Antivaksin Serang Kerajaan Puad Kata Pelajar Meninggal Setelah Divaksin


AGENDA DAILY
Tangkap layar kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi di Facebook beliau dan ulasan warganet.
Kumpulan antivaksin Covid-19 hari ini mengambil kesempatan menyerang kerajaan, terutama Kementerian Kesihatan (KKM), susulan tindakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dari Johor mendakwa seorang pelajar meninggal dunia setelah menerima dos pertama vaksin Covid-19.
Datuk Puad Zarkashi memuat naik hantaran dalam Facebook beliau ketika menziarahi keluarga Allahyarham Siti Nurhayati Nabilah Abdullah, 14 tahun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kolam Air, Batu Pahat.
“Menziarahi keluarga Allahyarhamah adik Siti Nurhayati Nabilah Abdullah 14 tahun yang meninggal dunia setelah menerima dos pertama vaksin COVID 19.
“Diharap KKM mengeluarkan keputusan post-mortem dengan telus dan segera. Allahyarhamah adalah pelajar di SMK Kolam Air Batu Pahat,” kata Puad dalam kiriman jam 1.56 petang tadi.
Sehingga berita ini ditulis, hantaran beliau mendapat 360 ulasan dan 317 perkongsian warganet.
Dalam komen mereka, ramai warganet mengecam kerajaan, KKM dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung langkah pemberian vaksin kepada remaja.
Malah, ada juga warganet yang menasihatkan ibu bapa yang lain supaya tidak membenarkan anak-anak mereka menerima suntikan vaksin Covid-19.Ada juga warganet yang membuat andaian sudah mengetahui apa jawapan yang akan diberikan oleh KKM berhubung kematian pelajar itu.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dilancarkan sejak 20 September lalu membabitkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, menyusul PICK individu berusia 18 tahun ke atas.
Sehingga semalam, 43.4 peratus atau 1,367,216 remaja telah lengkap divaksin, manakala 80.2 peratus atau 2,524,156 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos daripada vaksin dua dos.
Sebelum ini, kumpulan antivaksin melancarkan serangan terhadap kerajaan, termasuk menyebarkan maklumat palsu mendakwa ada pelajar dan guru yang meninggal dunia akibat suntikan vaksin Covid-19.
Susulan itu KKM membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan ke atas kumpulan dan individu yang menyebarkan maklumat tidak betul mengenai vaksin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/antivaksin-serang-kerajaan-puad-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Mat Kata Naikkan Bersatu Dalam Kerajaan Satu Kesilapan

Tok Mat Kata Naikkan Bersatu Dalam Kerajaan Satu Kesilapan

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 255 hits
malaysiamerdeka comPemilihan Perdana Menteri ketika awal penubuhan kerajaan Perikatan Nasional dahulu adalah suatu kesilapan apatah lagi individu tersebut adalah pemimpin daripada parti yang ingin menjatuhkan UMNO kata Timbalan Presiden Dat...
Enggan Terima Suntikan Kerajaan Akan Terus Susahkan Hidup Antivaksin Khairy Jamaluddin

Enggan Terima Suntikan Kerajaan Akan Terus Susahkan Hidup Antivaksin Khairy Jamaluddin

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 381 hits
Kementerian Kesihatan menegaskan tidak akan memberi muka kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih keputusan untuk tidak menerima suntikan vaksin Covid 19 Menurut laporan Astro Awani Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkat...
Laporan Ketua Audit Negara 2020 Mengesahkan Status Kerajaan Gagal Pn Bn Kata Razak

Laporan Ketua Audit Negara 2020 Mengesahkan Status Kerajaan Gagal Pn Bn Kata Razak

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 237 hits
Merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2020 mengenai penyata kewangan Kerajaan Persekutuan serta pengauditan pematuhan kementerian dan jabatan persekutuan yang dibentangkan hari ini jelas menunjukkan ketidakcekapan kerajaan dalam menguru...
Lawak Bodo Pengat Taik Lebai Pas Kata Kalau Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Da

Lawak Bodo Pengat Taik Lebai Pas Kata Kalau Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Da

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 291 hits
Biarlah isu arak atau judi yang penting Dap jangan perintah Berapa kerusi Dap bertanding lebai Walaun diperbodohkan
Umno Tak Mampu Tangkis Serang Balas Penyandang Kata Penganalisis

Umno Tak Mampu Tangkis Serang Balas Penyandang Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 171 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam dilema sama ada memilih untuk dilihat lemah mengambil tindakan atau terpaksa kekalkan kestabilan partinya menurut penganalisis PETALING JAYA Umno tidak mampu menangkis serangan balas penyandang kerusi ...
Remaja 14 Tahun Meninggal Dunia Selepas Divaksin Ada Ketumbuhan Di Ovari

Remaja 14 Tahun Meninggal Dunia Selepas Divaksin Ada Ketumbuhan Di Ovari

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 395 hits
Datuk Dr Aman Rabu JOHOR BAHRU Laporan bedah siasat terhadap seorang remaja berusia 14 tahun yang meninggal dunia pada 8 Oktober lepas setelah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID 19 mendapati remaja berkenaan mempunyai ketumbuhan di ...
Ugut Antivaksin Ini Jawapan Balas Ds Anuar Ibrahim Kepada Kerajaan

Ugut Antivaksin Ini Jawapan Balas Ds Anuar Ibrahim Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 206 hits
RAWANG Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kaedah digunakan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggunakan ugutan dan menghukum golongan antivaksin sebagai cara yang sombong
Peranan Pas Diambil Kira Isu Iktiraf Taliban Sebagai Kerajaan Afghanistan Kata Timbalan Menteri

Peranan Pas Diambil Kira Isu Iktiraf Taliban Sebagai Kerajaan Afghanistan Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 327 hits
Kamarudin berkata negara ini berpendirian bahawa sebarang perubahan politik dalaman Afghanistan perlu berpaksikan kepentingan para pemegang taruh serta aspirasi rakyatnya sendiri KUALA LUMPUR Kerajaan akan membuat keputusan bersama antara p...
Ugut Antivaksin Saya Harus Tegas Panggillah Saya Dajjal Atau Apa Saja Kata Kj

Ugut Antivaksin Saya Harus Tegas Panggillah Saya Dajjal Atau Apa Saja Kata Kj

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 295 hits
Kerajaan sudah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid 19 dari awal lagi kata Khairy Jamaluddin PETALING JAYA Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membidas Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa kerajaan mengguna...
Tips Menang Di Gudangtoto

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Tiong Orders Pullout From Sibu Association Over Interference By Politician

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rezeki Tahun Ini

Filem Martabat Misi Berdarah

Lepak Mengopi Beramai Ramai Di Koffie Jln Mentol

Nak Ketupat Tahan Sampai Esok Elak 6 Kesilapan Ini Waktu Masak

Pasaran Menyedari Bahawa Wang Bukan Segalanya

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan