Umno Pun Berbelah Bahagi Untuk Adakan Pilihan Raya Awal Ph Beritahu Zahid


freemalaysiatoday.com
Predeep Nambiar
-June 10, 2022 10:57 AM
Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi telah menuduh pembangkang ‘membeli masa’ dengan menolak pilihan raya awal diadakan.
GEORGE TOWN: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dikritik DAP dan Amanah kerana menuduh pembangkang bersalah jika pilihan raya awal tidak diadakan.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Faiz Fadzil, berkata menteri dari Umno sendiri tidak semuanya bersetuju ia dilakukan.

Dalam hantaran Facebook semalam, Zahid berkata, pembangkang nampaknya mahu “membeli masa” dengan menolak pilihan raya awal diadakan dan mereka cuba menipu pengundi.

Lim berkata, presiden Umno itu nampak seperti cuba mengalihkan perhatian daripada pandangan berbelah bagi dalam partinya sendiri.

“Umno berbelah bagi sama ada mahu pilihan raya diadakan,” katanya. “Mudah untuk menyalahkan pembangkang. Ada ahli parlimen dan menteri dalam Umno yang juga tidak menyokong pilihan raya diadakan,” katanya kepada FMT.

“Jika beliau mahu menunjukkan bercakap serupa bikin, kenapa tidak pecat saja mereka yang menentang pilihan raya mengejut daripada parti dan bukannya sekadar memberikan omongan kosong.”

Beliau berkata, Zahid tidak patut mendesak pilihan raya diadakan, sebaliknya menasihatkan rakan-rakan dalam kerajaan memerintah supaya menangani isu kenaikan harga barangan, kekurangan tenaga kerja, dan nilai ringgit yang semakin lemah.

Faiz berkata, dakwaan Zahid bahawa pilihan raya akan membawa kepada kerajaan yang stabil adalah tidak benar kerana Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya bertanggungjawab mengakibatkan isu yang kini melanda negara, seterusnya dasar-dasar gabungan itu yang tidak stabil akan berterusan sekiranya ia menang.

Beliau mendakwa, pada masa lalu, BN tidak bijak menangani inflasi, dan memberi contoh kadar inflasi 4.2% pada Februari 2016, yang melonjak kepada 5.1% pada Mac 2017.

“Hari ini pula, perdana menteri tiada strategi keluar daripada krisis kekurangan makanan dan peningkatan harga barangan,” katanya. “Jadi apa relevannya mahukan kerajaan stabil sedangkan orang yang sama begitu yakin mereka akan kembali berkuasa?” soalnya.

Faiz berkata mengadakan pilihan raya sekarang akan menelan belanja tinggi sedangkan dana boleh digunakan untuk menangani isu berkaitan inflasi.

Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub menyifatkan komen Zahid itu tidak perlu dilayan kerana beliau bukannya mampu membubarkan Parlimen.

“Kita patut tidak mengendahkannya saja, katanya.

Beliau berkata, pembangkang sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya tetapi isu seperti kenaikan harga barangan lebih mendesak.

Parlimen bakal tamat penggalnya pada Julai tahun depan, namun susulan kemenangan besar di Johor dan Melaka, pemimpin BN percaya gabungan itu mempunyai kelebihan sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/umno-pun-berbelah-bahagi-untuk-adakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Cabar Zahid Pecat Pemimpin Umno Tolak Pru 15 Awal

Guan Eng Cabar Zahid Pecat Pemimpin Umno Tolak Pru 15 Awal

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 176 hits
wartarakyat com myBy June 10 2022SELEPAS musim perayaan Aidilfitri berakhir pemimpin pemimpin UMNO kelihatan semakin mendesak kerajaan membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan lebih awal Melihat kepada politik ...
Panas Mat Sabu Tibai Zahid Kerajaan Umno Ceramah Terbaru

Panas Mat Sabu Tibai Zahid Kerajaan Umno Ceramah Terbaru

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 189 hits
Ceramah terbaru dari Presiden AMANAH Mohamad Sabu di Kelantan mengenai masaalah rakyat sekarang dan kemarahan kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional Isu ayam daging dan protes Veteren Tentera dan juga isu Zahid Hamidi terima duit bulanan
Khir Toyo Zahid Berjaya Angkat Umno Keluar Longkang

Khir Toyo Zahid Berjaya Angkat Umno Keluar Longkang

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 198 hits
malaysiakini comWAWANCARA Bagi Dr Mohamad Khir Toyo Ahmad Zahid Hamidi merupakan presiden Umno yang telah berjaya mengangkat parti itu kembali dari dalam longkang sehingga menjadi rebutan pada hari ini Bekas menteri besar Selangor itu berka...
Which Will Come First Umno S Pemilihan Parti Or Zahid Going To Jail

Which Will Come First Umno S Pemilihan Parti Or Zahid Going To Jail

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 191 hits
Zahid is very selfish To save his own backside Zahid is denying three million Umno members the democratic right of a party election so that they can choose clean leaders who are not facing criminal charges and on trial for corruption NO HOL...
Zahid Hadi Tak Mahu Pru Awal Mungkin Sebab Takut Pas Hilang Kerusi

Zahid Hadi Tak Mahu Pru Awal Mungkin Sebab Takut Pas Hilang Kerusi

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 184 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 11 2022 1 57 PMBarangkali Presiden PAS Abdul Hadi Awang menentang pelaksanaan PRU lebih awal kerana takut partinya akan hilang banyak kerusi kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Zahid mengulas kenyataan Abdu...
Didik Pemimpin Umno Bermasalah Dalam Bm Mengenai Mou Loke Beritahu Is

Didik Pemimpin Umno Bermasalah Dalam Bm Mengenai Mou Loke Beritahu Is

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 181 hits
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu menjelaskan dengan lebih terperinci berhubung memorandum persefahaman antara kerajaan dengan Pakatan Harapan kepada pemimpin Umno
Pas Takut Hilang Banyak Kerusi Jika Pru Awal Zahid Bidas Hadi

Pas Takut Hilang Banyak Kerusi Jika Pru Awal Zahid Bidas Hadi

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 167 hits
Ahmad Zahid Hamidi membidas Abdul Hadi Awang selepas presiden PAS itu menggelar pihak yang mahu mempercepatkan PRU15 sebagai kumpulan kemaruk kuasa KUALA LUMPUR Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membidas Abdul Hadi Awang sebenarnya takut PAS...
Kita Perlu Ruu Umur Bertanding Pilihan Raya

Kita Perlu Ruu Umur Bertanding Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 168 hits
Malaysia tidak memerlukan RUU Anti Lompat Parti Apa yang Malaysia perlu adalah RUU Umur Untuk Bertanding PRU PRN iaitu di antara umur 30 tahun hingga 65 tahun sahaja
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb