Kongres Maruah Melayu Tak Pernah Mencerca Kaum Lain


Nizam Zain Temubual bersama Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah Melayu, Profesor Emiritus Datuk Dr Zainal Kling di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI 
KUALA LUMPUR – Sekretariat Kongres Maruah Melayu (KMM) tidak pernah menghina apatah lagi memperlekeh masyarakat bukan Melayu  di negara ini sepanjang penganjuran program itu  Oktober lalu.

Ketua Eksekutifnya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling yang dipanggil ke Bukit Aman semalam berkenaan kongres yang sama menegaskan, program itu hanya mengingatkan warganegara Malaysia tentang kewajipan mereka menghormati institusi Melayu dan Islam yang sedia ada termaktub dalam Perlembagaan.

“Kita tidak pernah memaksa, apatah lagi nak mencerca, nak memburuk-burukkan, nak mengecil-ngecilkan sebarang kelompok (kaum) warganegara kita.

“Kita menyeru, memperingati semua sama ada hadir pada masa itu atau mendengar ucapan kongres itu, supaya kembali meneliti sebaik-baiknya tentang perpaduan, obligasi dan tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia yang berpunca daripada rakyat Tanah Melayu.

“Sekarang kita jadi Malaysia, maka oleh kerana persoalan ini adalah persoalan semasa, masa ini, maka sekaligus berkaitan dengan warganegara Malaysia seluruhnya.

“Jadi bukanlah kita mengatakan Melayu itu sebagai mendominasi, apatah lagi memiliki Malaysia, tidak,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Semalam, Zainal selaku Pemegang Kerusi Majlis Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) diambil keterangan hampir dua jam oleh polis Bukit Aman.

Ini bagi membantu siasatan polis berhubung ucapannya pada program KMM di Shah Alam, 6 Oktober lalu yang didakwa berbaur perkauman.

Zainal disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berikutan laporan polis oleh Pegawai Khas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, 7 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Zainal juga menegaskan kepada pihak berkuasa, ucapannya dalam program itu hanya menuntut hak orang Melayu dan Islam seperti mana yang dijamin oleh Perkara 3 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Melayu itu asalnya bumiputera Tanah Melayu, apabila menjadi Malaysia, kedudukan Melayu itu masih dalam Perlembagaan sebagai istimewa, apatah lagi sudah dimasukkan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

“Kita juga masih memelihara komuniti-komuniti lain dan kepentingan-kepentingan mereka, kita amat jelas tentang ini.

“Kita tidak menuntut selain daripada apa yang diperuntukkan (Perlembagaan), apatah lagi peruntukan mengenai agama Islam, bahasa kebangsaan dan tanah rizab Melayu,” katanya.

Menurut Zainal, resolusi daripada empat universiti tempatan dan majlis peguam Islam juga dibincangkan mengikut peruntukan Perlembagaan.

“Barangkali sudah mencukupi untuk kita memperingatkan diri kita untuk mengkaji sebaik-baiknya dan menyatakan ketaatsetiaan kita berdasarkan Perlembagaan itu.

“Ini yang saya tegaskan dalam ucapan itu kerana obligasi, tanggungjawab dan janji kita sebagai warganegara Malaysia itu bukan sekadar kewajipan tetapi juga kemuliaan yang diberi kepada kita.

“Segi agama pun, janji itu adalah kemuliaan, agama sendiri mengingatkan kita supaya kita memenuhi janji, tidak mungkir janji.

“Kerana itu kemuliaan kita kepada tuhan, bila berjanji dalam Islam itu berjanji kepada tuhan, kerana itu tuhan memuliakan kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/kongres-maruah-melayu-tak-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kongres Maruah Melayu Amanat Oleh Yab Tun Dr Mahathir Mohamad Di Stadium Malawati Shah Alam

Kongres Maruah Melayu Amanat Oleh Yab Tun Dr Mahathir Mohamad Di Stadium Malawati Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 442 hits
Kongres Maruah Melayu amanat oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Malawati Shah Alam
Menyemai Benih Perpaduan Melayu Tanpa Pinggir Kaum Lain

Menyemai Benih Perpaduan Melayu Tanpa Pinggir Kaum Lain

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 330 hits
Menyemai benih perpaduan Melayu tanpa pinggir kaum lain ULASAN nbsp Malangnya akan ada sahaja pihak yang tidak senang dengan usaha ini lalu dengan sengaja menimbulkan retorik perkauman
Provokasi Graduan Protes Naib Canselor Um Sertai Kongres Maruah Melayu

Provokasi Graduan Protes Naib Canselor Um Sertai Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Seorang graduan Universiti Malaya hari ini melakukan aksi yang mengejutkan di atas pentas apabila mengangkat plakad semasa selepas menerima skrol majlis konvokesyen Menerusi sebuah rakaman yang tersebar graduan tersebut Wong Ya...
When Is Kongres Maruah Melayu 2 0

When Is Kongres Maruah Melayu 2 0

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 289 hits
I wonder why some Malaysians are worried about Kongres Maruah Melayu We want free speech yet we complain about it and also complain about the lone protest at a university convocation Free speech is generally a monologue The organisers felt ...
Pemuda Ppbm Jangan Cepat Salahkan Kaum Lain Melayu Perlu Muhasabah

Pemuda Ppbm Jangan Cepat Salahkan Kaum Lain Melayu Perlu Muhasabah

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 288 hits
Pemuda PPBM mempertahankan kenyataan Pengerusi Dr Mahathir Mohamad yang kecewa orang Melayu tidak berhimpun tanpa dilabel rasis Ketua Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kenyataan Mahathir itu perlu dilihat dari sudut orang Melayu perlu m...
Kongres Maruah Melayu Punca Wong Yan Ke Zahirkan Protes Atas Pentas Konvokesyen

Kongres Maruah Melayu Punca Wong Yan Ke Zahirkan Protes Atas Pentas Konvokesyen

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 675 hits
Oleh TolakRasis UndurVCKENAPA SAYA MENGANGKAT PLACARD DI ATAS PENTAS SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN Saya telah membuat keputusan untuk menunjukkan placard pada majlis konvokesyen hari ini sebagai bantahan sekeras kerasnya terhadap ucapan Naib Ca...
Usah Fikir Kaum Lain Utamakan Ekonomi Melayu

Usah Fikir Kaum Lain Utamakan Ekonomi Melayu

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 270 hits
Exco Perak tak bijak tak faham matlamat kempen BMF dilancarkanKAJANG Tak perlu terlalu memikirkan kaum lain yang patut kita fikir sekarang cara nak bantu mengukuhkan ekonomi bangsa kita kata Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia Kajang Dr N...
Gagal Raih Simpati Melayu Di Kongres Melayu Dr Mahathir Akan Lepas Jawatan Apec Chile 2019

Gagal Raih Simpati Melayu Di Kongres Melayu Dr Mahathir Akan Lepas Jawatan Apec Chile 2019

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 397 hits
Masa untuk Atoq enjoy ke luar negara lagi Yang terkini sebelum ini ialah UNGA Medan Atoq bercakap dengan kerusi kosong sebab kabarnya masa Atoq bercakap ramai pemimpin luar negara keluar dewan Yang Menteri Semburit pula syok sendiri bentang...
Lain Kali Jangan Cakap Isu Perkauman Kan Dah Jatuh Maruah Umnopas Tak Gitu

Lain Kali Jangan Cakap Isu Perkauman Kan Dah Jatuh Maruah Umnopas Tak Gitu

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 340 hits
Berikutan akhirnya BN meletakkan calon MCA di Tanjung Piai bukan saja UMNO malah Pas yang merupakan rakan kerjasamanya juga menerima kecaman serta kritikan daripada pelbagai sudut UMNO didawa tunduk kepada kaum Cina UMNO bukan pejuang Melay...
Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Building An Online Marketing Plan

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

What Are The Benefits Of Chiku Fruit

Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran