Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global


Assalammualaikum semua! Tahniah Upin & Ipin dan Les’ Copaque Production. Kampung Durian Runtuh ke konsol dunia! Kenangan nostalgia kita membersar kini di peringkat global! Satu-satunya memori yang Ruby tak akan pernah lupa. Upin & Ipin membuatkan kita meneruskan kehidupan melalui kenangan zaman kanak-kanak. Zaman penuh warna, zaman di kampung yang hijau dan pengembaraan bermula! 
Suatu ketika dulu, setiap kali Ramadan menjelma, waktu petang terasa lebih meriah dengan gelak tawa Upin & Ipin di TV9. Duduk bersila depan televisyen, sambil menanti azan Maghrib, cerita dua beradik yang comel itu seakan menjadi peneman waktu berbuka untuk seisi keluarga. Nilai persahabatan, kasih sayang, dan budaya Melayu yang ditampilkan membuatkan Upin & Ipin lebih daripada sekadar animasi. Mereka menjadi ikon kebudayaan Malaysia. 
UPIN & IPIN UNIVERSE INOVASI INDUSTRI ANIMASI KE DUNIA TERBUKA GLOBAL
Upin & Ipin Universe merupakan animasi tempatan pertama yang diadaptasi menjadi permainan dunia terbuka yang dilancarkan ke pasaran global semasa acara rasmi pada 4 Julai 2025, yang turut menampilkan YB Gobind Singh Deo, dan tokoh penting seperti Pengarah Urusan Les’ Copaque, Datuk Gerald Isaac (Finas), serta CEO Streamline Media Group Alexander Fernandez.
Kini, hampir dua dekad kemudian, Upin & Ipin mengambil satu langkah besar ke hadapan. Mereka bukan lagi hanya watak di kaca TV atau layar perak. Mereka kini hidup dalam dunia digital interaktif menerusi permainan video Upin & Ipin Universe, yang bakal dilancarkan secara global pada 17 Julai 2025.

Upin & Ipin Universe merupakan permainan pengembaraan dunia terbuka (open-world) yang diinspirasikan daripada siri animasi popular Asia Tenggara Upin & Ipin ini. Dibangunkan oleh Streamline Studios bersama Les’ Copaque Production, permainan ini diperkenalkan buat kali pertama semasa acara Southeast Asia Summer Showcase dan akan diperkenalkan secara rasmi di Japan Expo, Paris sebuah platform prestij yang memperkenalkan budaya Asia kepada dunia. 

Dengan grafik penuh warna dan dunia maya yang luas, pemain akan dapat menjelajah kehidupan kampung yang indah, sambil berinteraksi dengan pelbagai karakter dan aktiviti yang kaya unsur budaya Asia Tenggara.

Antara ciri utama permainan ini:

🎮 Naratif sepanjang 12 jam
🎮 Dunia terbuka yang interaktif dan mesra keluarga
🎮 Elemen budaya tempatan dalam suasana moden
🎮 Tersedia di PC (Steam, Epic Games Store), PlayStation 4 & 5, serta Nintendo Switch

KEPERCAYAAN YANG TERBINA DARI LEGASI DAN PENCAPAIN
Tidak hairan kenapa kerjasama ini wujud, ia hasil kepercayaan yang dibina melalui pencapaian demi pencapaian kedua-dua pihak:

Les’ Copaque Production dikenali sebagai peneraju animasi Malaysia sejak 2005. Mencipta fenomena global melalui siri Upin & Ipin. Siaran di lebih 100 buah negara. Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal tersenarai dalam 32 calon awal Oscar 2019. Memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa. 

Streamline Studios beroperasi di Malaysia sejak 2010. Menjadi sebahagian daripada Streamline Media Group, platform gergasi hiburan digital dengan pengalaman lebih 24 tahun. Streamline Studios terlibat dalam pembangunan permainan bertaraf AAA seperti:

🎮 Final Fantasy XV
🎮 Street Fighter V
🎮 Marvel vs. Capcom: Infinite
🎮 Mortal Kombat

Permainan konsol bukan sekadar hiburan, ia adalah projek penuh jiwa dan semangat. Seperti yang dikongsi oleh tokoh utama di sebalik pelancaran ini: 
“Upin & Ipin Universe membuka lembaran baharu — daripada TV dan filem ke pengalaman interaktif bertaraf global. Sempena ulang tahun ke-20 Les’ Copaque, pelancaran ini mencerminkan komitmen kami untuk terus berinovasi dan mencipta detik-detik bermakna buat seisi keluarga di seluruh dunia.”
- Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production

 
“Upin & Ipin Universe bukan sekadar sebuah permainan; ia adalah surat cinta kepada budaya dan tradisi Asia Tenggara yang penuh warna dan kehidupan.”
- Alexander Fernandez, CEO Streamline Media Group
UPIN & IPIN KEBANGGAAN MALAYSIA

“Pelancaran permainan video Upin & Ipin Universe bukan sekadar memperkenalkan satu lagi judul permainan. Ia adalah bukti kreativiti, inovasi dan semangat kolaborasi yang mendefinisikan perjalanan Malaysia menjadi hab animasi dan permainan digital serantau.”

— YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia

Industri kreatif digital Malaysia mencatat prestasi memberangsangkan pada tahun 2023 dengan jumlah hasil sebanyak RM5.3 bilion, dan nilai eksport mencecah RM800 juta. Pencapaian ini turut menyumbang kepada penciptaan lebih 10,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi di seluruh ekosistem industri digital negara.

Di bawah Pelan Ekosistem Kreatif Digital (DICE) yang digerakkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), kerajaan komited untuk membangunkan sektor kreatif digital dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab serantau dan global dalam penciptaan kandungan digital menjelang tahun 2030.

DICE bukan sekadar satu inisiatif, tetapi strategi menyeluruh yang merangkumi pembangunan bakat, akses pasaran, pelaburan dan inovasi dalam industri ini. Seiring dengan perkembangan pesat pendigitalan dunia, sektor permainan digital turut berkembang dan menjadi pemacu penting dalam agenda digital negara.

Kementerian Digital akan terus memberi tumpuan kepada subsektor animasi dan permainan digital sebagai komponen teras dalam usaha transformasi digital negara. Pengiktirafan terhadap industri kreatif digital ini jelas memperlihatkan peranannya sebagai tulang belakang kemajuan ekonomi digital Malaysia.

Bagi memperkukuhkan lagi ekosistem ini, MDEC telah melancarkan dua program baharu iaitu: 
Animated Shorts Challenge Digital Games Testbed Kedua-dua program ini menekankan komitmen Malaysia untuk memupuk inovasi dan kecemerlangan kreatif dalam ruang digital.


Pelancaran permainan video Upin & Ipin Universe hari ini bukan sekadar memperkenalkan satu lagi judul permainan baharu. Ia adalah bukti kreativiti, inovasi dan semangat kolaborasi yang menjadi tunjang perjalanan Malaysia ke arah menjadi hab animasi dan permainan digital serantau.

Permainan ini, hasil kerjasama antara Les’ Copaque Production dan Streamline Studios, mencerminkan keunikan budaya serta tahap inovasi yang menjadikan permainan digital Malaysia tampil berbeza dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.


Media antarabangsa seperti MonsterVine turut melaporkan pelancaran permainan ini untuk 17 Julai 2025, menampilkan budaya Asia Tenggara dalam bentuk pengembaraan dunia terbuka. 

17 JULAI 2025 UPIN & IPIN UNIVERSE TERSEDIA. PRE-ORDER SEKARANG!
Sebagai seorang ibu dan rakyat Malaysia yang membesar bersama Upin & Ipin, Ruby percaya bahawa menyokong permainan ini adalah tindakan penuh bermakna. Ia bukan sahaja tentang menikmati sebuah permainan konsol, tetapi juga tentang: 

✅ Menyokong industri kreatif tempatan 
✅ Memelihara dan menyebarkan budaya Asia Tenggara 
✅ Memberi peluang kepada generasi baharu mengenali nilai murni secara moden 
✅ Menunjukkan kepada dunia bahawa IP Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa 
Dalam dunia permainan video yang kini dipenuhi watak luar negara, kehadiran Upin & Ipin Universe terasa sangat istimewa. Ia bukan sekadar permainan ia adalah kenangan, identiti, dan harapan. Harapan bahawa anak-anak kita akan terus mengenali nilai jujur, kasih sayang, dan kebanggaan terhadap budaya sendiri, walaupun dalam dunia maya.

Jadi, jom kita jadi sebahagian daripada sejarah ini. Mari kita sokong permainan video anak Malaysia. Jom main, jelajah dan banggakan Upin & Ipin Universe! 



Sokong & Ikuti Perkembangannya Di Sini: Website Rasmi | Instagram | Facebook | YouTube 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/07/upin-ipin-universe-inovasi-industri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Claims Abound Of Animated High Flyer Upin Ipin Trapped In Toxic Workplace Culture Comfort Zone

Claims Abound Of Animated High Flyer Upin Ipin Trapped In Toxic Workplace Culture Comfort Zone

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 150 hits
IT could not have come at a worse time With the launch of the Upin Ipin Universe Game set to be launched in just over a week gaming forums are abuzz with news that retrenched staff of Streamline Studios Sdn Bhd the videogame development out...
Pameran Food Drinks Malaysia Anjuran Sial Network 2025 Memacu Inovasi Hubungan Global Makanan Asia Tenggara

Pameran Food Drinks Malaysia Anjuran Sial Network 2025 Memacu Inovasi Hubungan Global Makanan Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 213 hits
Hi Semua Food Drinks Malaysia oleh SIAL 2025 mengesahkan semula peranannya sebagai platform utama Asia Tenggara untuk inovasi industri makanan perkongsian strategik dan penyelesaian yang bersedia untuk masa hadapan Acara yang dianjurkan ole...
Samsung Menggandakan Inovasi Cincin Galaxy 2 Dan Barang Kemas Pintar Bakal Mengubah Dunia Pakaian Wearable

Samsung Menggandakan Inovasi Cincin Galaxy 2 Dan Barang Kemas Pintar Bakal Mengubah Dunia Pakaian Wearable

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 154 hits
Samsung Masa Depan Wearables yang Menarik Samsung kini sedang merancang pelbagai inovasi dalam dunia peranti boleh pakai Selepas pelancaran Galaxy Watch 8 dan Galaxy Ring 2 syarikat gergasi ini tidak hanya berhenti di situ Apa yang lebih me...
Lelaki Cipta Kereta Paling Nipis Dunia

Lelaki Cipta Kereta Paling Nipis Dunia

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 154 hits
KOSMOMarazzi memandu Panda for One di sekitar bandar InstagramROM Seorang lelaki di Itali mencipta kereta digelar paling nipis di dunia yang berukuran hanya 48 26 sentimeter lebar dan lebih kecil berbanding motosikal lapor akhbar The Sun UK...
Isteri Tengking Suami Minta Cerai Gara Gara Tekanan Kewangan Dunia Ini Kejam Dengan Lelaki Miskin

Isteri Tengking Suami Minta Cerai Gara Gara Tekanan Kewangan Dunia Ini Kejam Dengan Lelaki Miskin

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 114 hits
Isu penceraian bukan lagi sesuatu yang asing di Malaysia Antara punca utama yang sering dikaitkan termasuklah masalah kewangan kurangnya komunikasi dan isu kecurangan dalam rumah tangga Baru baru ini seorang pempengaruh iaitu Ariff Peter te...
Kieda Crepe Luah Rasa Hati Janji Nak Lindungi Ibu Teruslah Membenciku Wahai Dunia

Kieda Crepe Luah Rasa Hati Janji Nak Lindungi Ibu Teruslah Membenciku Wahai Dunia

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 124 hits
Usahawan sensasi Kieda Crepe sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu hantaran penuh emosi di Instagram Story baru baru ini Dalam gambar yang dikongsikan Kieda kelihatan memeluk erat ibunya sambil memegang sejambak bu...
Orang Paling Bahaya Dalam Dunia Teknologi

Orang Paling Bahaya Dalam Dunia Teknologi

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 159 hits
Orang paling berbahaya dalam dunia teknologi sekarang bukan Elon Musk bukan juga Sam Altman tapi seorang anak muda berumur 28 tahun Ya dia bukan selebriti Tapi dia orang yang bina sistem latihan yang menjadikan OpenAI makin bijak dan berkem...
Style Kampong Dunia Ketiga Hari Ini Kita Menang Esok Pagi Harga Taik Kucing Akan Menurun

Style Kampong Dunia Ketiga Hari Ini Kita Menang Esok Pagi Harga Taik Kucing Akan Menurun

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 134 hits
Ciri Ciri Budaya Dunia Ketiga Yang jaga keselamatan boleh diupah buat bukti palsuYang jaga rasuah boleh diupah lepaskan rasuahYang jaga undang undang boleh diupah kasi bengkok undang undangYang jaga keadilan boleh diupah tukar menukar keadi...
Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas

Jersi Terkini Big 6 Premier League Musim 2025 26 Home Away Third Kit

Mygov Malaysia Aplikasi Pusat Sehenti Perkhidmatan Kerajaan

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Roti Sunshine Hokkaido Milk Yang Gebu Lembut Dan Sedap

Resipi Ayam Ros Wajib Cuba Mewah Rasa Pedas Manis Wangi

Apa Itu Atkinson Cycle Dalam Enjin Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Dengan Lafaznya Sufian Suhaimi Sarah Suhairi

Cara Mudah Buat Gel Aloe Vera Homemade 100 Semula Jadi

Our New Home 2 Weeks In

Kotak Packaging Mesra Alam Pilihan Bisnes Bertanggungjawab

Double Meaning Names Work

Psv Pendidikan Seni Visual