Pengawal Keselamatan Menang Kes Tuntut Gaji Minimum Yang Tidak Dibayar


KEPALA BATAS, PULAU PINANG – 24 JANUARI 2019: Jabatan Tenaga Kerja Butterworth telah memutuskan dan mengeluarkan perintah pada hari ini kepada sebuah syarikat kawalan keselamatan supaya membayar seorang bekas pekerjanya semua tunggakan gajinya yang tidak dibayar mengikut kadar gaji minimum.


Pekerja kawalan keselamatan berkenaan, Mohana Dass, telah bekerja di syarikat Rapid Security Sdn Bhd untuk 9 bulan, dari bulan Disember 2017 hingga September 2018. Namun, sepanjang Mohana bekerja di situ, syarikat tersebut hanya membayar gaji pokoknya RM700 sebulan, jauh berkurangan berbanding untuk kadar gaji minimum RM 1,000 sebulan yang ditetapkan dalam Perintah Gaji Minimum 2016. Oleh sebab pengiraan untuk gaji pokok sudahpun salah, maka pengiraan untuk bayaran kerja lebih masa (OT) juga menggunakan kadar gaji yang salah.

Mohana Dass telah mengemukakan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja Butterworth untuk gaji minimum yang tidak dibayar oleh majikannya setelah berhenti kerja pada bulan September 2018. Jumlah tuntutan Mohana Dass lebih RM 4,000. Dalam satu sesi runding damai yang diadakan pada 23 Oktober 2018, pihak majikan pada awalnya hanya menawarkan RM 680 untuk penyelesaian, dan setelah berunding hanya dinaikkan kepada RM2,000. Namun, apa yang dituntut pekerja ini bukannya sagu hati atau sesuatu yang berlebihan, sebaliknya apa yang sepatutnya dibayar kepadanya atas pengorbanan masanya untuk melakukan kerja tersebut. Mohana Das telah bertegas untuk menuntut bayaran yang sepatutnya maka kes diteruskan kepada proses pendengaran Mahkamah Buruh.

Kes ini telah didengar di Mahkamah Buruh Butterworth pada 24 November 2018, dan keputusan dibuat pada hari ini. Ketua Pengarah Tenaga Kerja Butterworth, Zarina binti Abd Aziz, telah mengarahkan syarikat Rapid Security Sdn Bhd untuk membayar sebanyak RM 4,314.72 kepada Mohana Dass. Bayaran tersebut termasuk gaji minimum yang tidak dibayar dari bulan Disember 2017 hingga Ogos 2018, baki gaji bulan September (14 hari), tambahan dengan gaji kerja lebih masa, gaji kerja hari rehat mingguan, gaji kerja lebih masa mingguan, gaji cuti am dan gaji kerja lebih masa pada cuti am, di mana semuanya tidak dikira mengikut kadar gaji minimum yang betul sebelum ini.

Pihak pekerja dalam kes ini diwakili secara pro bono oleh peguam Arafas Abdul Razak, yang juga merupakan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/01/pengawal-keselamatan-menang-kes-tuntut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sembilan Bulan Gaji Tak Dibayar Pemain Bola Sepak Terpaksa Jadi Nelayan

Sembilan Bulan Gaji Tak Dibayar Pemain Bola Sepak Terpaksa Jadi Nelayan

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 502 hits
SERAMAI 27 pemain bola sepak Negeri Perlis dilaporkan terpaksa menjadi nelayan dan kerani sementara sebahagian lagi melakukan kerja mencuci kereta untuk meneruskan hidup gara gara gaji tertunggak selama 9 bulan Pasukan Perlis yang beraksi d...
Pemain Belia Sabah U19 Belum Dibayar Gaji

Pemain Belia Sabah U19 Belum Dibayar Gaji

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 761 hits
Pasukan Belia Sabah U19 tahun 2018 belum dibayar gaji menurut bekas staf kejurulatihan yang dekat dengan SAFA yang sekarang ini telah dipecat Presiden SAFA yang baru Datuk Peter Anthony telah dituntut untuk melangsaikan isu tunggakan gaji p...
Jtk Majikan Di Negeri Sabah Digesa Patuhi Perintah Gaji Minimum

Jtk Majikan Di Negeri Sabah Digesa Patuhi Perintah Gaji Minimum

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 274 hits
KOTA KINABALU Jabatan Tenaga Kerja Sabah menggesa semua majikan di negeri ini mematuhi pelaksanaan kadar gaji minimum yang diseragamkan di seluruh negara iaitu sebanyak RM1 100 atau RM5 29 sejam yang berkuat kuasa pada 1 Januari lepas Penga...
Tunggakan Gaji Dibayar 7 Mac Depan

Tunggakan Gaji Dibayar 7 Mac Depan

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 379 hits
KEMELUT antara Persatuan Bola Sepak Perlis dan pemain selesai apabila kedua dua pihak mencapai kata sepakat dalam pertemuan tertutup semalam Presiden PFA Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata tunggakan gaji pemain akan dibayar sele...
Batin Yang Tidak Sokong Pakatan Harapan Tidak Akan Dibayar Gaji

Batin Yang Tidak Sokong Pakatan Harapan Tidak Akan Dibayar Gaji

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 393 hits
Batin yang tidak sokong Pakatan Harapan tidak akan dibayar gaji kata Bob Manolan dari PKR
80 Peratus Tunggakan Gaji Ditanggung Fap Selesai Dibayar

80 Peratus Tunggakan Gaji Ditanggung Fap Selesai Dibayar

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 462 hits
MALAYSIAKINI Kemelut tunggakan gaji yang melanda Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang membabitkan pemain dan pegawai badan itu selesai 80 peratus kata presidennya Dr Amar Pritpal Abdullah Beliau juga menyifatkan kerajaan negeri begitu komited ...
Pengawal Keselamatan Direman Curi 28 Unit Tv Led Milik Majikan

Pengawal Keselamatan Direman Curi 28 Unit Tv Led Milik Majikan

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 478 hits
Thaiveegan berkata suspek berjaya menjual sebanyak enam unit televisyen pada harga di antara RM1 000 dan RM2 000 Astro AWANINIBONG TEBAL Empat pengawal keselamatan ditahan polis selepas dipercayai mencuri 28 unit televisyen LED model LG dar...
Plug Kosong Pada Dinding Ini Rupanya Penting Untuk Pengawal Keselamatan

Plug Kosong Pada Dinding Ini Rupanya Penting Untuk Pengawal Keselamatan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 328 hits
Pernahkah anda melihat plug kosong pada dinding bangunan seperti ini Jika ya mungkin ada diantara kita yang menganggap ia adalah plug biasa yang mungkin tidak digunakan namun ia sebenarnya amat penting buat pengawal keselamatan Dikenali seb...
Ribuan Muslim Tuntut Nike Tarik Peredaran Sepatu Berlogo Mirip Lafaz Allah

Ribuan Muslim Tuntut Nike Tarik Peredaran Sepatu Berlogo Mirip Lafaz Allah

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 243 hits
Seorang pemakai sepatu Nike Saiqa Noreen membuat petisi itu di laman Change org dua pekan lalu
Mcdonalds Malaysia Sumbang Bilik Sensori Untuk Kanak Kanak Oku Di Perlis

Ex Boss Datang Rumah

Jadual Sekolah Berubah Sepanjang Ramadan Sesi Petang Tamat Lebih Awal Kpm

Elak Dan Rawatan Dengan Makan Minum Yang Halalan Toiyibban Adalah Asas Utama

Minum Petang Dengan Cekodok Resepi Emak

World S First Tri Fold Phone Huawei Mate Xt Ultimate Design Makes Its Grans Debut In Malaysia

Pengalaman Pembedahan Kanser Lipoma

Tapaulah Launches Website And New Lunchbox Series


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


Kari Ikan Mudah Resepi Kari Ikan Bawal Paling Padu

China Matahari Terbit Di Jade Dragon Snow Mountain

Afc Champions League Match Results Jdt Vs Pohang 18 February 2025

Elevate Your Workplace Efficiency With The Revolutionary Tablet Huawei Matepad Pro 13 2

Kanser Tahap Akhir Sembuh Sepenuhnya

Tiga Maut Berhampiran Resort Air Panas Kepekatan Tinggi Gas Toksik