Unboxing Hadiah Althea Menang Peraduan 12 Days Of Christmas Di Facebook
hi there, hari tu tetiba Althea PM mrs pip di FB ... yeah, mrs pip menang salah satu peraduan yang Althea anjurkan sempena 12 Days of Christmas ... mrs pip menang hadiah untuk Day 10. ekceli, kalau korang perasan, banyak tau website / IG / FB yang anjurkan 12 Days of Christmas ni, ikut luck la juga , nak menang memang susah coz ramai yang join ...
alhamdulillah, tak sangka pula menang dari Facebook Althea untuk Day 10... so jomlah kita unboxing apalah barang yang mrs pip menang tu kan ...
tada! inilah barangan yang mrs pip dapat ... cute cute semua barang ni, tak try lagi ... once dah cuba, insya allah (kalau mood extra rajin) mrs pip buat review ya ..
mrs pip dapat barangan keluaran Prreti: iaitu Perfect Clean Cleansing Tissues , Be Moist Moisturizing Eye Stick dan juga Honey & Berry Lip Sleeping Mask
Perfect Clean Cleansing Tissues
kalau korang yang tak sempat nak buat deep cleansing, tapi make up kena tukar or nak bersihkan make up, bolehlah guna Perfect Clean Cleansing Tissues ni, satu packet ni ada 30 helai dan berharga RM5.00 , nak tahu lebih lanjut boleh klik link produk di sini.
Be Moist Moisturizing Eye Stick
Be Moist Moisturizing Eye Stick ni selain untuk digunakan di kawasan sekitar mata, ianya juga merupakan MULTI-USE BALM yang boleh digunakan di kawasan kulit yang mudah kering seperti di bibir, siku, lutut, dan kawasan kutikel untuk memastikan kulit kekal lembap.
satu eye stick ni berharga RM14.00 , dan nak tahu lebih lanjut, boleh klik link produk di sini
Honey & Berry Lip Sleeping Mask
dan Honey & Berry Lip Sleeping Mask ni pula untuk perawatan bibir dengan bahan utamanya ialah ekstrak madu, ekstrak strawberry dan minyak biji macadamia
nak guna pun sangat mudah, hanya dengan menyapu lip sleeping mask ni di bibir dan biarkannya semalaman dan cuci keesokannya ketika bangun pagi.
harga untuk satu mask ni ialah RM9.00 dan nak tahu lebih lanjut megenainya, boleh klik link di sini ..
thanks Althea for choosing me as the winner !
yeah, ok jom stay beautiful.
cheers.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2019/02/unboxing-hadiah-althea-menang-peraduan.html