Malaysia Sukar Berubah Selagi Isu Kaum Agama Didendang Kata Nazir


Imran AriffNazir Razak berkata langkah mencetuskan ketegangan kaum menyekat usaha kumpulan reformis sebelum ini daripada menjadikan pembaharuan yang dirancang kenyataan.PETALING JAYA: Masyarakat majmuk biasanya “sukar untuk diurus” menyebabkan isu perkauman mencemari pelbagai isu lain dan langkah ke arah pembaharuan, kata bekas Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir Razak.
Nazir berkata, masalah berkaitan perkauman dan agama yang menghalang inisiatif pembaharuan tidak unik kepada Malaysia tetapi merupakan cabaran yang ditempuh oleh banyak negara demokrasi baharu yang lain.
“Apa yang kita lihat dalam masyarakat majmuk di seluruh dunia ialah apabila demokrasi cuba berkembang, ia berdepan kesukaran kerana setiap pembaharuan dan penambahbaikan akan diserang oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu dan menjadi efektif kerana diselitkan ke dalamnya naratif berkaitan bangsa dan agama.
“Kita melihat perkara ini dalam cadangan Najib (Najib Razak) untuk mewujudkan langkah afirmatif berdasarkan keperluan pada 2009. Ia adalah langkah besar tetapi terkubur sejak awal lagi,” katanya yang merujuk inisiatif dasar diperkenalkan oleh abangnya Najib ketika menjadi Perdana Menteri.
“Kemudian kita mempunyai pembaharuan yang lebih lunak di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), iaitu (pengiktirafan) UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu Sekolah Persendirian Cina), dan anda ada kemahuan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) misalnya, yang dilihat sebagai pembaharuan yang agak lunak tetapi tidak dapat dilakukan susulan ia diserang disebabkan satu komuniti percaya mereka tidak mendapat kelebihan.”
Beliau berkata, langkah mencetuskan ketegangan kaum menyekat usaha kumpulan reformis sebelum ini daripada menjadikan pembaharuan yang dirancang kenyataan.
“Jika anda masih ingat pada awal pentadbirannya, Najib merupakan Perdana Menteri yang membawa transformasi. Apabila Mahathir 2.0 mentadbir, mereka juga mempunyai senarai pembaharuan yang panjang dalam manifesto PH.
“Malah Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) juga pada awalnya adalah Perdana Menteri reformis.
“Sistem kita terbina untuk menolak pembaharuan. Ahli politik pada asasnya akan bertindak mengikut sistem insentif mereka. Apakah sistem insentif mereka hari ini? Ia berpunca daripada sistem pilihan raya. Cuba lihat sempadan kawasan pilihan raya kita dan bagaimana ia dibentuk yang mendorong tingkah laku ahli politik”
Beliau berkata, sesetengah kawasan pilihan raya dengan hampir 90% pengundinya terdiri daripada satu kumpulan kaum, maka sudah tentu seseorang ahli politik akan bertindak mengikut kehendak pengundi di situ.
Nazir berkata, mungkinkah terdapat cara yang lebih baik untuk melakukan pembaharuan yang diperlukan oleh negara dalam situasi politik semasa ini.
“Dalam situasi seperti ini, saya fikir jalan terbaik ialah mengetengahkan semua cadangan pembaharuan secara terbuka dan mengadakan rundingan antara pelbagai kumpulan.
“’OK, mari kita perkenalkan perkara ini yang akan memberi manfaat kepada anda, tetapi perkenalkan ini juga perkara yang akan memanfaatkan kita semua. Kemudian wujudkan penyelesaian kompromi yang baik untuk semua.
“Inilah yang berlaku pada 1970 dan saya rasa kita perlukannya sekarang untuk membina semula negara ini.”
Beliau mencadangkan penubuhan majlis perundingan yang dinamakannya Perhimpunan Malaysia Lebih Baik (Better Malaysia Assembly) yang terdiri daripada kumpulan masyarakat luas termasuk orang awam dalam usaha menggerakkan pembaharuan.
Majlis ini menyerupai Majlis Perundingan Negara yang diwujudkan pada 1971 susulan rusuhan kaum yang berlaku pada 1969 yang merangka dasar dan program baharu untuk meredakan ketegangan kaum dan membantu negara berkembang pada tahun-tahun berikutnya.
“Kita perlu mempunyai proses yang membabitkan semua golongan. Saya cadangkan kerajaan, pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama berbincang untuk memilih individu sesuai bagi menganggotai perhimpunan. Saya ingin melihat ia dianggotai semua lapisan masyarakat, bukan hanya golongan cendekiawan.
“Saya ingin melihat majoriti besar rakyat Malaysia memandang tinggi majlis ini dan berkata, ‘OK, sekurang-kurangnya terdapat satu atau dua orang yang saya hormati dan percaya serta berasa diri saya juga termasuk dalam proses itu.”
Beliau berkata, bentuk demokrasi musyawarah inklusif telah pun dilihat di tempat seperti Ireland di mana orang ramai turut menyertai perbincangan mengenai isu-isu yang akhirnya membawa kepada referendum bersejarah yang membenarkan pengguguran kandungan di negara Katolik itu.
Katanya, demokrasi perwakilan yang diamalkan di Malaysia mesti dipersoalkan kerana terdapat kelemahan dalam sistem yang menyaksikan seorang wakil rakyat ditugaskan untuk mengundi atas kepentingan keseluruhan pengundi yang mereka wakili.
“Dalam versi demokrasi perwakilan kita, jika saya mengundi anda untuk tempoh lima tahun lagi, maka anda akan mengundi bagi pihak saya untuk semua perkara.”
“Namun pada hakikatnya, untuk tempoh lima tahun akan datang anda akan mengundi mengikut kehendak whip parti atau menurut apa yang anda perlu lakukan untuk pilihan raya akan datang. Terdapat kelemahan dalam sistem itu.
“Sistem yang kita warisi sejak 1957 ini adalah kerana kita adalah koloni British dan tidak ada sebab atau alasan mengapa kita perlukan sistem ini.
“Pada waktu dulu, orang British menyangkakan sistem mereka adalah terbaik tetapi adakah ia sesuai untuk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, sejarah kita dan lain-lain? Saya rasa sudah tiba masanya kita merenungkan persoalan seperti ini.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/malaysia-sukar-berubah-selagi-isu-kaum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Tetap Berjalan Walau Ph Cabar Isu Pembubaran Dun Ke Mahkamah Kata Ab Rauf

Prn Melaka Tetap Berjalan Walau Ph Cabar Isu Pembubaran Dun Ke Mahkamah Kata Ab Rauf

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 171 hits
Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh berkata PH selaku pihak yang tidak berpuas hati mempunyai hak untuk memfailkan kes berkenaan namun PRN Melaka tetap berlangsung seperti diumumkan SPR PETALING JAYA Walaupun Pakatan Harapan Melaka mencabar kep...
5g Di Malaysia Apalah Yang Akan Berubah

5g Di Malaysia Apalah Yang Akan Berubah

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 296 hits
Gambar dari CGTN Ini hanyalah pendapat saya sahaja Seringkali saya mengambil pendekatan bersikap optimis untuk segala sesuatu Satu masa dulu ada kawan pernah beritahu tidak mungkin akan wujud bateri telefon pintar melebihi 3000mAh dan kini ...
Isu Timah Negara Perlu Dasar Arak Untuk Lindungi Sensitiviti Umat Islam Kata Mujahid

Isu Timah Negara Perlu Dasar Arak Untuk Lindungi Sensitiviti Umat Islam Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 198 hits
Mujahid Yusof Rawa berkata pengajaran daripada isu arak berjenama Timah ialah perlu ada ketegasan pemerintah memelihara nama baik Islam dan kedudukannya dalam negaraPETALING JAYA Seorang pemimpin tertinggi Amanah berkata sensitiviti umat pe...
Peranan Pas Diambil Kira Isu Iktiraf Taliban Sebagai Kerajaan Afghanistan Kata Timbalan Menteri

Peranan Pas Diambil Kira Isu Iktiraf Taliban Sebagai Kerajaan Afghanistan Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 206 hits
Kamarudin berkata negara ini berpendirian bahawa sebarang perubahan politik dalaman Afghanistan perlu berpaksikan kepentingan para pemegang taruh serta aspirasi rakyatnya sendiri KUALA LUMPUR Kerajaan akan membuat keputusan bersama antara p...
Dua Isu Paling Bodoh Berkaitan Internet Yang Jadi Kat Malaysia

Dua Isu Paling Bodoh Berkaitan Internet Yang Jadi Kat Malaysia

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 198 hits
HALIM RAHMAN1 Isu Kabotaj Polisi ini asalnya membenarkan kapal asing untuk baiki kabel bawah laut dalam perairan Malaysia tapi polisi ni dibatalkan oleh Menteri Wee Ka Siong Kiranya Wee Ka Siong ni nak hanya kapal yang berdaftar kat Malaysi...
Saya Jadi Kambing Hitam Bahan Politik Dan Agama Di Malaysia Dakwa Sajat

Saya Jadi Kambing Hitam Bahan Politik Dan Agama Di Malaysia Dakwa Sajat

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 205 hits
October 25 2021 Nur Sajat berkata tindakannya melarikan diri ke Australia adalah keputusan terakhir selepas merasakan dirinya tidak selamat dan tertekan PETALING JAYA Usahawan kosmetik buruan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mend...
Marah Betul Netizen Indonesia Apabila Ratu Cantik Malaysia Kata Batik Berasal Dari Malaysia

Marah Betul Netizen Indonesia Apabila Ratu Cantik Malaysia Kata Batik Berasal Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 284 hits
Marah Betul Netizen Indonesia Apabila Ratu Cantik Malaysia Kata Batik Berasal Dari Malaysia JAKARTA Nama peserta pertandingan ratu cantik Miss World Malaysia Lavanya Sivaji sedang hangat diperkatakan oleh netizen dari Indonesia selepas wani...
Selepas Kontroversi Timah Kerajaan Tidak Benarkan Sebarang Produk Sentuh Sensitiviti Agama Kata Tuan Ibrahim

Selepas Kontroversi Timah Kerajaan Tidak Benarkan Sebarang Produk Sentuh Sensitiviti Agama Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 212 hits
PETALING JAYA Jemaah Menteri dikatakan bersetuju untuk tidak membenarkan pengeluaran sebarang produk yang menimbulkan keresahan rakyat dalam konteks agama dan bangsa Ia adalah respon kerajaan kepada kontroversi jenama wiski buatan tempatan ...
Jalan Penghubung Bandar Utama Di Pahang Perlu Dinaiktaraf

Jom Melabur Dalam Amanah Hartanah Bumiputera

Terengganu Fc Umum Harga Tiket Agarbomb Performance Cup 2024

Ocrevus Transforming Multiple Sclerosis Treatment Landscape In Malaysia

Iran S Assault On Israel Mixes Appreciation Among Gaza Palestinians

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cops Fire 5 Shots During 70km Car Chase Near Baling

I Was Never Arrested Merely Barred From Overseas Travel Ex Src Director



10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton


Artis Cahaya Manis Music Duruk Ngabang Chord

Yoursay Time And Patience Running Out For Anwar

Put Targeted Subsidy Plan In Place Quickly To Combat Diesel Smuggling Govt Urged

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Koleksi Video Melawat Taiping 2024

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd