Cara Padamkan Mysejahtera Di Nombor Lama Gantikan Ke Nombor Baharu Jika Bertukar Nombor
MySejahtera adalah satu aplikasi yang wajib ada di dalam peranti anda ketika menjalani fasa norma baharu. Perlu dikemaskini setiap masa bagi mengetahu status terkini anda.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) NOTA: BUKA DEKAT CHROME di pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/ (jangan sesekali buka dekat MySejahtera). Berhajat menukar nombor telefon? Mungkin ada permasalahan datang sekiranya anda bertukar nombor telefon. Bimbang pula dengan akaun MySejahtera yang telah didaftarkan dengan nombor tersebut akan hilang, terpadam dan sebagainya.
Kebarangkalian mengalami masalah nombor telefon dan email tidak aktif, atau mungkin anda telah logout dari akaun MySejahtera, jadi apa perlu buat? Sebenarnya anda boleh sahaja membuat akaun baharu tetapi dengan syarat anda perlu padam akaun lama terlebih dahulu. Perkongsian daripada Siti Nur Zulaikha, boleh menyelesaikan masalah anda. Cara Padam Akaun MySejahtera Di sini cara bagaimana untuk memadam ataupun delete akaun MySejahtera anda yang lama walaupun anda tidak dapat login ke akaun tersebut. Untuk membuat sebarang perubahan kepada akaun MySejahtera, anda boleh menggunakan perkhidmatan MySejahtera Helpdesk.
Sistem ini akan memaparkan pelbagai masalah yang dihadapi secara terperinci. Kebanyakan isu biasa ada disenaraikan dalam Soalan Lazim (FAQ). Hijabi inia kongsikan cara padam akaun. Untuk kemaskini maklumat pun boleh gunakan cara yang lebih kurang sama.
Ini langkah-langkahnya:
Langkah 1 : Layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
Langkah 2 : Klik ‘Mula’
Langkah 3 : Klik pada pilihan ‘C’ -Saya ingin mengemas kini Nama, Nombor Kad Pengenalan / Pasport, ID Pengguna atau memadam akaun saya.
Langkah 4: Kemudian klik ‘G’ -Saya ingin memadamkan akaun saya
Langkah 5: Masukkan ID Pengguna MySejahtera yang lama (tolong faham yang lama. Kalau ID Pengguna MySejahtera nombor telefon, masukkan nombor telefon, kalau ID Pengguna e-email maka masukkan email.
Langkah 6: Masukkan ID Pengguna MySejahtera yang lama (kalau Id Pengguna MySejahtera nombor telefon, tekan nombor telefon dalam bulatan kecil. Jika Id Pengguna MySejahtera e-mel, tekan e-mel) alamat e-mel untuk dihubungi tu masukkan e-mel yang aktif ye.
Langkah 7: Nanti akan jadi macam ini (tunggu e-mel)
Langkah 8: Akan dapat e-mel pertama yang dihasilkan secara automatik. Jangan balas e-mel ini.
Langkah 9: E-mel kedua (E-mel ini penting. Baca betul-betul e-mel ini, kalau sebiji macam ni, boleh ke langkah ke 10 dan e-mel ini akan ambil masa ye. Kalau nasib anda baik, sekejap sahaja, kalau sistem jem, tak mustahil anda perlu tunggu hingga 5 hari.
Langkah 10: Buka akuan MySejahtera (kalau tak ada lagi, boleh daftar dulu ye) tekan ‘COVID-19 Vaccination’
Langkah 11: Klik Vaccine for (nama anda)
Langkah 12: Nanti akan jadi macam ini (tengok ejaan nama, ic dan nombor telefon. Kalau salah boleh edit) lepas itu tekan ‘Confirm’
Langkah 13: Jawab semua soalan (soalan 1 dan 4 tu penting. Soalan 1 jawab YA, soalan 4 tu masukkan alamat sampai keluar peta dalam petak tu. Soalan-soalan lain tu asas tentang diri anda.
Langkah 14: Nanti akan jadi macam ini, tekan 'close'.
Langkah 15: Sudah siap (semua maklumat dalam MySejahtera yang lama telah pun dipindahkan ke dalam MySejahtera yang baru)
Sumber : Siti Nur Zulaikha
SOURCE: Hijabista
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/10/cara-padamkan-mysejahtera-di-nombor.html