Muhyiddin Akan Kekal Pm Walau Undi Tak Percaya Dibuat
Setiausaha PAS Kelantan Che Abdullah Mat Nawi yakin Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai perdana menteri jika usul undi tidak percaya dibawa ke sidang Dewan Rakyat akan datang.
Beliau yang juga anggota Parlimen Tumpat memberi gambaran betapa perancangan pembangkang itu akan gagal.
"Kalaupun undi tak percaya itu berlaku dalam Parlimen, saya amat yakin bahawa kerajaan dan perdana menteri mempunyai undi yang cukup.
"Cuma saya nak sebut dalam keadaan rakyat susah, dengan masalah Covid-19, dalam usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk memutuskan rantaian jangkitan, dalam keadaan rakyat berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP), pemimpin politik sepatutnya meletakkan rakyat sebagai keutamaan.
"(Pembangkang perlu lihat) Kepentingan dan keselamatan rakyat, dan memberikan tumpuan pemikiran ke arah menyelesaikan masalah rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat loji benih padi Pertubuhan Peladang Kawasan Puteri Saadong, Kota Bharu, hari ini.
Pada 8 Mei lalu, Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof menerima usul bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan Anggota Parlimen Langkawi, untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyidin.
Beliau memaklumkan usul tersebut di bawah Perkara 27 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Bagaimanapun usul tersebut mungkin tidak dibawa ketika sidang pada 18 Mei ini, yang dijadual berlangsung hanya sehari, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan menegaskan urusan kerajaan akan diutamakan.
Sementara itu Che Abdullah berkata pemimpin politik sepatutnya memberi fokus dalam perkara melibatkan kepentingan rakyat.
Pada masa sama, beliau membangkitkan pemilihan Muhyiddin oleh Yang di-Pertuan Agong setelah meyakini presiden Bersatu itu mempunyai majoriti sokongan anggota Parlimen.
"Jadi sepatutnya, proses yang berlalu dan berlandaskan perlembagaan itu sepatutnya dihormati oleh semua pihak dan mengurangkan kepentingan diri berpolitik ketika rakyat berdepan masalah Covid-19.
"Kalaupun berlaku undi tidak percaya, saya yakin pemimpin-pemimpin politik yang memikirkan kepentingan rakyat akan terus bersama kerajaan walaupun ada disebut ada pihak dalam PN sendiri yang goyang.
"Jika mereka meletakkan kepentingan rakyat yang paling tinggi, mereka akan mengekalkan dan menstabilkan kerajaan ini dan menyokong Muhyiddin," katanya lagi.
MR : PH cakap berkobar-kobar semuanya nak tunjuk hebat sedangkan ekor bergelumang tahi
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/muhyiddin-akan-kekal-pm-walau-undi-tak.html