Umno Yakin Pas Tidak Akan Paksanya Terima Bersatu

Naib  Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa parti itu tidak  boleh dipaksa untuk menerima Bersatu sebagai rakan politik.
Justeru,  Khaled mengingatkan rakan sekutunya, dalam Muafakat Nasional (MN),  iaitu PAS supaya memahami dan menghormati kedudukan Umno dalam hubungan  dengan parti serpihan berkenaan.
"Umno sangat menghargai  setiakawan PAS dan kerjasama keduanya telah banyak membuahkan kebaikan  kepada politik Melayu Islam di Malaysia.
"Walaupun PAS menyertai Perikatan Nasional (PN), Umno tidak menghalangnya kerana Umno memahami dan menghormati kedudukan PAS.
"Lagipun  piagam MN tidak pernah menghalang PAS bekerjsama dengan sesiapa pun.  Maka demikian juga yang Umno harapkan dari PAS tentang hubungan Umno  dengan Bersatu.
 "Umno  yakin PAS tidak akan memaksa Umno untuk menerima Bersatu. Umno juga  tidak mahu dipaksa menerima sesiapa untuk menjadi rakan politiknya,"  kata Khaled dalam satu kenyataan.
"Hanya jauhari yang mengenal manikam."
Menurut  Khaled, Umno bukan dalam misi memberikan ihsan atau bantuan kepada  sebarang parti untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongan  jenteranya.
"Umno dan PAS mempunyai sinergi yang meyakinkan. Maka sinergi inilah yang mesti dioptimumkan waktu ini.
"Selain PAS, kerjasama Umno dengan parti yang lain adalah berdasarkan formula kemampuan parti tersebut memberikan Umno strategic advantage untuk kebolehmenangan. 
"Umno bukan dalam misi memberikan ihsan kepada mana-mana pihak untuk bernafas dan meraih kemenangan dengan pertolongan Umno. 
"Keutamaan Umno ialah kemenangan berganda dengan kerjasama PAS. Selebihnya, biar Umno akan tentukan jalannya sendiri," katanya.

Khaled  berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN, Annuar  Musa yang dilaporkan sebagai berkata Umno terperangkap dalam superiority complex (kompleks tinggi diri) dan lupa ia tewas pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Kenyataan Annuar itu berkaitan tanggapan Umno tidak dilayan dengan baik dalam kerajaan.
Sehubungan  itu, ramai pemimpin Umno membidas Annuar yang disifatkan bertindak  seolah-olah sebagai jurucakap Bersatu sedangkan dia adalah ahli Majlis  Kerja Tertinggi (MKT) Umno.
Mengulas lanjut, Khaled berkata  kenyataan Annuar yang mendakwa bahawa ‘PAS tidak akan bersama Umno tanpa  Bersatu’ itu sebagai tidak mewakili pendirian parti berkenaan.

“Saya  yakin bahawa kenyataan bahawa ‘PAS tidak akan bersama Umno tanpa  Bersatu’ oleh seorang yang bukan jurucakap PAS, tidak mewakili pendirian  PAS. 
"Ia datang dari seorang yang hanya ingin meyelamatkan Bersatu dan memecah-belahkan Muafakat Nasional,” katanya.
MR :  Setakat ini tak ada isu PAS nak paksa UMNO terima BERSATU, hanya kenyataan Annuar Musa mungkin PAS akan bersama BERSATU pasal PAS dah bersama dengan PN. Isu ini macam sengaja dibesarkan oleh satu puak dalam UMNO dan setakat ini pemipin PAS tak ulas perkara ini hanya dibesarkan puak terpinggir dalam UMNO dan dimainkan oleh media PH
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/umno-yakin-pas-tidak-akan-paksanya.html