Undang Undang Liwat Kelantan Tak Berperlembagaan Kata Majlis Perundingan Agama


malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 4, 2021 10:20 AM

Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan negeri Kelantan menyemak semula undang-undang jenayah syariah yang dikuatkuasakan baru-baru ini di negeri itu, termasuk hukuman terhadap kegiatan homoseksual dan kesalahan-kesalahan lain

Memetik duluan undang-undang, presidennya Jagir Singh berkata bahawa kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan hal jenayah adalah terletak pada Parlimen.

“Oleh itu, kerajaan Kelantan harus menyemak semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan dan selarikannya dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di atas, untuk mengelakkan konflik dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dia merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan pada Februari dalam kes oleh Iki Putra Mubarak melawan undang-undang syariah Selangor yang menganggap seks luar tabii sebagai jenayah.

Mahkamah itu menyatakan bahawa memandangkan kedua-dua badan perundangan negeri dan persekutuan telah menguatkuasakan undang-undang ke atas hal undang-undang jenayah yang sama, maka kedua-dua undang-undang itu tidak boleh wujud serentak.

Oleh hal yang demikian, undang-undang negeri berkenaan adalah menyalahi peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa badan perundangan negeri tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang berkaitan hal-hal di bawah bidang kuasa persekutuan.

“Ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki, kesalahan liwat sudah pun menjadi satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan - undang-undang persekutuan - dan oleh itu kandungan ‘liwat’ dan kesalahan homoseksual lain di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan terbatal,” kata Jagir.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan berkuat kuasa bermula 1 Nov dengan 24 peruntukan baru, termasuklah sihir, dakwaan palsu, percubaan keluar Islam, memutarbelitkan ajaran Islam, tidak menghormati Ramadan, memusnahkan tempat ibadat, persetubuhan dengan mayat dan persetubuhan dengan bukan manusia.

Ia mengggantikan Enakmen Jenayah Syariah 1985 Kelantan. Denda adalah berbeza mengikut kesalahan, dengan hukuman maksimum adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000, dan enam kali sebatan.

Undang-undang baru beri gambaran kabur tentang Islam - SIS

Sementara itu, Sisters in Islam (SIS) turut mempertikaikan keabsahan undang-undang baru itu, selain kebimbangan lebih luas mengenainya.

Katanya, ia memberikan gambaran yang kabur tentang Islam dan menekan pemikiran kritis.

“Kami turut berpandangan perkembangan ini membimbangkan dan berbahaya, kerana ia menyalahi prinsip asas demokrasi dengan mengekang pemikiran dan luahan kritis melalui peruntukan yang sembarangan dan menghukum mereka yang tidak patuh.

“Ia tidak menggambarkan Islam yang inklusif, progresif dan toleran, tetapi hanya memaparkan Islam sebagai agama yang bersifat menghukum memandangkan tidak ramai orang Islam yang berani mempersoalkan, mencabar bahkan membincangkannya hal-hal keagamaan, meskipun mereka mencurigai ajaran yang kelihatan tidak adil dan tidak kena dengan peredaran zaman dan keadaan,” kata kumpulan berkenaan.

SIS turut mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakob bahawa undang-undang itu bukan semata-mata menghukum tetapi bertujuan memberi kesedaran kepada pesalah syariah untuk menepati perintah agama dan menjadikan syariat Islam sebagai panduan kehidupan.

“Apa maksud sebenar restoratif dan retributif dalam konteks ini?

“Meskipun ada dinyatakan untuk melakukan perkhidmatan sosial bagi pesalah remaja di bawah pemantauan imam masjid, apa pemahaman di sebalik restoratif dan retributif untuk tindakan yang dianggap jenayah di bawah Kanun Jenayah Syariah ini dan bagaimana ia akan dicapai dalam pembentangan Akta 355 yang semakin hampir?” soalnya.

Akta 355 merujuk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. PAS memperjuangkan untuk meminda undang-undang itu bagi membenarkan mahkamah syariah mengadakan hukuman lebih berat sehingga 30 tahun penjara, RM100,000 denda dan 100 kali sebatan.

Had semasa di bawah Akta 355 adalah penjara tiga tahun, RM5,000 denda, dan enam kali sebatan.

Pindaan yang dicadangkan itu dilihat sebagai usaha PAS bergerak ke arah melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/undang-undang-liwat-kelantan-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Sukar Berubah Selagi Isu Kaum Agama Didendang Kata Nazir

Malaysia Sukar Berubah Selagi Isu Kaum Agama Didendang Kata Nazir

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 170 hits
Nazir Razak berkata langkah mencetuskan ketegangan kaum menyekat usaha kumpulan reformis sebelum ini daripada menjadikan pembaharuan yang dirancang kenyataan PETALING JAYA Masyarakat majmuk biasanya sukar untuk diurus menyebabkan isu perkau...
Budaya Prank Tidak Sesuai Apa Kata Sisi Agama Islam

Budaya Prank Tidak Sesuai Apa Kata Sisi Agama Islam

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 284 hits
kredit https cdn2 vectorstock com Assalamualaikum dan selamat pagi semua Mutahir ini ramai kita mengetahui budaya prank ini semakin sensasi sama ada di platform Youtube atau Aplikasi Tiktok Baru baru ini ada seorang youtuber membuat satu pr...
Selepas Kontroversi Timah Kerajaan Tidak Benarkan Sebarang Produk Sentuh Sensitiviti Agama Kata Tuan Ibrahim

Selepas Kontroversi Timah Kerajaan Tidak Benarkan Sebarang Produk Sentuh Sensitiviti Agama Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 248 hits
PETALING JAYA Jemaah Menteri dikatakan bersetuju untuk tidak membenarkan pengeluaran sebarang produk yang menimbulkan keresahan rakyat dalam konteks agama dan bangsa Ia adalah respon kerajaan kepada kontroversi jenama wiski buatan tempatan ...
Tukar Agama Majlis Ulama Indonesia Mohon Sukmawati Tidak Hina Islam

Tukar Agama Majlis Ulama Indonesia Mohon Sukmawati Tidak Hina Islam

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 265 hits
Sukmawati memeluk agama Hindu Rabu lalu sempena ulang tahunnya yang ke 70 Suara com JAKARTA Majlis Ulama Indonesia meminta anak perempuan Presiden pertama Indonesia Diah Sukmawati Soekarnoputri untuk tidak menghina atau mencerca agama Islam...
Kes Tapak Pembuangan Sampah Haram Selangor Turun Kata Exco

Kes Tapak Pembuangan Sampah Haram Selangor Turun Kata Exco

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 361 hits
Akta akta sedia ada dan tindakan penguatkuasaan oleh PBT di Selangor didapati memadai buat masa ini untuk menangani isu tempat pembuangan sampah haram menurut Ng Sze Han SHAH ALAM Statistik daripada Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan kes b...
Hsr Kl Johor Akan Bawa Kerugian Besar Kata Pakar

Hsr Kl Johor Akan Bawa Kerugian Besar Kata Pakar

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 185 hits
Kajian mengenai projek HSR Kuala Lumpur Johor telah selesai dan akan diserahkan kepada Jemaah Menteri menurut kerajaan PETALING JAYA Seorang pakar pengangkutan menjangkakan kerugian besar dalam jangka panjang jika Projek Rel Berkelajuan Tin...
Sajat Hanya Lapor Dia Dikasari Bukan Diraba Kata Polis

Sajat Hanya Lapor Dia Dikasari Bukan Diraba Kata Polis

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 279 hits
Nur Sajat memberitahu New York Times kejadian itu disaksikan ibunya sendiri yang menegur dan mempertikaikan perbuatan berkenaan oleh seseorang yang sepatutnya alim PETALING JAYA Usahawan kosmetik Nur Sajat tidak membuat laporan polis mengen...
Antivaksin Serang Kerajaan Puad Kata Pelajar Meninggal Setelah Divaksin

Antivaksin Serang Kerajaan Puad Kata Pelajar Meninggal Setelah Divaksin

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 307 hits
AGENDA DAILY Tangkap layar kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi di Facebook beliau dan ulasan warganet Kumpulan antivaksin Covid 19 hari ini mengambil kesempatan menyerang kerajaan terutama Kementerian Kesihatan susulan ...
Noktah Tiada Kerjasama Kata Zahid Kepada Bersatu

Noktah Tiada Kerjasama Kata Zahid Kepada Bersatu

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 182 hits
AGENDA DAILY Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi UMNO telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan komponen Perikatan Nasional termasuk PAS dan Gerakan dalam mana mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri M...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp