Umno Dihinggapi Penyakit Tua Kini Sedang Dihanyutkan Hadi Awang


agendaily.com31/12/2022
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan UMNO kini sudah dihinggapi penyakit tua selain mengibaratkan parti itu sedang lemas dan hanyut serta berusaha untuk bangkit semula dengan apa cara sekali pun.

Menurutnya UMNO yang menjadi laksana tulang belakang kerajaan bersama parti-parti gabungannya sejak negara mencapai kemerdekaan yang sudah mencecah lebih daripada 60 tahun, sudah pasti dihinggapi penyakit tua.

Kata Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional itu, UMNO sedang menghadapi cabaran yang sangat getir, khususnya apabila mereka tewas sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan semakin parah keadaannya pada PRU-15 lalu.

“Sejak berlaku krisis kepimpinan hingga menyebabkan tampuk kepimpinan jatuh ke tangan pihak yang lebih bersifat oportunis yang dibejati dengan politik wang tanpa ideologi, sehinggakan kini ada pula yang melepaskan ideologi perjuangannya.

“Keadaan tersebut laksana orang lemas tidak tahu berenang dan meraba-raba apa sahaja bagi menyelamatkan diri, termasuk memeluk batu yang lebih menenggelamkannya,” katanya dalam kenyataan petang ini (31 Disember 2022).

Menurut Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, perkara sedemikian ternyata berlaku apabila ada kelompok yang melompat ke arah Pakatan Harapan (PH) yang menjadi gabungan antara parti DAP yang berideologi cauvinis ekstrem, sosialisme bertopengkan demokratik sekular, terbuka anti-Islam, serta PKR yang pragmatik sekular dan PAN sebagai alat tambahannya.

Beliau mengingatkan bahawa PAS telah mengenali semua parti yang dipeluk oleh pemimpin UMNO yang dipilih menjadi kawannya sekarang, semata-mata berasa ingin menyelamatkan diri berada dalam kerajaannya yang sangat rapuh laksana ranting kering.

Katanya walaupun mereka berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat hasil jumlah kerusi yang tidak mencukupi, tetapi mereka bergayut dengan parti-parti kecil yang rapuh tanpa ideologi yang konsisten.

“Undi yang dihasilkan pula datang daripada majoriti bukan Islam, bersama slogan menipu rakyat yang kuat bunyinya, kononnya mahu menghapuskan rasuah, menentang perompak dan lanun yang terlibat dalam penyalahgunaan harta negara dan lain-lain.

“Rupa-rupanya semua itu laksana tin kosong yang kuat bersuara tanpa isi yang sebenar, apabila semua pihak yang diserang itu menjadi rakan akrab mereka bagi menubuhkan kerajaan di luar tabii.

“Mampukah UMNO yang diheret oleh segelintir pemimpin bermasalah itu melakukan normalisasi terhadap PH, iaitu suatu konsep yang diperkenalkan oleh Barat kepada negara Arab terhadap Israel yang nyata kebuntuannya.

“Situasi itu laksana mahu menukar matahari agar terbit pada waktu malam yang gelap bukan sebagaimana secara normalnya,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Abdul Hadi percaya masih terdapat ramai dalam kalangan kepemimpinan UMNO di semua peringkat sehingga akar umbi yang masih setia kepada perlembagaannya yang mempertahankan Islam, Melayu dan Bumiputera.

Mereka ini, katanya tidak redha kepada kapten yang membawa bahteranya tanpa kompas yang betul, sehingga boleh melanggar batu karang yang dapat dilihat dengan nyata, atau dilingkup oleh ombak besar gelora politik yang sedang menggila untuk berkuasa dengan teori matlamat menghalalkan segala cara dengan meneruskan amalan politik luar tabii itu.

“PAS bukanlah berlagak mengajar itik yang pandai berenang, tetapi bertanggungjawab bagi menyelamatkan itik yang dihalau oleh tuannya yang hanya ingin menyembelihnya tanpa membiakkannya.

“PAS sejak awal lagi mengajak UMNO untuk bergabung dalam Muafakat Nasional (MN) yang sahih bersama parti-parti Melayu Islam dan Bumiputera yang terbesar, UMNO, PAS dan Bersatu, kemudian disertakan bersama dalam Perikatan Nasional yang bergabung dengan semua pihak yang tidak ekstrem.

“Akan tetapi, kepimpinan yang terpacak itu menolak dengan rakus kerana ramalan nujumnya yang salah bahawa UMNO boleh menang besar, sehingga sekurang-kurangnya mereka mampu memperoleh majoriti kecil tanpa kerjasama dengan parti lain,” tegas beliau lagi.

Justeru, memetik ayat 13 Surah Saba’, Abdul Hadi menasihatkan UMNO bermuhasabah diri serta berislah bagi melangsungkan perjuangannya, khususnya dalam menghadapi ujian harta, pangkat, dan takhta akibat terlalu lama berkuasa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/umno-dihinggapi-penyakit-tua-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meroyan Akibat Tiada Lagi Jawatan Dan Elauns Kot Rentasan 1278 Gempar Kini Hadi Awang Akui Kecewa Pn Gagal Bentuk Ker

Meroyan Akibat Tiada Lagi Jawatan Dan Elauns Kot Rentasan 1278 Gempar Kini Hadi Awang Akui Kecewa Pn Gagal Bentuk Ker

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 143 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 12781 MEMPERTIKAI YDPA ITULAH POLITIK DI LUAR TABII 2 DUNIA IKTIRAF ANWAR MAHATHIR NAK APA LAGI 3 DIALAH KAKI KHIANAT KAKI CARAS KAKI SAILANG
Hadi Pas Only Trying To Save Umno From Being Led Astray

Hadi Pas Only Trying To Save Umno From Being Led Astray

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 188 hits
File picture shows PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang speaking to the media after giving a statement at IPD Sentul Kuala Lumpur December 5 2022 Picture by Hari AnggaraKUALA LUMPUR Dec 31 PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang claimed Um...
Agensi Sahkan Song Joongki Sedang Bercinta Dengan Seorang Wanita Bukan Selebriti Kini

Agensi Sahkan Song Joongki Sedang Bercinta Dengan Seorang Wanita Bukan Selebriti Kini

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 182 hits
Nampaknya Song Joong ki telah mengesahkan bahawa dia sedang bercinta dengan seseorang ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 26 Disember media melaporkan bahawa Song Joong ki sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita British bukan selebriti...
Umno Kini Jadi Bala Tentera Dap

Umno Kini Jadi Bala Tentera Dap

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 151 hits
agendaily com22 12 2022Kini bukan lagi zaman penjajahan Isu lama dan basi sudah boleh difahami oleh rakyat yang peka khususnya dalam kalangan generasi muda yang paling ramai mengundi Perikatan Nasional baru baru ini dan membaca semula sejar...
Bercuti Di Jepun Bersama Lee Jongsuk Iu Akui Sedang Bercinta Kini

Bercuti Di Jepun Bersama Lee Jongsuk Iu Akui Sedang Bercinta Kini

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 153 hits
Baru sahaja ditebak sedang menjalinkan hubungan cinta nampaknya tidak salah lagi tekaan ramai ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Dispatch melaporkan bahawa Lee Jong suk dan IU merupakan pasangan kekasih untuk seketika waktu Malah katanya mereka berk...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan