Zahid Harap Bersatu Pas Beri Laluan Pada Umno Di Gerik


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 5:04 pm
Ahmad Zahid Hamidi
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berharap Bersatu dan PAS akan memberi laluan kepada calon partinya pada PRK Parlimen Gerik yang dijadualkan berlangsung Januari tahun depan.

Katanya, sokongan Bersatu dan PAS perlu untuk memberi kemenangan di kerusi kubu kuat Umno itu.

"Memandangkan ketika ini kita menghadapi pandemik Covid-19, seharusnya semua pihak termasuk pembangkang perlu mengelakkan pertandingan dalam pilihan raya kecil tersebut sekali gus memberi kemenangan kepada calon Umno," katanya, lapor Bernama.

Ahmad Zahid juga berkata BN akan meletakkan calon tempatan kerana individu itu lebih mengenali dan memahami permasalahan setempat serta kehidupan masyarakat di kawasan berkenaan.

Jelasnya, urusan pemilihan calon diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Saarani Mohamad yang akan mengadakan perbincangan bersama Umno Bahagian Gerik.

"Kita akan memilih yang terbaik dalam kalangan calon terbaik. Kita akan senarai pendek nama-nama itu apabila Umno Bahagian Gerik mengemukakannya kepada Badan Perhubungan Umno Negeri seterusnya mengemukakan (calon) kepada saya selaku Pengerusi BN untuk kita muktamadkan," katanya lagi.

PRK Gerik diadakan susulan penyandangnya Hasbullah Osman (gambar, bawah) meninggal dunia pada 16 November lalu akibat sakit jantung.
Sehari selepas pemergian allahyarham, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa semua parti politik supaya mengelak meletak calon dan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada Umno.

Kata Lim, ini bagi mengekang risiko penularan wabak Covid-19 semasa pilihan raya kecil.

“Pemergian Hasbullah mengundang satu lagi pilihan raya kecil dalam 60 hari, yang boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan awam ketika Malaysia berada di tengah-tengah lonjakan tinggi jangkitan Covid-19.

“Sebagai pengiktirafan khidmat beliau dan bahawa Malaysia berada dalam gelombang ketiga jangkitan Covid-19 yang teruk, seharusnya tidak ada pertandingan dalam pilihan raya kecil oleh parti-parti untuk melawan Umno,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, Zahid pada hari ini juga dilaporkan berkata darurat mungkin tidak akan diisytiharkan di Gerik bagi menangguhkan pilihan raya kecil itu kerana Gerik berada di zon hijau Covid-19.

Pada PRU14, Hasbullah menewaskan calon PAS Mohd Dahalan Ismail dan calon Bersatu Ibrahim Mohd Hanafiah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/zahid-harap-bersatu-pas-beri-laluan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Report Umno Pas And Bersatu Must Present United Front To Avoid Three Cornered Fights In Ge15 Says Tuan Ibrahim

Report Umno Pas And Bersatu Must Present United Front To Avoid Three Cornered Fights In Ge15 Says Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 349 hits
Environment and Water Minister Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man speaks during a press conference in Putrajaya September 14 2020 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Nov 22 Umno PAS and Bersatu must present a united front at the next general elec...
Umno Tak Perlu Gentar Dengan Ugutan Pas Dan Bersatu

Umno Tak Perlu Gentar Dengan Ugutan Pas Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 380 hits
Pertama kerana parti mereka ciput Kedua di belakang UMNO adalah PKR dan DAP kerusi terbanyak Bergabung jadi pakatan 2 3 bermajoriti WSRISAN AMANAH dan PGSarswak pasti akan ikut Semua kes selesai Kalau itu pun tak pandai elok berhenti berpol...
Umno Yakin Pas Tidak Akan Paksanya Terima Bersatu

Umno Yakin Pas Tidak Akan Paksanya Terima Bersatu

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 404 hits
Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa parti itu tidak boleh dipaksa untuk menerima Bersatu sebagai rakan politik Justeru Khaled mengingatkan rakan sekutunya dalam Muafakat Nasional iaitu PAS supaya memahami dan menghorm...
Pas Sudah Terikat Dengan Bersatu Atau Bersama Dengan Umno Dalam Mn

Pas Sudah Terikat Dengan Bersatu Atau Bersama Dengan Umno Dalam Mn

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 306 hits
Sementara hubungan UMNO dengan Pas dalam Muafakat Nasional ternampak semakin renggang dan menjauh Bersatu pula kian merapatkan hubungannya dengan parti Islam itu melalui Perikatan Nasional PN yang kini dianggotai Bersatu Pas Star dan Sapp b...
Pas Pulau Pinang Komited Jayakan Kerjasama Dengan Umno Bersatu

Pas Pulau Pinang Komited Jayakan Kerjasama Dengan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 369 hits
GEORGETOWN Pas Pulau Pinang komited dalam mempertahankan kerjasama bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri ini sama ada menerusi Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional Pesuruhjaya Pas negeri Muhammad Fauzi Yusof berkata...
Umno Minta Bersatu Dan Pas Terus Dukung Pn Di Perak

Umno Minta Bersatu Dan Pas Terus Dukung Pn Di Perak

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 417 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 6 18 pmAhmad MaslanKerajaan Perikatan Nasional di Perak mesti dikekalkan kata setiausaha agung Umno Ahmad Maslan Semua exco kerajaan negeri juga mesti diteruskan Umno juga berpendirian bahawa Bersatu dan...
Annuar Musa Jurucakap Bersatu Pas Curang Dakwa Umno

Annuar Musa Jurucakap Bersatu Pas Curang Dakwa Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 431 hits
MALAYSIA DATELINEPenyokong Datuk Seri Najib dalam Umno menyifatkan Tan Sri Annuar Musa sudah menjadi jurucakap Bersatu demi mempertahankan kedudukannya sebagai menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional Dia ni sudah jadi Setiausaha Agung Ber...
Pru15 Pas Tak Kerjasama Dengan Umno Jika Tanpa Bersatu Annuar

Pru15 Pas Tak Kerjasama Dengan Umno Jika Tanpa Bersatu Annuar

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 423 hits
Umno kini tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu seperti rancangan awalnya dahulu menurut setiausaha agung BN Annuar Musa Katanya ini memandangkan PAS bertegas bahawa Umno mesti turut ...
Umno Sedia Berkerjasama Dengan Amanah Jika Pas Bersatu Enggan Sokong Calon Mb

Umno Sedia Berkerjasama Dengan Amanah Jika Pas Bersatu Enggan Sokong Calon Mb

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 437 hits
nbsp SHAH ALAM UMNO Perak bersedia bekerjasama dengan Parti Amanah Negara bagi membentuk kerajaan baharu Perak sekiranya PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia enggan menyokong pencalonan Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu s
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Pau Sambal

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Lapar Awal Pagi Ini

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb