Undi Tak Percaya Tiada Perbincangan Mengenai Calon Pm



Usul undi tidak percaya yang dibentangkan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional tidak dibuat secara pakej dengan calon PM Pakatan Harapan.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail belum ada perbincangan seumpama itu dibuat dalam parti tersebut sekiranya usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibentang pada sidang Dewan Rakyat Julai ini.
Saifuddin berkata, perkara itu juga belum dibincang antara parti dalam PH dan mesyuarat ini hanya membincangkan mengenai kenyataan bersama yang dikeluarkan sebelum ini.
“Kita tak bincang apa pun lagi. Kerajaan masih kerajaan Tan Sri Muhyiddin…Sampai masanya kita akan komen,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau diminta mengulas berkenaan sama ada PKR akan tetap mencadangkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika usul itu dibawa pada sidang akan datang.
Terdahulu, Anggota Parlimen Semporna Mohd Shafie Apdal menghantar usul untuk memulakan undi percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad di parlimen tetapi ditolak oleh speaker Mohamad Ariff Md Yusof.
Ekoran penolakan itu, Mahathir dilaporkan menghantar satu usul dan kali ini khusus berkenaan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin dan ia diterima oleh Mohamad Ariff.
Bagaimanapun ia tidak dapat dibawa ke sidang Dewan Rakyat semalam. Sidang yang ditetapkan untuk berlangsung sehari itu – atas dasar mengelakkan penularan Covid-19 – dipendekkan lagi kepada satu agenda, iaitu titah diraja Yang di-Pertuan Agong, seterusnya menutup ruang untuk usul itu dibawa.
Bagaimanapun, sidang yang akan bersambung Julai ini akan diadakan selama 25 hari, dan antara yang menarik tumpuan adalah jika usul tersebut sempat dibawa, selepas urusan dan Rang Undang-undang (RUU) kerajaan.
Pada 17 Mei lalu, PH dalam satu kenyataan bersama berkata akan meningkatkan usaha mengembalikan mandat rakyat untuk mengambil alih kerajaan.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat di antara pimpinan utama PH yang dipengerusikan Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang bersama pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan, Shafie Apdal.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru menegaskan mesyuarat itu masih belum membincangkan isu calon perdana menteri.
“Kita belum bincang sampai ke situ lagi. Apa yang saya boleh sahkan, dua hari lepas, Anwar mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiriLim Guan Eng, Mat Sabu, Tun Mahathir, Shafie Apdal dan saya.
“Kita hanya bincang tentang kenyataan bersama,” katanya lagi.
Ketika krisis politik pada akhir Februari lalu, PH mencalonan Anwar sebagai perdana menteri.
Ia susulan langkah Bersatu untuk keluar daripada PH yang membawa kepada keputusan Mahathir untu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Bersatu kemudian bersama-sama bekas MP PKR yang diketuai Azmin Ali, BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti kecil untuk menubuhkan kerajaan PN.
Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27756

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 395 hits
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin YassinrePublish Berita Terkini MalaysiaTun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin Medium perkongsian sosial berbentuk media Arti...
Undi Tidak Percaya Akan Membantu Muhyiddin

Undi Tidak Percaya Akan Membantu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 302 hits
Persoalannya sekarang adakah Speaker Parlimen akan benarkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin dibentang di Parlimen pada 18 Mei ini atau pada sesi dua minggu pada bulan Julai akan datang Ramai yang berpendapat bahawa usul it...
Usul Undi Tak Percaya Pm Hanya Masalah Dalaman Bersatu

Usul Undi Tak Percaya Pm Hanya Masalah Dalaman Bersatu

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 297 hits
Oleh Athirah Huda ZalheBANGI 16 Ramadan 1441H Sabtu Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia menyifatkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah tindakan demi kepentingan peribadi serta keluarga dan ...
Usul Undi Percaya Tun M Bercanggah Perlembagaan Zainul Rijal

Usul Undi Percaya Tun M Bercanggah Perlembagaan Zainul Rijal

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 388 hits
Persatuan Peguam Peguam Muslim membidas kenyataan Naib Pengerusi DAP Perak Dr Aziz Bari yang mempertikaikan keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ariff Md Yusof menolak usul undi percaya terhadap Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Moha...
Undi Tak Percaya Dr Mahathir Patut Rasa Malu Pakar Sejarah

Undi Tak Percaya Dr Mahathir Patut Rasa Malu Pakar Sejarah

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 374 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media di Yayasan Al Bukhary Kuala Lumpur foto AFIQ RAZALIKUALA LUMPUR Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat usul tidak percaya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat adalah tindakan m...
Muhyiddin Akan Kekal Pm Walau Undi Tak Percaya Dibuat

Muhyiddin Akan Kekal Pm Walau Undi Tak Percaya Dibuat

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 283 hits
Setiausaha PAS Kelantan Che Abdullah Mat Nawi yakin Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai perdana menteri jika usul undi tidak percaya dibawa ke sidang Dewan Rakyat akan datang Beliau yang juga anggota Parlimen Tumpat memberi gambaran betapa ...
Undi Tak Percaya Tun M Buka Peluang Ph Dap Berkuasa Semula

Undi Tak Percaya Tun M Buka Peluang Ph Dap Berkuasa Semula

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 450 hits
Ketua Sektor Politik Pertubuhan Gerakan QIAM Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar NSTP Yazit RazaliUsul Dr M burukkan perpecahan orang Melayu KUALA LUMPUR Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Mente...
Dr Mahathir Akui Kurang Sokongan Untuk Undi Tak Percaya

Dr Mahathir Akui Kurang Sokongan Untuk Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 442 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan berpendapat Muhyiddin Yassin tidak mempunyai sokongan majoriti ketika mengangkat sumpah sebagai perdana menteri DR Mahathir Mohamad mengakui beliau tidak mempunyai sokongan m...
Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

Sidang Parlimen Dewan Rakyat Belum Terima Usul Undi Tak Percaya Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 457 hits
Dewan Rakyat setakat ini tidak menerima sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada anggota parlimen pembangkang kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Eddin Syazlee Shith Setakat ini tak ad...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord