Undi18 Batu Penghadang Buat Ahli Politik Cara Lama


 

Minderjeet Kaur -October 18, 2021 Aktivis belia Adam Adli dihukum penjara pada 2014 selepas didapati bersalah atas tuduhan memberikan ucapan berbaur hasutan.PETALING JAYA: Ahli politik yang menang dalam pilihan raya sebelum ini dengan memancing isu perkauman dan agama mungkin mengalami kejutan apabila 5.6 juta pengundi baharu akan bersuara pada pilihan raya akan datang, kata aktivis belia Adam Adli.
“Masalah perkauman dan agama bukanlah cara untuk memenangi hati para belia. Kami mencari ahli politik yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk kami,” katanya kepada FMT.
Adam mengakui belum ada kajian dibuat mengenai pilihan politik pengundi muda berusia 18 tahun ke atas, namun komen di media sosial dan perbincangannya dengan kumpulan belia menunjukkan mereka mungkin menjauhkan diri daripada ahli politik yang memperjuangkan kaum dan agama.
Katanya, orang muda terlalu lama berada di dalam rumah kerana sekatan Covid-19 dan kehilangan peluang mendapatkan pendidikan dan pekerjaan. “Mereka tidak mahu ahli politik yang berfikiran konservatif,” katanya.
Sejumlah pengundi baharu akan berada dalam daftar pemilih pada pilihan raya umum akan datang kerana kerajaan telah bersetuju mempercepatkan pelaksanaan inisiatif Undi18 bagi menurunkan usia pengundi menjadi 18 dan untuk menyediakan pendaftaran pemilih automatik.
Pemerhati politik mengharapkan pilihan raya umum akan diadakan tahun depan, walaupun penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 2023, berikutan ketidaktentuan politik yang mengakibatkan perubahan dua kerajaan dalam tempoh dua tahun.
Adam berkata, anak muda aktif di media sosial dan mengkritik ahli politik yang mengabaikan keperluan mereka. Mereka mahu suara mereka didengari. Namun, mereka tidak mungkin menolak ahli politik lebih tua “selagi mereka tidak konservatif dan boleh memenuhi keperluan belia.”
Pada 2014, Adam dijatuhi hukuman penjara setahun kerana memberikan ucapan yang mendesak orang ramai untuk mengadakan demonstrasi jalanan terhadap keputusan pilihan raya pada 2013. Pada tahun berikutnya dia dituduh mengambil bahagian dalam perhimpunan haram tetapi dibebaskan tiga tahun kemudian.
Undi18 mengubah keadaan
Penganalisis politik Kenneth Cheng berkata, Undi18 dan pendaftaran pemilih automatik adalah pengubah keadaan kerana mereka yang dilahirkan pada 2003 akan layak untuk memilih dan mungkin tidak dapat menerima ahli politik yang sering menimbulkan perselisihan antara kaum.
Cheng yang juga seorang anggota Agora Society, sebuah jaringan intelektual berkata, ahli politik yang lebih tua yang gagal memahami golongan muda cenderung untuk disingkirkan.
Beberapa masalah yang menjadi perhatian pengundi muda adalah yuran pengajian di kolej atau universiti, peluang pekerjaan, perumahan dan masalah alam sekitar yang semakin teruk.
Beliau berkata, sebelum ini ahli politik boleh menaikkan yuran pengajian pada masa sama memastikan warga tua gembira dengan pencen yang lebih tinggi, tetapi sekarang mereka perlu menyeimbangkan antara kedua-duanya.
Seorang lagi penganalisis Oh Ei Sun, Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, ahli politik mungkin tidak selesa dengan pengundi yang lebih muda kerana ramai di antara mereka tidak berpuas hati dengan situasi politik yang ada selepas 2018.
Pakatan Harapan telah diundi dengan harapan tinggi bahawa mereka akan melakukan pembaharuan tetapi secara tidak sengaja disingkirkan dari Putrajaya.
Oh berkata, Umno dan PAS mempunyai jentera pilihan raya yang hebat untuk menarik pengundi baharu dan mendorong mereka yang telah didaftarkan secara automatik untuk keluar mengundi.
Umno mempunyai “sumber” untuk terus disalurkan ke kawasan pilihan raya mereka, sementara “yang penting bagi PAS adalah kesinambungan membentuk pemikiran pemilih muda dan tua untuk terus menyokong visi teokratik mereka untuk negara,” katanya kepada FMT.
Katanya, ahli politik akan berusaha untuk bersikap baik terhadap pengundi mereka yang lebih muda dengan berusaha memenuhi keperluan golongan muda atau dengan melakukan tekanan ke atas pemikiran mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/undi18-batu-penghadang-buat-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sikap Ahli Politik Terhadap Bahasa Melayu Mengecewakan

Sikap Ahli Politik Terhadap Bahasa Melayu Mengecewakan

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 253 hits
Sikap ahli politik terhadap bahasa Melayu mengecewakan Sikap tidak peduli serta mabuk bahasa Inggeris menyebabkan bahasa Melayu yang sudah sekian lama dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan gagal diletakkan di tempat sepatutnya Sehingga ki...
Najib Rosmah Buat Rakyat Muak Cara Politik Umno Memerintah Pas Membisu Jer Kan

Najib Rosmah Buat Rakyat Muak Cara Politik Umno Memerintah Pas Membisu Jer Kan

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 226 hits
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mempertikai mengapa Datuk Seri Najib Razak dipulangkan pasport antarabangsanya buat sementara bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menemani anak perempuannya Nooryana Najwa yang bakal bersal...
Ahli Politik Ada Kencing Manis Hipertensi Obesiti Diminta Pakai Pelitup Muka

Ahli Politik Ada Kencing Manis Hipertensi Obesiti Diminta Pakai Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 214 hits
AGENDA DAILY Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini memberi peringatan kepada orang ramai terutama rakan rakannya dari kalangan ahli politik supaya terus memakai pelitup muka di tempat awam Ini kera...
Cara Buat Perapan Ayam Bakar Cara Orang Lama

Cara Buat Perapan Ayam Bakar Cara Orang Lama

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 511 hits
Cara Buat Perapan Ayam Bakar Cara Orang LamaMengancam tak ayam bakar ni Bakar dengan arang memang mengancam maklum ini cara perapan orang lama
Cara Mudah Buat Pes Cili Boh Yang Tahan Lama

Cara Mudah Buat Pes Cili Boh Yang Tahan Lama

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 469 hits
Selalu beli cili boh kat supermarket simpan tak sampai seminggu dah berkulat berbau Padahal baru guna sekali dua untuk masak Frust betul So meh Kak Izz tunjuk cara buat cili boh yang boleh tahan lama sampai 3 minggu tau Elok je dalam fridge...
Cara Buat Pes Kunyit Homemade Yang Tahan Lama Lambat Berkulat

Cara Buat Pes Kunyit Homemade Yang Tahan Lama Lambat Berkulat

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 408 hits
atau goreng yang dimasak menggunakan pes kunyit homemade memang lebih enak Aromanya yang wangi sangat membuka selera Jika di rumah anda ada tanam atau beli kunyit hidup dalam jumlah yang banyak boleh cuba buat stok pes untuk masakan perkong...
Jangan Kerana Kuasa Ahli Politik Bunuh Orang

Jangan Kerana Kuasa Ahli Politik Bunuh Orang

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Ahli politik perlu memohon maaf kepada penduduk Melaka kerana membebankan mereka dengan masalah di negeri itu sehingga terpaksa mengadakan Pilihan Raya Negeri Bercakap kepada Utusan Malaysia Pengasas Ikatan Demokratik Malaysia ...
10 Ahli Perniagaan Malaysia Ahli Politik Yang Disebut Dalam Laporan Pandora Papers Mendedahkan Kekayaan Luar Pesisir

10 Ahli Perniagaan Malaysia Ahli Politik Yang Disebut Dalam Laporan Pandora Papers Mendedahkan Kekayaan Luar Pesisir

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 506 hits
Dari kiri Lim Kok Thay Daim Zainuddin G Gnanalingam Zafrul Aziz adalah antara rakyat Malaysia yang disebut dalam laporan Pandora Papers Pendedahan terbesar Pandora Papers 4 ahli politik M sia antara dinamakan BARU baru ini Pandora Papers at...
Cara Padamkan Mysejahtera Di Nombor Lama Gantikan Ke Nombor Baharu Jika Bertukar Nombor

Cara Padamkan Mysejahtera Di Nombor Lama Gantikan Ke Nombor Baharu Jika Bertukar Nombor

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 313 hits
MySejahtera adalah satu aplikasi yang wajib ada di dalam peranti anda ketika menjalani fasa norma baharu Perlu dikemaskini setiap masa bagi mengetahu status terkini anda NOTA BUKA DEKAT CHROME di pautan https mysejahtera malaysia gov my hel...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi