Lebih Baik Ismail Sabri Bincang Bersama Presiden Umno Daripada Menyerang Anwar


 





Serangan tanpa asas yang dibuat oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke atas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh merugikan Umno dalam 'percaturan' politik jangka panjang parti itu.





Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandal Mohd Akin berkata, selaku pemimpin peringkat ketiga tertinggi dalam ranking Umno, Ismail seharusnya tidak mengambil pendirian menyerang atau mempersalahkan Datuk Seri Anwar kononnya cuba memecah belahkan parti Melayu itu dengan 'ungkapan' telah mengadakan rundingan bersama pemimpin tertentu Umno.





"Persoalan saya, kenapa Datuk Seri Ismail perlu mempersalahkan Datuk Seri Anwar? Umno punyai ketuanya dan sewajarnya dalam prinsip organisasi, beliau sebagai Naib Presiden berbincang dengan Presiden beliau dan bukannya meletakkan kesalahan kepada Datuk Seri Anwar.





"Kedua, saya percaya dan yakin bahawa Umno akan lebih kukuh dan bersatu jika tiada pengkhianat, dan tiada pengkhianatan yang dibuai dengan jawatan ekoran kerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (BN).





"Umno juga telah dilemahkan oleh pengkhianat yang bukan sahaja bermaharajalela dalam parti itu tetapi juga parti-parti lain – termasuklah KEADILAN.





"Ahli-ahli Parlimen dipaksa menghentikan sokongan terhadap parti mereka melalui ugutan dan keluar menjadi Ahli Parlimen bebas yang menyokong kerajaan. Segala yang berlaku ini hanya demi kepentingan Bersatu dan Perdana Menteri," kata Shamsul dalam satu kenyataan, hari ini.





Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu lagi, KEADILAN menghargai kebijaksanaan sebahagian besar pemimpin Umno dan kesediaan pimpinan parti itu untuk berunding demi memperbaiki hala tuju politik Malaysia.





Katanya, ramai dari kalangan ahli Umno yang menyedari bahawa parti tersebut ketika ini dibayangi oleh masa lampau yang dilemahkan oleh korupsi, pertembungan dalaman dan ketamakan individu terhadap kuasa.





Oleh itu, ujarnya, tiba masa Umno bergerak ke arah yang lebih relevan dengan perkembangan politik semasa.





"Daripada mencuba menyalahkan Datuk Seri Anwar untuk segala masalah Umno, Datuk Seri Ismail sepatutnya mengakui bahawa sebahagian ahli Umno sedar satu-satunya jalan untuk terus bertahan dan kekal relevan adalah dengan mewujudkan kerjasama dengan parti lain atas dasar nilai yang dikongsi bersama.





"Apakah nilai-nilai tersebut? Nilai tersebut adalah yang selaras dengan aspirasi rakyat didasari perpaduan, demokrasi, kemakmuran bersama dan mewujudkan kerajaan yang menyebarluaskan integriti serta menegakkan tadbir urus yang baik.





"Apa pun ahli Umno kini menyedari bahawa kerjasama parti bersama Bersatu hanyalah didasari oleh keinginan Bersatu dan Tan Sri Muhyiddin untuk kekal berkuasa, atas apa cara sekalipun," katanya lagi.





Sehubungan itu, Shamsul menasihatkan Ismail Sabri agar mengadakan musyawarah krisis bersama Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti





Katanya, Ismail perlu membincangkan agenda bagaimana untuk melawan ketidakrelevanan Umno yang didalangi Bersatu dan Muhyiddin supaya tidak ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 15 kelak.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/lebih-baik-ismail-sabri-bincang-bersama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don T Be Influenced By Anwar Ismail Sabri Tells Umno Members

Don T Be Influenced By Anwar Ismail Sabri Tells Umno Members

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 338 hits
Umno leaders and members should not be influenced by PKR president Anwar Ibrahim s statements as he might have an agenda to split Umno said Umno vice president Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri said he was worried that Anwar s statements cou...
Ketetapan Mkt Kekal Jangan Cepat Melatah Cerita Cerita Tidak Untungkan Umno Ismail Sabri

Ketetapan Mkt Kekal Jangan Cepat Melatah Cerita Cerita Tidak Untungkan Umno Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 262 hits
umno online myKUALA LUMPUR 24 Mac Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri hari ini sekali lagi mengulangi ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi parti dan menyatakan bahawa ianya akan kekal dan fokus UMNO adalah untu...
Ismail Sabri Told To Break Silence On Umno Bersatu Split

Ismail Sabri Told To Break Silence On Umno Bersatu Split

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 246 hits
Umno vice president Ismail Sabri Yaakob is one of the more visible party leaders thanks to his position as defence minister However despite being the highest ranking Umno leader in the Perikatan Nasional government Ismail has been relativel...
Pn Ph Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik Presiden Pas

Pn Ph Rakyat Boleh Nilai Kerajaan Mana Lebih Baik Presiden Pas

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Setelah setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat boleh menilai kerajaan yang mana mempunyai prestasi pemerintahan lebih baik Beliau percaya rakyat sendiri mengetahui ...
Adakah Sesiapa Yang Sanggup Buat Lebih Baik Daripada Anwar

Adakah Sesiapa Yang Sanggup Buat Lebih Baik Daripada Anwar

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 226 hits
1 Adakah Anwar Ibrahim bergerak sendiri berunding tidak rasmi dengan pemimpin UMNO sekarang Anggapan itu tidak benar Anwar Ibrahim sebenarnya mendapat mandat dari Presiden Amanah Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk...
Shamsul Gesa Ismail Sabri Henti Serang Anwar

Shamsul Gesa Ismail Sabri Henti Serang Anwar

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 294 hits
FAZLI RADZI PKR yakin bahawa perbincangan bersama pemimpin Umno yang masih di peringkat awal tidak mungkin akan menjejaskan kekuatan Umno kata Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin Beliau berpendapat PKR menghargai kebi...
Umno General Assembly State Delegates Must Get Travel Permits Says Ismail Sabri

Umno General Assembly State Delegates Must Get Travel Permits Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 401 hits
Umno vice president Ismail Sabri Yaakob arrives at the Magellan Sutera Resort in Kota Kinabalu September 27 2020 Picture by Firdaus LatifIPOH March 21 State delegates involved in the 2020 Umno General Assembly in the capital next weekend ne...
Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr

Umno Tetap Tak Mahu Anwar Kata Pemimpin Bahagian Menafikan Kenyataan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 230 hits
Pemimpin bahagian Umno tidak memiliki keinginan untuk berpakat dengan bekas timbalan presiden Umno tersebut Pemimpin bahagian Umno tidak berpuas dengan tindak tanduk Presiden PKR Anwar Ibrahim yang kebelakangan ini yang sering memberikan ko...
Dedah Hukum Pemimpin Misteri Umno Bincang Kerjasama Rahsia Dengan Anwar Penganalisis

Dedah Hukum Pemimpin Misteri Umno Bincang Kerjasama Rahsia Dengan Anwar Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 272 hits
Astro AwaniMac 17 2021 11 51Anwar pada Selasa tidak menafikan kemungkinan kerjasama antara parti pimpinannya dengan UMNO namun setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan awal Gambar fail Astro AWANIKUALA LUMPUR UMNO perlu mendedahkan...
Dugaan Pagi Khamis

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Don T Be Too Quick On The Draw

Hamzah Voters Will Reject Umdap Govt Pn Umno A Strong Combo

Ai And Social Justice Imagining A Better Future