Umno Sedang Cuba Bersihkan Imej Dap Pada Mata Bangsa Melayu


agendaily.com31/12/2022
Dilema Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membersihkan imej DAP pada pandangan bangsa Melayu.
Walau bagaimana pemimpin politik Melayu cuba untuk membersihkan imej DAP – sebuah parti yang bimbang Islam mentadbir Malaysia – bangsa Melayu tetap menolak parti itu.

Keadaan itu pernah dicuba oleh beberapa parti Melayu, termasuk pemimpin PAS, Bersatu, seperti bekas Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi semuanya gagal.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata perkara itu juga pernah berlaku ketika PAS bersama DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), dan Bersatu dalam PH selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Dan, sekarang ini giliran UMNO pula yang menjalin kerjasama dengan DAP dalam PH, dan pastinya perlu membersihkan imej parti itu dalam kalangan orang Melayu.

“Saya faham dilema Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO). Setiap pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan DAP mesti “membersihkan” imej DAP dalam kalangan orang Melayu.

“Ini kerana penolakan orang Melayu terhadap DAP amat tinggi. Mana-mana parti Melayu yang bekerjasama dengan DAP akan terpalit.

“Inilah yang pernah dilalui oleh PAS ketika berada bersama DAP dalam PR. Begitu juga dengan Bersatu ketika berada bersama DAP dalam PH. Sehingga akhirnya PAS terpaksa keluar PR dan Bersatu keluar PH,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Dr Marzuki membangkitkan persoalan adakah penolakan orang Melayu terhadap DAP disebabkan oleh indoktrinasi Dr Mahathir ketika beliau dalam UMNO?

“Mungkin ya. Tetapi Dr Mahathir tidak lagi menjadi Presiden UMNO ketika orang Melayu menolak DAP dalam PR dan PH.

“Malah, Tun M sendiri adalah bekas Pengerusi PH. Pelbagai cara dibuat oleh beliau untuk melunakkan sikap orang Melayu terhadap DAP, tetapi orang Melayu tetap tak terima DAP. Inilah realiti politik kaum di Malaysia,” katanya lagi.

Menurut Dr Marzuki purata nasional sokongan Melayu kepada Bersatu dalam PRU-14 adalah sekitar 20 peratus, tetapi sokongan itu mula menjunam kepada kurang 10 peratus setelah PH menjadi kerajaan.

Calon Bersatu katanya kalah di peti-peti undi majoriti Melayu dalam pilihan raya kecil (PRK) Semenyih dan PRK Tanjung Piai, manakala DAP juga kalah dalam PRK Cameron Highlands, sementara PKR pula kalah dalam PRK Rantau.

Bagaimanapun, Dr Marzuki berkata sokongan orang Melayu kepada Bersatu meningkat semula selepas keluar PH, dengan jumlah kerusi yang dimenangi bertambah daripada 13 dalam PRU-14 kepada 31 kerusi dalam PRU-15.

“Kalaulah Bersatu Sabah tidak buat hal, mungkin 10 kerusi lagi disumbangkan oleh Bersatu Sabah. UMNO cuma menang 20 kerusi di Semenanjung dan 6 kerusi di Sabah.

“Kini giliran UMNO pula untuk merasa kerjasama dengan DAP. Benarlah Allah itu Maha Adil. Bagi semua parti Melayu merasa kerjasama dengan DAP.

“Tak tahulah saya, orang kata UMNO itu parti keramat. Mungkin dengan keramatnya itu, sokongan orang Melayu kepada UMNO semakin meningkat setelah bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan pimpinan PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Zahid yang menyalahkan Dr Mahathir atas kebencian UMNO dan ahlinya terhadap DAP.

Zahid mendakwa Dr Mahathir ketika zaman mentadbir UMNO sebelum ini telah memberi gambaran palsu berhubung DAP.

“Tetapi akhirnya, dia yang menerima mereka dan melibatkan mereka dalam kerajaan. Malah PAS dan Bersatu juga pernah menerima mereka dahulu.

“Hanya kami, UMNO dan BN sahaja yang belum,” katanya dalam wawancara yang disiarkan secara langsung di saluran Youtube NRChannel TV 27 Disember lalu.

Namun, kini selepas PRU-15 UMNO dibawa bekerjasama dengan DAP dan perlu membersihkan imej parti berkenaan dalam kalangan orang Melayu.

Zahid bagaimanapun, mengakui kerjasama politik mereka telah menimbulkan kemarahan dan mendapat tentangan daripada beberapa individu dalam parti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/umno-sedang-cuba-bersihkan-imej-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

Prn 6 Negeri Melayu Tolak Umno Kerana Kerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 221 hits
agendaily com03 01 2023Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Sokongan orang Melayu berkemungkinan akan beralih daripada UMNO kepada Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri dalam beberapa bulan akan datang menurut Timba...
Umno Perlu Bangkit Bukannya Rasa Selamat Walau Lemah Sedangkan Yes Man Pada Pkr Dan Dap

Umno Perlu Bangkit Bukannya Rasa Selamat Walau Lemah Sedangkan Yes Man Pada Pkr Dan Dap

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 204 hits
Umno Perlu Bangkit Bukannya Rasa Selamat Walau Lemah Sedangkan Yes Man Pada Pkr Dan Dap
Umno Dihinggapi Penyakit Tua Kini Sedang Dihanyutkan Hadi Awang

Umno Dihinggapi Penyakit Tua Kini Sedang Dihanyutkan Hadi Awang

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 144 hits
agendaily com31 12 2022Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan UMNO kini sudah dihinggapi penyakit tua selain mengibaratkan parti itu sedang lemas dan hanyut serta berusaha untuk bangkit semul...
Umno Tetap Tak Percaya Dap Walau Sudah Berkahwin Kata Tajuddin

Umno Tetap Tak Percaya Dap Walau Sudah Berkahwin Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 184 hits
agendaily com25 12 2022Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengingatkan ahli UMNO supaya berhati hati dengan jarum halus DAP walaupun kini telah menjadi rakan kongsi Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Ta...
Dap Nyanyuk Lepas Kahwin Dengan Umno Shahidan Sindir Ucapan Ngeh

Dap Nyanyuk Lepas Kahwin Dengan Umno Shahidan Sindir Ucapan Ngeh

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 232 hits
agendaily com19 12 2022Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim DAP baru kahwin dengan UMNO dia nyanyuk Demikian sindir Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mencelah kenyataan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham yang sala...
Umno Kini Jadi Bala Tentera Dap

Umno Kini Jadi Bala Tentera Dap

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 224 hits
agendaily com22 12 2022Kini bukan lagi zaman penjajahan Isu lama dan basi sudah boleh difahami oleh rakyat yang peka khususnya dalam kalangan generasi muda yang paling ramai mengundi Perikatan Nasional baru baru ini dan membaca semula sejar...
Setelah Julang Dap Umno Sucikan Falsafah Malaysian Malaysia Pula

Setelah Julang Dap Umno Sucikan Falsafah Malaysian Malaysia Pula

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 274 hits
agendaily com31 12 2022Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata sumpah wallahi wabillahi watallahi No Anwar No DAP yang dilaungkan oleh UMNO ditukar menjadi Love Anwar Love DAP UMNO kini mensucikan falsafah Malaysi...
Kerajaan Umno Dap Pahang Didakwa Batal Kuliah Agama Adun Chenor

Kerajaan Umno Dap Pahang Didakwa Batal Kuliah Agama Adun Chenor

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 304 hits
satuberita myBy December 25 2022Datuk Jasri JamaludinKERAJAAN Pahang yang diterujui UMNO DAP didakwa membatalkan kuliah ADUN Chenor Mujibur Rahman Ishak di Masjid As Sobirin Felda Jengka 4 petang semalam ADUN Kuala Sentul Datuk Jasri Jamalu...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr