Pameran Food Drinks Malaysia Anjuran Sial Network 2025 Memacu Inovasi Hubungan Global Makanan Asia Tenggara


Hi Semua,
Food & Drinks Malaysia oleh SIAL 2025 (FDM 2025) mengesahkan semula peranannya sebagai platform utama Asia Tenggara untuk inovasi industri makanan, perkongsian strategik dan penyelesaian yang bersedia untuk masa hadapan. 

Acara yang dianjurkan oleh Comexposium sebagai sebahagian daripada SIAL (Salon International de l'Alimentation) Network yang diiktiraf di peringkat global, edisi tahun ini mencerminkan bagaimana Malaysia sedang bertindak pantas untuk menjadi nod utama dalam ekosistem makanan peringkat global


Diadakan sepanjang tiga hari yang padat di MITEC Kuala Lumpur, FDM 2025 menghimpunkan para pemimpin industri yang berpengaruh — daripada jenama antarabangsa dan pengedar serantau kepada penggubal dasar, inovator dan usahawan dan semuanya berkumpul untuk membentuk masa depan industri pemakanan. Dirasmikan oleh YB Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan & Komoditi, acara ini menandakan usaha awam-swasta untuk mengukuhkan kepentingan Malaysia dalam rantaian bekalan makanan global dan sektor teknologi pertanian. Beliau diiringi oleh YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan


“Food & Drinks Malaysia oleh SIAL bukan sekadar pameran perdagangan, ia adalah pemangkin kepada kemajuan, memperkasakan perniagaan untuk perkembangan, membolehkan idea merentasi sempadan dan mempercepatkan inovasi merentasi keseluruhan rantaian nilai sektor makanan,” kata Henri Tan, Pengarah Pameran, Asia Tenggara, Comexposium APAC

“Kami amat teruja untuk memperkenalkan Pameran Coklat yang pertama di Malaysia yang disusun atas kerjasama dengan Salon du Chocolat. Malaysia memiliki warisan yang kaya dengan peladangan koko dan pasaran domestik yang semakin berkembang dengan para pengguna sofistikated yang berminat dengan produk coklat yang inovatif. Pameran ini meraikan seni pembuatan dan inovasi koko, menawarkan platform untuk mempamerkan bakat tempatan dan berhubung dengan trend global. Sambutan warisan koko Malaysia yang kaya ini hanyalah satu contoh bagaimana FDM 2025 menonjolkan pengaruh negara yang semakin meningkat dalam inovasi makanan — momentum yang dibuktikan lagi dengan adanya penyertaan yang mengagumkan dalam Anugerah Inovasi SIAL,” tambah beliau lagi

Disokong oleh ekonomi eksport yang kukuh, sektor koko Malaysia mencatat nilai eksport sebanyak RM15 bilion pada tahun 2024, dengan produk coklat yang menyumbang 12.7% daripada jumlah pendapatan eksport — menjadikannya salah satu komoditi utama dalam pertumbuhan dan inovasi negara


Memacu Inovasi dari Malaysia ke Persada Dunia
Anugerah Inovasi SIAL diperkenalkan di Malaysia dengan 144 penyertaan tempatan dan antarabangsa serta pengiktirafan global

“SIAL menyatukan penggiat industri makanan dunia yang memiliki pemikiran yang paling jauh ke hadapan melalui Anugerah Inovasi SIAL pada setiap edisi -- platform yang meraikan idea dan produk berani yang membentuk landskap makanan untuk hari esok. Kami berbangga melihat Malaysia memajukan ekosistem makanan di rantau ini,” kata Nicolas Trentesaux, Pengarah Urusan, SIAL Network


Anugerah yang diadakan sempena FDM 2025 ini menerima sebanyak 144 penyertaan daripada jenama Malaysia dan antarabangsa. Sebelas finalis telah dipilih oleh panel juri tempatan dan antarabangsa, dengan tiga pemenang diumumkan semasa Majlis Pembukaan Rasmi

Tiga Pemenang Utama adalah (mengikut urutan):

· Anugerah Emas Symphony Spread Black Sesame Spread Pengeluar: Symphony Confection Sdn BhdNegara: Malaysia


· Anugerah PerakMusaWa Puffs Pengeluar: Musarium Co. Ltd Negara: Thailand


· Anugerah GangsaMi Segar Barli (Barley Fresh Noodle) Pengeluar: Kosmode Health Singapore Pte LtdNegara: Singapura

Pandangan para Juri tentang Anugerah Inovasi SIAL yang Pertama di Malaysia
“Apa yang paling menarik perhatian saya ialah produk-produk ini bukan sahaja berani dan asli tetapi juga berdaya maju secara komersial dan sedia untuk berkembang. Penyertaan teratas dengan jelasnya memahami para pengguna mereka dengan menawarkan inovasi yang sesuai berdasarkan keperluan pasaran sebenar. Ini menandakan peralihan yang bermakna bagi Malaysia, daripada pembuatan kepada penerajui inovasi makanan,” kata Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan & Pemasaran Kumpulan, AEON Co Malaysia Berhad
“Tahap inovasi yang ditunjukkan sangat memberangsangkan. Para peserta tempatan ini membuktikan bahawa Malaysia mampu bersaing di pentas dunia, dengan produk yang menggabungkan fungsi, warisan dan sedia untuk masa hadapan. Anugerah ini merupakan gambaran yang kukuh tentang sejauh mana ekosistem inovasi industri makanan tempatan kami telah maju dan menetapkan arah yang seterusnya selepas ini,” kata Melissa Ong, Ketua Pegawai Kumpulan Impact Circle

Pertimbangan para juri yang terdiri daripada 11 orang ahli kesemuanya telah diadakan secara langsung. Sebagai tambahan kepada Henri Tan dan Nicolas Trentesaux, ahli juri dari Malaysia termasuk:
· Profesor Dr Muhammad Shahrim Abdul Karim, Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
· Encik Timothy Liew, Pengerusi,Peruncitan & Makanan dan Minuman, SAMENTA (Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana); dan
· Encik Mark Law, Naib Presiden, Malaysia Business Group

Para hakim dari Paris, Perancis termasuklah:
· Xavier Terlet dan Emeline Fordos, Pakar Inovasi dari ProtéinesXTC ; dan
· Jean-Gabriel Mollard, Pengarah Komunikasi, dan Nathalie Perraudin, Pengarah Projek Antarabangsa, SIAL Network


Penglibatan Berfokuskan Industri Mengutamakan Idea
FDM 2025 telah menyediakan program menyeluruh menerusi forum berimpak tinggi, pertandingan dan aktiviti rangkaian yang disesuaikan untuk industri F&B yang sedang berkembang pesat hari ini:


· Pameran Coklat yang Pertama di MalaysiaDisusun dengan kerjasama Salon du Chocolat; pameran menyediakan sampel hidangan di Chocolate & Coffee Gourmet Bar oleh Universiti Sunway

· Forum Halal FDM ke-2Menyentuh secara mendalam tentang pensijilan halal, strategi eksport, penjenamaan serta inovasi teknologi dalam ekonomi halal. Forum menampilkan para penceramah yang terdiri daripada pihak berkuasa, badan industri dan pengimport global di sektor industri halal
· Future Food & Agriculture oleh Impact CircleMenitikberatkan isu kemampanan menerusi panel dan pameran mengenai teknologi pertanian, pertanian pintar iklim dan cabaran keterjaminan makanan yang membentuk untuk dekad seterusnya di rantau ini


· Global Culinary Challenge Malaysia (GCCM) ke-4Mempamerkan kemahiran dan kreativiti yang hebat , dengan melebihi 600 chef dari 31 negara yang bersaing merentas pelbagai kategori termasuk Inovasi Minyak Sawit, Barista, Koko dan Kek yang dinilai oleh para pakar antarabangsa

· The Spark oleh Impact Circle @ FDM 2025Platform Pitching dan anugerah dinamik yang menonjolkan idea berani dan penyelesaian terbaik yang membentuk masa depan industri makanan dan pertanian

· Memperkenalkan Bahagian Minuman Tidak HalalMempamerkan jenama global ikonik seperti Moutai dan Baijiu

· Anugerah Thai SELECTMenghargai kecemerlangan F&B Thai di Malaysia

· Program Pembeli Jemputan dan Portal Eksklusif BizMatch FDM 2024 telah menghubungkan 160 pengimport dan pembeli terkemuka, menjana potensi perniagaan melebihi USD 164 juta. Program ini kembali pada tahun ini dengan keupayaan pemadanan yang dipertingkatkan, menawarkan sesi pertemuan satu dengan satu yang lebih fokus di mana mengubah perbincangan menjadi kejayaan komersial

· Pavilion Antarabangsa dan TempatanMenampilkan penyertaan pempamer dari Kanada, China, India, Malaysia, Poland, Korea Selatan, Thailand, Türkiye, Amerika Syarikat dan banyak lagi









Edisi ketiga Food & Drinks Malaysia oleh SIAL 2025 dengan bangganya disokong oleh rakan kongsi strategik dan penaja termasuk Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), Malaysia Airlines dan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) — semuanya bersatu dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk inovasi dan perdagangan makanan. 
Sebagai rakan kongsi utama, sokongan MyCEB mencerminkan komitmennya untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama untuk acara perniagaan berimpak tinggi dan pertumbuhan industri




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2025/07/pameran-food-drinks-malaysia-anjuran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025

Senarai Iphone Murah Di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 221 hits
Senarai iPhone Murah di Malaysia Kedai Online Dipercayai Tawaran Terkini 2025 Mencari iPhone murah di Malaysia bukan lagi perkara yang mustahil Dengan pelbagai platform e dagang yang tersedia pengguna kini boleh mendapatkan iPhone berkualit...
Jamal Berharap Semua Pihak Hormati Keputusan Sri Pahang Fc Tidak Tanding Liga Malaysia Musim 2025 2026

Jamal Berharap Semua Pihak Hormati Keputusan Sri Pahang Fc Tidak Tanding Liga Malaysia Musim 2025 2026

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 165 hits
PETALING JAYA Legenda bola sepak Pahang Datuk Jamal Nasir berharap semua pihak dapat menghormati keputusan Sri Pahang FC untuk tidak lagi bertanding dalam Liga Malaysia pada musim 2025 2026 Pemain Pahang pada era 70an itu percaya pihak peng...
Sdr 2025 And Malaysia Adapting To The New Defence Landscape Part 1

Sdr 2025 And Malaysia Adapting To The New Defence Landscape Part 1

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 201 hits
THE release of the Strategic Defence Review 2025 marks a pivotal moment in the United Kingdom s military and strategic recalibration It outlines a vision of a more agile AI enabled and technologically dominant force prepared for high intens...
Liga Bolasepak Malaysia Umum Sri Pahang Fc Sah Tarik Diri Hanya 13 Pasukan Rebut Trofi Liga Super 2025 26

Liga Bolasepak Malaysia Umum Sri Pahang Fc Sah Tarik Diri Hanya 13 Pasukan Rebut Trofi Liga Super 2025 26

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 209 hits
KUALA LUMPUR Liga Bolasepak Malaysia hari ini mengumumkan sebanyak 13 pasukan yang sudah menerima Lesen Kebangsaan 2025 26 oleh badan bebas First Instance Body dan akan bertanding dalam musim baru Liga Super 2025 26 yang akan membuka tirai ...
Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 194 hits
CAFA Nations Cup 2025 merupakan edisi kedua kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Central Asian Football Association Kejohanan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara negara negara Asia Tengah melalui penganjuran pertandingan bo...
Malaysia Kembali Jadi Tumpuan Pelabur Global

Malaysia Kembali Jadi Tumpuan Pelabur Global

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 147 hits
HarapandailyJuly 7 2025OLEH JAZLI IZZUDDINDalam senarai Top 25 Emerging Markets by FDI Confidence 2025 yang dikeluarkan oleh Kearney Malaysia berada di kedudukan ke 11 dengan skor keyakinan 1 42 Bukan calang calang kita menewaskan beberapa ...
Mengejutkan Covid 19 Kembali Ke Malaysia Kematian Pertama Pada Tahun 2025

Mengejutkan Covid 19 Kembali Ke Malaysia Kematian Pertama Pada Tahun 2025

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 260 hits
Malaysia Rekod Kematian Pertama COVID 19 Tahun 2025 Tarikh kejadian Minggu Epidemiologi ke 24 Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia kematian tersebut melibatkan seorang individu yang mempunyai penyakit komorbid kritikal seperti p...
Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 213 hits
Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025 STR 2025 Bantuan tunai isi rumah bujang warga emas eWallet Rakyat Kredit percuma RM100 ke akaun eWallet Program Subsidi B40 Diskaun bil elektrik air PerantiSiswa 2025 Laptop percuma untuk pelajar IPT B...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Psychology Of Brand Names

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Penebusan Mudah Cepat

Gubahan Hantaran Nikah

Pencuri Rumah Imam

Lauk Gulai Ikan Tongkol Ni Buat Tambah Nasi Berkali Kali

Untuk Jiwa Yang Dikelilingi Racun

Iwan Fals Nak Chord