Usah Berpolitik Hentikan Amalan Pilih Kasih Menguruskan Bantuan Kepada Mangsa Banjir


 

KUANTAN - Petugas banjir diingatkan agar tidak pilih kasih dan berpolitik untuk membuat kebajikan kepada mangsa yang ditimpa musibah.
Demikian ditegaskan oleh Aktivis Masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini. Menurut beliau, semakin banyak aduan rakyat yang diterima dari seluruh pelusuk negeri tentang sikap tidak adil dan profesional yang ditunjukkan oleh petugas banjir.
"Memang kita tahu, ketua dan ahli jawatankuasa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kebanyakkannya adalah pemimpin politik setempat. Mereka diamanahkan untuk mengagihkan barangan keperluan banjir kepada mangsa. Namun apa yang berlaku sebaliknya," kata Shukri.
"Petugas banjir hanya melayan puak-puak mereka sahaja, namun bagi yang tak sebulu dengan mereka akan dinafikan hak dan dibiarkan lapar kebulur. Malah, tiada satu pun bantuan yang sepatutnya diagihkan diterim oleh mangsa terbabit," dakwa Shukri.
Menurut beliau, senario ini sudah berlaku sejak sekian lama namun ia agak terpencil kerana tiada pihak yang bangkit menegur secara terbuka.
"Saya sendiri mendapat aduan dari mangsa banjir yang dinafikan hak mereka kerana tidak sealiran dengan politik petugas banjir. Barangan hanya diagihkan secara meluas dikalangan penyokong mereka sahaja. Mana yang tidak menyokong dianggap musuh yang tidak wajar diberikan perhatian, " katanya lagi.
Beliau turut menegaskan, banjir ialah musibah yang menimpa penduduk dan bukan orang terpilih sahaja. Maka itu katanya, agihan sumbangan perlulah adil dan saksama kepada semua rakyat. Waktu banjir bukan masanya untuk 'berpolitik'. Mentaliti seperti ini perlu dibuang jauh-jauh agar sillaturrahim dapat dieratkan sebenarnya.
"Ini tidak, musuh politik dibiarkan tanpa mendapat bantuan kebajikan. Namun, kroni-kroni yang tidak terlibat banjir sekali pun diberikan bantuan. Ini adalah perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab sebenarnya. Waktu banjir, semua pihak perlu ketepikan fahaman politik kepartian maisng-masing. Semua rakyat yang menjadi mangsa perlulah dibela dan diberi perhatian sewajarnya," tambah Shukri lagi.
Menurutnya, perkara ini akan diangkat ke atas demi memberi keadilan kepada rakyat. Beliau tidak mahu sikap 'pilih kasih', 'pilih bulu' dan 'double standard' ini terus berakar umbi dikalangan masyarakat, terutamanya orang Melayu Islam di negeri ini.
"Paling menyedihkan, mana-mana mangsa yang keluar atau tidak duduk di PPS, terus disenaraihitamkan daripada menerima apa jua bantuan banjir, malahan bantuan yang lain selepas ini. Tindakan membalas dendam dilakukan, selepas kuasa mutlak sebagai petugas banjir ada ditangan. Apakah amalah seperti ini diredhai Allah?," dakwanya lagi.
Tambah beliau, perkara ini akan dibawa sehingga ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong. Baginda pasti murka, jika mengetahui amalan ini masih diamalkan oleh pihak-pihak yang khianat dan tidak bertanggungjawab ini.
"Saya dimaklumkan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong banyak kali turun padang menyantuni rakyat Pahang, namun baginda berdua mungkin tidak dimaklumkan bahawa ada ramai lagi rakyat yang menjadi mangsa tidak mendapat bantuan yang diagihkan, hanya semata-mata mereka tidak berada di PPS. Malah, jika ada di PPS sekali pun, mereka tidak diberi kemudahan seperti orang lain sebenarnya," dakwanya.
Saya mahu, sebagai Raja Berdaulat, Tuanku tahu apa yang berlaku di belakang tabir dan hakikat sebenarnya yang terjadi. Sikap pilih kasih dalam agihan bantuan banjir ini sebenarnya adalah cerita lama yang berlaku saban kali musim banjir di negeri ini.
"Justeru saya menyeru kepada mangsa banjir yang dinafikan hak untuk menerima bantuan dan diperlakukan sedemikian rupa, agar mengambil gambar dan video petugas banjir yang  berkenaan sebagai bukti dakwaan ini. Tiba masanya rakyat perlu berani bangkit bersuara demi keadilan dan hak mereka. Maklumat terbabit boleh dihantar kepada Skuad Terjah menerusi talian WhatsApp 0108672810. Insya Allah, kami akan cuba perbetulkan amalan tidak berperikemanusiaan ini, demi mempertahan nasib rakyat marhaen, " katanya lagi. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/usah-berpolitik-hentikan-amalan-pilih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktivis Gesa Hentikan Aktiviti Penyelewengan Barangan Banjir Hak Mangsa Usah Di Nafikan

Aktivis Gesa Hentikan Aktiviti Penyelewengan Barangan Banjir Hak Mangsa Usah Di Nafikan

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 286 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menggesa mana mana pihak yang menyelengkan barangan keperluan mangsa banjir agar menghentikan aktiviti itu dengan segara Ini katanya rakyat sudah mula celik mata dan berani bersuara...
Isu Bantuan Banjir Usah Nafikan Hak Mangsa Yang Tidak Mendiami Berdaftar Dengan Pps

Isu Bantuan Banjir Usah Nafikan Hak Mangsa Yang Tidak Mendiami Berdaftar Dengan Pps

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 250 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menggesa kerajaan mengubah dasar hanya mangsa yang berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara sahaja yang mendapat bantuan banjir Katanya peraturan ini hanya ciptaan kerajaan sedangkan...
Banjir Lznk Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang

Banjir Lznk Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 321 hits
Lembaga Zakat Negeri Kedah menyalurkan bantuan makanan bernilai RM241 000 bagi membantu 26 591 mangsa banjir di Pahang SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani co
Tiada Kawasan Menteri Agama Tetap Buat Kerja Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Tiada Kawasan Menteri Agama Tetap Buat Kerja Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 308 hits
Banjir besar yang melanda Pahang Terengganu Kelantan dan Johor sememangnya antara yang terburuk pernah berlaku Dikala negara sedang berdepan kenaikan kes positif pandemik Covid 19 bencana banjir menambah ujian yang sedia ada Namun begitu da...
Pendakwah Selebriti Terkenal Ustaz Ebit Lew Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Kuala Lipis

Pendakwah Selebriti Terkenal Ustaz Ebit Lew Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Kuala Lipis

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 429 hits
PETALING JAYA Penceramah selebriti terkenal Ebit Lew menyalurkan bantuan kepada semua mangsa banjir di tiga Pusat Perpindahan Sementara sekitar daerah Kuala Lipis Pahang semalam Melalui hantaran di laman Facebook miliknya hari ini ternyata ...
Mangsa Banjir Tak Dapat Bantuan Di Kampung Padang Rumbia Mohon Perhatian Mb Pahang

Mangsa Banjir Tak Dapat Bantuan Di Kampung Padang Rumbia Mohon Perhatian Mb Pahang

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 361 hits
PEKAN Mangsa banjir yang tidak mendapat bantuan di Kampung Padang Rumbia dekat sini merayu agar nasib mereka diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Pahang Rata rata daripada mereka yang sudah berpuluh tahun mendiami kampung terbabit kecewa k...
Yang Di Pertuan Agong Simpati Mangsa Banjir Seru Pihak Berkuasa Terus Hulurkan Bantuan

Yang Di Pertuan Agong Simpati Mangsa Banjir Seru Pihak Berkuasa Terus Hulurkan Bantuan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan simpati kepada mangsa bencana banjir di beberapa negeri khususnya di Pahang Terengganu Kelantan Johor Perak dan Selangor Dalam kenyataan Istana Negara Sultan A...
Skuad Sayang Wanita Umno P Pinang Gerakkan Misi Bantuan Mangsa Banjir Norliza Abdul Rahim

Skuad Sayang Wanita Umno P Pinang Gerakkan Misi Bantuan Mangsa Banjir Norliza Abdul Rahim

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 355 hits
Skuad Sayang Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini menggerakkan misi bantuan kepada mangsa mangsa banjir di Negeri Pahang dengan menghulurkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas Kata Ketuanya Datuk Norliza Abdul Rahim semua baranga...
Bantuan Banjir Tok Empat Kampung Padang Rumbia Lapor Polis Mangsa Akan Rujuk Sprm

Bantuan Banjir Tok Empat Kampung Padang Rumbia Lapor Polis Mangsa Akan Rujuk Sprm

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 303 hits
PEKAN Satu laporan polis terhadap portal ini telah dibuat oleh Ketua Kampung Padang Rumbia Haji Mohd Basari Abd Malik semalam Laporan dipercayai berkaitan isu mangsa banjir tidak dapat bantuan seperti yang didedahkan sebelum ini Sementara i...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense