Usah Fikir Kaum Lain Utamakan Ekonomi Melayu
 fazleen safina  Exco Perak tak bijak, tak faham matlamat kempen BMF dilancarkan

KAJANG– “Tak perlu terlalu memikirkan kaum lain, yang patut kita fikir  sekarang cara nak bantu mengukuhkan ekonomi bangsa kita,” kata Ketua  Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Kajang, Dr Nor Azyati Yusoff
 Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan kerajaan Perak  melarang sebarang penganjuran Kempen Beli Produk Muslim di dalam kawasan  masjid.
 Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan  Perak, Asmuni Awi dilaporkan berkata, keutamaan diberikan kepada  promosi kempen Beli Barangan Halal Dahulu seperti yang sedang  dilaksanakan kerajaan.
 Menyifatkan tindakan pemimpin Pakatan Harapan sebagai tidak bijak, Dr  Azyati mahu seluruh masyarakat meneruskan kempen BMF memandangkan  ekonomi kaum lain di negara ini lebih stabil berbanding dengan bangsa  Melayu.
 “Mereka kena tahu sebab apa BMF dilancarkan. Kita bukan niat nak boikot. Matlamat kita nak bantu ekonomi orang Melayu Islam.
 “Kita dapat lihat realiti ekonomi kalau ikut kajian memang kita  ketinggalan walaupun memang tak dinafikan ada juga usahawan Melayu yang  berjaya,” katanya kepada Ismaweb.
 Pada masa sama, Dr Azyati berkata, kempen BMF yang dijalankan bukan  sahaja mempromosi ekonomi umat Islam, malah ianya juga membantu supaya  setiap muslim peka dan menyokong perniagaan saudara sesama muslim yang  lain.
 Justeru, beliau menggesa supaya kempen berkenaan perlu diteruskan dan diberi pendekatan kepada seluruh muslim.
 Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal  Berhad (Kohilal) dan Abata adalah penggerak utama dalam Kempen Beli  Produk Muslim kepada masyarakat Islam di negara ini.
 Kempen ini bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/usah-fikir-kaum-lain-utamakan-ekonomi.html