Umno Tarik Sokongan Bukan Mahu Anwar Jadi Pm Mereka Mahu Kuasa



(Malaysia Dateline) – Langkah Umno menarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti dijangka hanya mahu memastikan parti itu kembali berkuasa dan menjadi Perdana Menteri.
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Samad berkata, mustahil Umno mahu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana Umno pun sememangnya mahu menguasai kedudukan itu.
Bagaimanapun beliau berkata, Umno tidak boleh memimpin tanpa sokongan blok terbesar ketika ini iaitu Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 89 Ahli Parlimen.
Bahkan katanya, Umno tidak mungkin meminta sokongan Bersatu selepas mereka sendiri mengkhianati Tan Sri Muhyiddin Md Yasin.
“Kita tahu bahawa Umno tarik sokongan bukan kerana dia nak sangat Anwar jadi PM. Kita jangan terlalu naif sehingga kita menganggap Umno sokong nak letakkan Anwar sebagai PM.
“Tapi lebih kepada kemungkinan mereka nak jatuhkan Mahiaddin supaya mereka pula nak jadi PM. Mereka dah telah letak nama Tengku Razaleigh sebagai satu-satunya calon, ini yang kita baca dalam media.
“Tapi Umno pun tak boleh kembali memimpin tanpa sokongan PH. Mungkin dia akan berunding dan memecahbelahkan PH. Jadi kita perlukan strategi.
“PH perlu berunding dengan parti-parti lain termasuk pihak Mahiaddin yang dikhianati Umno,” katanya dalam Bicara YB Khalid Samad di Facebook Jom Channel malam tadi.
Pada masa sama, Khalid juga menasihatkan agar Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin untuk mengambil langkah sama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan sejurus mengetahui dirinya tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Beliau mengulangi pendirian agar Muhyiddin mengambil tanggungjawab untuk tidak terus mempertahankan kedudukannya yang sudah jelas tiada sokongan selepas 14 Ahli Parlimen Umno menarik diri dari kerajaan.
“Bila hilang majoriti, memanglah Mahiaddin nak diberikan masa supaya boleh buat jual beli durian. Tapi itu tidak mengikut Perlembagaan.
“Kalau dia bertanggungjawab, dia patut buat macam Tun buat iaitu letak jawatan dan biar Ahli-ahli Parlimen berunding kembali,” ujarnya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/08/12/umno-tarik-sokongan-bukan-mahu-anwar-jadi-pm-mereka-mahu-kuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

Tan Sri Mahiaddin Yassin Gagal Di Mata Rakyat Umno Umum Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Pn Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 338 hits
The ReporterUnited Malays National Organisation hari ini mengumumkan penarikan balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini selepas mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMN...
Umno Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Apa Seterusnya

Umno Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Apa Seterusnya

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 319 hits
suaramerdeka com4 8 2021SELEPAS UMNO melalui presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional pelbagai persoalan timbul Antaranya apakah kerajaan hari ini tumbang Kerajaan ha...
Umno Tarik Sokongan Situasi Sekarang Hampir Sama Langkah Sheraton Penganalisis

Umno Tarik Sokongan Situasi Sekarang Hampir Sama Langkah Sheraton Penganalisis

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 233 hits
Awang Azman berkata dalam politik tidak ada satu lawan atau kawan yang kekal yang kekal hanyalah kepentingan Gambar Astro AWANIJelasnya langkah seterusnya yang boleh dijangka adalah campur tangan institusi raja di mana Yang di Pertuan Agong...
Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 495 hits
KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid...
Terkini Kerajaan Pn Tumbang Umno Serah Surat Tarik Sokongan Pada Agong

Terkini Kerajaan Pn Tumbang Umno Serah Surat Tarik Sokongan Pada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 259 hits
August 3 2021 Umno telah menyerahkan surat akuan yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin suda...
Akuan Tarik Sokongan Pada Pm Telah Diserah Pada Agong Umno

Akuan Tarik Sokongan Pada Pm Telah Diserah Pada Agong Umno

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 238 hits
Malaysiakini Umno telah menyerahkan surat akuan yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah...
Mahiaddin Letak Jawatan Bukan Sebab Umno Tarik Sokongan Tapi Kerana Dikecewakan Dap

Mahiaddin Letak Jawatan Bukan Sebab Umno Tarik Sokongan Tapi Kerana Dikecewakan Dap

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 232 hits
Mahiaddin Md Yasin kini sudah sah akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dilakukan tengahari ini selepas beliau menghadap Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan surat perletakan jawatannya ...
Ph Dapatkan Sokongan Kumpulan Klepto Umno Untuk Anwar Jadi Pm

Ph Dapatkan Sokongan Kumpulan Klepto Umno Untuk Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 284 hits
Penyokong Anwar dalam PKR berkata kleptokrat sokong kerajaan Pakatan Harapan tidak menyalahi undang undang Anwar Ibrahim Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak Kira kira 15 ahli Parlimen sekutu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi termasuk yang ber...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package