Yang Di Pertuan Agong Simpati Mangsa Banjir Seru Pihak Berkuasa Terus Hulurkan Bantuan


 

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan simpati kepada mangsa bencana banjir di beberapa negeri, khususnya di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor, Perak dan Selangor.
Dalam kenyataan Istana Negara, Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan semua mangsa banjir tabah mengharungi dugaan dan musibah menimpa mereka.
Agong juga menyeru pihak berkuasa, khususnya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), supaya terus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri terjejas.
“Rakyat, khususnya di kawasan rendah, pula dinasihati untuk sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri, keluarga serta bersedia berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) segera jika diarahkan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.
Mengambil kira kenaikan mendadak kes positif COVID-19 harian di negara ini, Agong mengingatkan aspek norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) diamalkan semua petugas dan mangsa banjir serta menjadi keutamaan di semua PPS bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, Sultan Abdullah mengadakan lawatan mengejut, bertemu mangsa banjir ditempatkan di empat PPS di Maran, Pahang (SMK Maran, surau Kampung Jara, SK Kuala Sentul dan Masjid As Syakirin).
Kenyataan itu menyebut Agong turut berkenan meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang berada di PPS itu dan mengurniakan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban.
“Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada NADMA, kerajaan negeri dan pentadbiran daerah serta agensi penyelamat dan jabatan kerajaan seperti polis, bomba, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertungkus lumus membantu rakyat setiap kali banjir,” kata kenyataan itu.
Selain itu, Agong mengajak seluruh rakyat mendoakan bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta-benda.
Hujan lebat sejak Sabtu lepas menyebabkan banjir di enam negeri – Johor, Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Perak – dengan Johor dan Pahang terjejas teruk apabila ramai mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke PPS. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/yang-di-pertuan-agong-simpati-dengan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Berkuasa Perlu Lebihlah Proaktif Bantu Mangsa Banjir Terperangkap Di Pedalaman

Pihak Berkuasa Perlu Lebihlah Proaktif Bantu Mangsa Banjir Terperangkap Di Pedalaman

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 365 hits
KUANTAN Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan pihak berkuasa supaya lebih proaktif menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap di pedalaman Seri Paduka bertitah bagi...
Garisan Jalan Jadi Bengkok Terus Pihak Berkuasa Tempatan Datang Spot Check Dan Dapat Surat Cinta

Garisan Jalan Jadi Bengkok Terus Pihak Berkuasa Tempatan Datang Spot Check Dan Dapat Surat Cinta

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 472 hits
KLUANG Seorang cikgu bersara bukan sahaja membina tempat meletak kenderaan tanpa kebenaran tetapi turut memakan jalan di hadapan rumah Kejadian yang dilaporkan berlaku di sekitar kawasan perumahan di Taman Intan di Kluang Johor itu menyebab...
Banjir Lznk Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang

Banjir Lznk Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 424 hits
Lembaga Zakat Negeri Kedah menyalurkan bantuan makanan bernilai RM241 000 bagi membantu 26 591 mangsa banjir di Pahang SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani co
Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Kini Terus Meningkat Kepada 18 400 Orang Petang Ini

Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Kini Terus Meningkat Kepada 18 400 Orang Petang Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 597 hits
KUANTAN Bilangan mangsa banjir di Pahang terus melonjak kepada lebih 18 400 orang setakat pukul 5 00 petang tadi berbanding 15 000 orang semalam Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan jumlah tersebut membabitkan lebih 4 900 keluarg...
Tiada Kawasan Menteri Agama Tetap Buat Kerja Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Tiada Kawasan Menteri Agama Tetap Buat Kerja Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 391 hits
Banjir besar yang melanda Pahang Terengganu Kelantan dan Johor sememangnya antara yang terburuk pernah berlaku Dikala negara sedang berdepan kenaikan kes positif pandemik Covid 19 bencana banjir menambah ujian yang sedia ada Namun begitu da...
Agong Tinjau Banjir Pahang Santuni Mangsa Di Pps

Agong Tinjau Banjir Pahang Santuni Mangsa Di Pps

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 599 hits
BH ONLINE Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah berkenan meninjau keadaan banjir di Lipis dengan menaiki helikopter TUDM Foto Istana Negara KUANTAN Keprihatinan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah...
Skuad Sayang Wanita Umno P Pinang Gerakkan Misi Bantuan Mangsa Banjir Norliza Abdul Rahim

Skuad Sayang Wanita Umno P Pinang Gerakkan Misi Bantuan Mangsa Banjir Norliza Abdul Rahim

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 457 hits
Skuad Sayang Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini menggerakkan misi bantuan kepada mangsa mangsa banjir di Negeri Pahang dengan menghulurkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas Kata Ketuanya Datuk Norliza Abdul Rahim semua baranga...
Pendakwah Selebriti Terkenal Ustaz Ebit Lew Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Kuala Lipis

Pendakwah Selebriti Terkenal Ustaz Ebit Lew Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Kuala Lipis

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 529 hits
PETALING JAYA Penceramah selebriti terkenal Ebit Lew menyalurkan bantuan kepada semua mangsa banjir di tiga Pusat Perpindahan Sementara sekitar daerah Kuala Lipis Pahang semalam Melalui hantaran di laman Facebook miliknya hari ini ternyata ...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara