya kekal sebagai sebuah badan yang mengatasi politik 'above politics'.

"Namun demikian, sebagai Sultan di negeri beta, beta bertanggungjawab untuk menasihati ahli-ahli yang behormat sekalian agar tidak melakukan sesuatu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang boleh merugikan rakyat beta," katanya.

Pada akhir titahnya, Sultan Selangor turut menzahirkan penghargaan kepada angkatan tentera, pihak polis, Bomba serta anggita keselamatan yang telah menjalankan tugas bagi kemakmuran rakyat dan negeri itu.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/khalid-samad-mahfuz-geng-ph-lain-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titah Sultan Selangor Khalid Tidak Nafi Pn Kerajaan Sah Tapi Dibentuk Melalui Pintu Belakang

Titah Sultan Selangor Khalid Tidak Nafi Pn Kerajaan Sah Tapi Dibentuk Melalui Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 329 hits
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Abd Samad menjelaskan istilah pembentukan Kerajaan Persekutuan melalui pintu belakang bukanlah gelaran yang menolak Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang sah Sebaliknya beliau berkata penggunaan...
Mengatakan Pn Kerajaan Pintu Belakang Tidak Betul Mesti Dihentikan Serta Merta Titah Sultan Selangor

Mengatakan Pn Kerajaan Pintu Belakang Tidak Betul Mesti Dihentikan Serta Merta Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 334 hits
Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional bukan melalui pintu belakang ataupun rampasan kuasa titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Sebaliknya titah baginda yang mengikuti rapat kemelut politik negara PN telah dibentuk bagi meng...
Henti Tohmahan Kerajaan Persekutuan Ikut Pintu Belakang Sultan Selangor

Henti Tohmahan Kerajaan Persekutuan Ikut Pintu Belakang Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 257 hits
By 16 March 2020Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menadah tangan berdoa pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor yang ke 14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor foto IQBAL BASRI 16 MAC 2020S...
Sultan S Gor Tidak Bertepatan Dakwa Pn Kerajaan Pintu Belakang

Sultan S Gor Tidak Bertepatan Dakwa Pn Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 225 hits
MALAYSIAKINI Pembentukan kerajaan Perikatan Nasional bukan melalui pintu belakang ataupun rampasan kuasa titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Sebaliknya titah baginda yang mengikuti rapat kemelut politik negara PN telah diben...
Kerajaan Pintu Belakang Sengaja Tempah Bala

Kerajaan Pintu Belakang Sengaja Tempah Bala

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 343 hits
WFAUZDIN NS Dulu kita ada PM seorang doktor TPM pun seorg doktor Menteri kesihatan dan timbalannya pun seorang doktor Maka tak pelik kalau kjaan waktu itu dpt kepujian dari WHO kerana pantas tangani isu COVID 19 Tiba2 perompak dan pengkhian...
Kafe Ajak Pengunjung Guna Pintu Belakang Rai Kerajaan Baru

Kafe Ajak Pengunjung Guna Pintu Belakang Rai Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 348 hits
PETALING JAYA 2 Mac Slogan kerajaan pintu belakang yang kerap dimainkan kebelakangan ini menarik perhatian sebuah kafe di sini Menerusi satu plakad yang digantung di hadapan pintu pemilik kafe meminta pengunjung menggunakan pintu belakang u...
Rakyat Cemas Kerana Kerajaan Pintu Belakang Gopoh

Rakyat Cemas Kerana Kerajaan Pintu Belakang Gopoh

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 305 hits
Tulisan dari IpohmaliSelepas pengumuman Muhyidin semalam aku dah tulis tindakan Kerajaan terlalu drastik tindakan perlu dibuat bertahap aku tulis semalam cara Muhyidin umumkan semalam dah mcm dia buat pengumuman tarikh hari raya tak jelas l...
Sebenarnya Khalid Samad Tak Centre Hari Ini Cakap Lain Esok Cakap Lain

Sebenarnya Khalid Samad Tak Centre Hari Ini Cakap Lain Esok Cakap Lain

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 303 hits
Selepas meroyan 2 minggu kononnya kerajaan PN adalah kerajaan pintu belakang hari ini Khalid Samad mengubah penderiannya Ahli Parlimen Shah Alam itu mengakui kerajaan yang dibentuk menerusi Perikatan Nasional merupakan kerajaan yang sah dan...
Minyak Turun Hasil Kerajaan Pintu Belakang

Minyak Turun Hasil Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 343 hits
Bila kerajaan umum penurunan harga minyak lebih 19 sen hari ini baca komen Sahabat PAS depa kata Nampak tak Kerajaan baru hari ini Minyak turun banyak walhal sorang Menteri pun belum dilantik Punya lah Jahil Apa yang diumum hari ini Mekanis...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang

Tamparan Baru Wall Street Gm Mengalami Kerugian 1 Bilion Rtx Mengejutkan Para Pelabur

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Resepi Pulut Kuning

Kenapa Netizen Suka Mengecam Di Media Sosial Ini 5 Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025