Khir Toyo Zahid Berjaya Angkat Umno Keluar Longkang


malaysiakini.com
Yasmin Ramlan
Diterbitkan: Jun 10, 2022 9:00 AM

WAWANCARA | Bagi Dr Mohamad Khir Toyo, Ahmad Zahid Hamidi merupakan presiden Umno yang telah berjaya mengangkat parti itu kembali dari "dalam longkang" sehingga menjadi rebutan pada hari ini

Bekas menteri besar Selangor itu berkata ini dapat dilihat menerusi pencapaian Umno menang majoriti dua pertiga dalam PRN Melaka dan Johor, serta kemenangan dalam beberapa PRK selepas 2018.

“Selepas PRU14, Umno kalah pada 2018. Umno macam berada dalam longkang, orang tak nak Umno.

“Ketika itu pemilihan ketua bahagian ramai yang tak nak (sertai), ahli parlimen pula lompat ramai-ramai.

“Tapi hari ini Umno sudah jadi satu benda yang sangat menarik. Sampai ada yang sudah lompat pun nak patah balik. Kini Umno kembali jadi rebutan," katanya ketika wawancara bersama Malaysiakini.
Selepas tumbangnya BN pada PRU14, sejumlah 17 ahli parlimen Umno telah berpaling tadah dengan kebanyakannya menyertai parti serpihannya, Bersatu yang ketika itu dipimpin Dr Mahathir Mohamad.

Namun Umno kembali menyertai kerajaan selepas memberikan sokongan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin - yang membawa keluar Bersatu daripada PH - sebagai perdana menteri pada 2020.

Lebih setahun kemudian, iaitu pada Ogos 2021, Umno kembali memegang jawatan perdana menteri, menerusi naib presidennya Ismail Sabri Yaakob, selepas sejumlah ahli parlimennya menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin menyebabkannya hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Khir menganggap kebangkitan Umno pada masa ini bukan sahaja daripada kekalahan pada 2018, tetapi juga sejak PRU 2008 di mana buat pertama kalinya BN tidak mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan hilang empat negeri, iaitu Selangor, Perak Kedah dan Pulau Pinang.

Keputusan pada PRU ketika itu menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi kemudian berundur daripada jawatan perdana menteri.

Meskipun Zahid kini terpalit dengan pelbagai isu kontroversi di mahkamah, bagi Khir Zahid adalah seorang presiden yang mempunyai hala tuju untuk parti.

Katanya, ini kerana hala tuju parti politik yang sebenar adalah untuk menang pilihan raya, manakala isu ekonomi terletak di bahu kerajaan dan Umno bukanlah menguasai kerajaan sepenuhnya.

“Jadi apa kegagalan Datuk Seri Zahid? Daripada Umno dalam longkang, hari ini Umno jadi rebutan.

“Daripada Umno kalah pilihan raya, hari ini Umno menang dalam pilihan raya,” katanya yang merujuk kepada siri kemenangan dalam PRK dan PRN selepas PRU14.

Pada PRU14, gabungan pembangkang iaitu PH berjaya merampas Putrajaya daripada BN - sesuatu yang tidak berlaku sebelum itu.

Najib Razak yang merupakan perdana menteri ketika itu kemudian meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.

Kedua-dua jawatan tersebut kemudian disandang oleh Zahid. Pada Disember 2018, dia "bercuti" sementara - dengan kedua-dua jawatan dipangku timbalannya Mohamad Hasan - sebelum kembali aktif beberapa bulan kemudian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/khir-toyo-zahid-berjaya-angkat-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tak Mampu Tawan Selangor Tiada Pemimpin Boleh Bawa Kemenangan Khir Toyo

Umno Tak Mampu Tawan Selangor Tiada Pemimpin Boleh Bawa Kemenangan Khir Toyo

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 226 hits
agendaily com31 05 2022Dr Mohamad Khir Toyo Tiada pemimpin yang boleh membawa kemenangan kepada UMNO di Selangor untuk menawan semula negeri tersebut kata bekas Menteri Besar Se langor Dr Mohamad Khir Toyo Veteran UMNO itu menyindir pemimpi...
Umno Pun Berbelah Bahagi Untuk Adakan Pilihan Raya Awal Ph Beritahu Zahid

Umno Pun Berbelah Bahagi Untuk Adakan Pilihan Raya Awal Ph Beritahu Zahid

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 200 hits
freemalaysiatoday com June 10 2022 10 57 AMPresiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi telah menuduh pembangkang membeli masa dengan menolak pilihan raya awal diadakan GEORGE TOWN Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dikriti...
Panas Mat Sabu Tibai Zahid Kerajaan Umno Ceramah Terbaru

Panas Mat Sabu Tibai Zahid Kerajaan Umno Ceramah Terbaru

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 234 hits
Ceramah terbaru dari Presiden AMANAH Mohamad Sabu di Kelantan mengenai masaalah rakyat sekarang dan kemarahan kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional Isu ayam daging dan protes Veteren Tentera dan juga isu Zahid Hamidi terima duit bulanan
Umno Dah Naik Dari Longkang

Umno Dah Naik Dari Longkang

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 231 hits
UMNO MASUK LONGKANG ERA NAJIB KINI KEMBALI BANGKIT ERA ZAHID
Guan Eng Cabar Zahid Pecat Pemimpin Umno Tolak Pru 15 Awal

Guan Eng Cabar Zahid Pecat Pemimpin Umno Tolak Pru 15 Awal

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 221 hits
wartarakyat com myBy June 10 2022SELEPAS musim perayaan Aidilfitri berakhir pemimpin pemimpin UMNO kelihatan semakin mendesak kerajaan membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan lebih awal Melihat kepada politik ...
Which Will Come First Umno S Pemilihan Parti Or Zahid Going To Jail

Which Will Come First Umno S Pemilihan Parti Or Zahid Going To Jail

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 255 hits
Zahid is very selfish To save his own backside Zahid is denying three million Umno members the democratic right of a party election so that they can choose clean leaders who are not facing criminal charges and on trial for corruption NO HOL...
Tak Perlu Come Back Boleh Go Back Jamal Beritahu Khir Toyo

Tak Perlu Come Back Boleh Go Back Jamal Beritahu Khir Toyo

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 181 hits
Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos menasihatkan Dr Mohamad Khir Toyo tidak memilih Parlimen Sungai Besar untuk muncul semula dalam arena politik PETALING JAYA Dr Mohamad Khir Toyo dinasihatkan tidak perlu membuat come back sebaliknya le...
Khir Toyo Eyeing A Comeback As Mp

Khir Toyo Eyeing A Comeback As Mp

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 212 hits
Khir Toyo says he wants to ensure a victory for Umno in the next general election and nothing more PETALING JAYA Former Selangor menteri besar Khir Toyo is planning to make a political comeback at the next general election seven years after...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Mentors For Startup Business Owners

Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Elakkan Salah Pasang Ini Antara Kesalahan Selalu Berlaku Bila Gantung Jalur Gemilang

Rediscovering Intimacy Through Aroma And Vapor A Deep Dive Into Vapordisiacs

Template Buku Program Hari Kebangsaan 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Simple Trim Healthy Mama Recipe Book

Bihun Goreng Kampung

Eda Ezrin Nur Aida Selesai Ambil Keterangan Lebih 3 Jam

Bubur Lambuk Segera Brahims Mudah Cepat Sedap

Sentuhan Moden Pada Kuih Tradisional Resipi Warisan Yang Berjiwa Kontemporari