Ph Dapatkan Sokongan Kumpulan Klepto Umno Untuk Anwar Jadi Pm


 MalaysiaNow
Penyokong Anwar dalam PKR berkata 'kleptokrat' sokong kerajaan Pakatan Harapan tidak menyalahi undang-undang.
Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak. Kira-kira 15 ahli Parlimen sekutu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, termasuk yang berdepan pertuduhan rasuah akan menyokong Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri sekiranya kerajaan jatuh, MalaysiaNow kini dapat mengesahkan.
Langkah terbaru itu muncul selari dengan kenyataan bekas pemimpinnya Najib Razak akan ada perkembangan besar di Istana Negara dalam “24 atau 48 jam” yang akan datang.
“Sebarang keputusan yang bakal dibuat termasuk oleh Yang di-Pertuan Agong akan menentukan masa depan negara,” kata Najib dalam ucapannya semalam.
Perkembangan terbaru itu berlaku selepas beberapa rundingan antara PH, blok pembangkang lain dan beberapa individu gagal memujuk mereka untuk menyokong Anwar.
“Kemudian, PH putuskan ia hanya dapat menjadi kerajaan dengan sokongan Zahid dan orang-orangnya,” kata seorang pemimpin kanan PKR yang mengetahui tentang rundingan-rundingan malam tadi kepada MalaysiaNow.
Semalam, parti pembangkang menolak persefahaman rentas parti yang ditawarkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjelang usul undi percaya yang dijadualkan akan diadakan di Dewan Rakyat bulan depan bagi menentukan sokongan terhadapnya dalam kalangan ahli Parlimen.
Walaupun beberapa ahli Parlimen DAP menyuarakan dilema mereka, termasuk ramai lagi membantah secara senyap terhadap keputusan bergabung dengan “sekumpulan kleptokrat yang kami susah-payah usir dari Putrajaya,” kata sumber itu sambil menambah pemimpin PH percaya peluang itu adalah sesuatu yang tidak akan muncul lagi selepas ini.
“Orang-orang Anwar dalam PKR berdegil bahawa kleptokrat sokong kerajaan PH tidak menyalahi undang-undang.
“Akhir sekali, mereka sepakat sudah tidak ada masa lagi,” kata veteran PKR itu.
Semalam, Muhyiddin menyenaraikan tujuh perkara dalam cadangan persefahaman rentas parti bagi mengelak kerajaan dijatuhkan yang menurutnya akan menyebabkan kekosongan kuasa sehingga ia kembali diisi oleh golongan “kleptokrat” selain bakal mengganggu usaha-usaha yang dijalankan bagi memerangi pandemik Covid-19.
Istilah “kleptokrat” merujuk sekumpulan pemimpin Umno yang kini berdepan pelbagai pertuduhan rasuah yang dipimpin Najib bersama Zahid dan Anwar yang berkempen Muhyiddin digulingkan.
Antara lain, beliau berjanji untuk menyalurkan peruntukan dana sama rata kepada semua ahli Parlimen, menggubal undang-undang anti lompat parti, menghadkan penggal jawatan perdana menteri, dan memastikan perwakilan ahli Parlimen yang seimbang sama ada daripada kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen.
Muhyiddin juga turut berjanji untuk melaksanakan Undi 18 bagi membolehkan mereka yang berusia 18 tahun ke atas mengundi pada pilihan raya akan datang.
Beberapa ahli Parlimen DAP yang dihubungi MalaysiaNow juga turut berkata cadangan tersebut perlu difikirkan kerana risau untuk bekerjasama dengan ahli politik yang dicemari skandal seperti Najib dan Zahid.
Sekurang-kurangnya dua ahli Parlimen DAP – Tony Pua dan Ong Kian Ming – secara terbuka mendesak parti dan PH untuk mempertimbangkan tawaran itu, menekankan sangat penting untuk kleptokrat dihalang daripada kembali berkuasa selain usaha melawan pandemik Covid-19 yang meningkat perlu ditumpukan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/ph-dapatkan-sokongan-kumpulan-klepto.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tarik Sokongan Bukan Mahu Anwar Jadi Pm Mereka Mahu Kuasa

Umno Tarik Sokongan Bukan Mahu Anwar Jadi Pm Mereka Mahu Kuasa

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 245 hits
Langkah Umno menarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional seperti dijangka hanya mahu memastikan parti itu kembali berkuasa dan menjadi Perdana Menteri Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Samad berkata mustahil Umno mahu menyoko...
Ph Gets Support Of Umno Klepto Group To Push Anwar As Pm

Ph Gets Support Of Umno Klepto Group To Push Anwar As Pm

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 285 hits
Some 15 MPs aligned with Umno president Ahmad Zahid Hamidi including those facing multiple corruption charges will be backing PKR s Anwar Ibrahim to be appointed as prime minister in the event of a government collapse MalaysiaNow can confir...
Tarik Sokongan Dari Pn Muhyiddin Umno Perak Sokong Penuh Keputusan Mkt

Tarik Sokongan Dari Pn Muhyiddin Umno Perak Sokong Penuh Keputusan Mkt

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 219 hits
IPOH Badan Perhubungan UMNO Perak menyokong penuh keputusan menarik sokongan dari Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad berkata ia selaras dengan Fasal 3 3 Perl...
Pas Keciwa Umno Tarik Sokongan Pada Pn

Pas Keciwa Umno Tarik Sokongan Pada Pn

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 446 hits
NI KENYATAAN YANG TERBARU PASPAS MERASA TERSANGAT KECIWA PENARIKAN SOKONGAN UMNO TERHADAP KERAJAAN PN YANG MANA MENTERI UMNO SENDIRI BERADA DI DALAMNYA PAS TAK PERLU LA TERLALU KECIWA BUKAN BARU NI FAHAM TENTANG UMNO ATE PANAS HATI PUNYA PA...
Tarik Sokongan Selaras Ketetapan Pau2020 Ismail Sabri Dan Menteri2 Umno Memang Wajar Diambil Tindakan Disiplin

Tarik Sokongan Selaras Ketetapan Pau2020 Ismail Sabri Dan Menteri2 Umno Memang Wajar Diambil Tindakan Disiplin

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 257 hits
Disedari atau tidak atau mungkin ada yang cuba buat buat lupa keputusan MT UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan PN sebagaimana diumumkan Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos baru baru ini adalah selaras dengan ketetapan PAU20...
Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen Umno Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau

Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen Umno Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 425 hits
nbsp PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat lapan Ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menarik sokongan mereka kepadanya Katanya bilangan tersebut diperoleh mene...
Menteri Timbalan Menteri Umno Tarik Sokongan Kepada Muhyiddin

Menteri Timbalan Menteri Umno Tarik Sokongan Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 331 hits
IMBAS Jemaah Menteri kerajaan PN yang angkat sumpah jawatan pada Mac 2020 KUALA LUMPUR Majoriti menteri UMNO dalam Kabinet Perikatan Nasional dikatakan sebulat suara menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Kep...
Kadir Kata Anwar Buktikan Dulu Ada Sokongan Majoriti Jika Mahu Jadi Pm

Kadir Kata Anwar Buktikan Dulu Ada Sokongan Majoriti Jika Mahu Jadi Pm

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 378 hits
Kadir kata Anwar buktikan dulu ada sokongan majoriti jika mahu jadi PM Seandainya Muhyiddin kalah dalam undi percaya yang dijanjikannya bulan depan tidak bermakna Anwar secara automatik naik menjadi perdana menteri Anwar kena buktikan secar...
Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Adakah Harga Minyak Gencatan Senjata Akan Menyebabkan Usd Jpy Tertekan Selasa 01 Julai 2025

Rafizi Bakar Balik Jangan Jadi Tua Yang Sibuk Jaga Politik Orang

Lumpuh Lepas Bersalin Suami Tinggal Isteri Derita Atas Katil

Sambal Sotong Kurita Dan Gelagat Orang British

Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Pihak Polis Ecrl Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bendung Kes Curi Kabel Sepanjang Laluan Di Pahang

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Denai Alam Pond A

Elmina East Lake Park

Elmina Urban Park

Bagaimana Kita Boleh Menyokong Pemuliharaan Gajah Di Malaysia

Pensyarah Rugi Hampir Rm300 000 Terpedaya Suspek Menyamar Pegawai Polis

Senarai Ringkas Barang Yang Dikenakan Dan Dikecualikan Daripada Cukai Jualan Dan Perkhidmatan Di Malaysia