Umno Pekan Ingatkan Semua Pemimpin Politik Tidak Mainkan Isu 3r Dalam Kempen Pilihan Raya




PEKAN: UMNO Pekan mengingatkan semua pemimpin politik agar tidak mengamalkan budaya fitnah dan menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pilihan raya.
Ketuanya, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, peringatan itu diberikan bagi menegur tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh isu 3R ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
Menurutnya, sebagai seorang bekas pimpinan tertinggi negara, kenyataan seumpama ini adalah sangat tidak wajar dizahirkan oleh beliau.
"Isu 3R tidak sewajarnya diheret mana-mana pemimpin dalam negara kita meskipun dalam ceramah pilihan raya. Walaupun kita berhasrat untuk mencapai kemenangan tapi (secara) jelas, kita tidak boleh menyentuh perkara berkaitan 3R.
"Apatah lagi mewujudkan fitnah yabg tidak betul sama sekali dan menjejaskan kredibiliti institusi beraja. Kalau (perkara ini) dibiarkan berlaku pada masa akan datang,sudah pasti membawa keburukan kepada negara, serta cara kita berkempen khususnya dalam pilihan raya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas satu laporan polis dibuat wakil UMNO Pekan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada Ahad.
Lebih 100 ahli UMNO termasuk ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali memberi sokongan sebagai tanda solidariti mempertahankan institusi diraja.
Terdahulu, Muhyiddin dalam satu ceramah telah mengeluarkan kenyataan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Mengulas lanjut, Mohammad Fakhruddin meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan ucapan Muhyiddin dan kenyataan beliau jelas mempersoalkan krebiliti Al-Sultan Abdullah.
Jelasnya, Muhyiddin yang berpengalaman luas dalam bidang politik dan pentadbiran, sepatutnya menunjukkan peribadi yang berhemah tinggi dan bersikap professional apabila turun berkempen di mana-mana kawasan pilihan raya.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar menuntut agar tindakan sewajarnya oleh pihak kerajaan supaya tidak berulang lagi dan menjadi contoh kepada pihak lain.
‘’Kita harap Pekan sentiasa dihormati sebagai bandar Diraja dan dihormati oleh pihak berkepenting.
"Kita di Pekan sentiasa menghormati raja kita, memang di Pekan pusatnya pemerintahannya,kita berasa amat sedih perkara ini berlaku," jelas beliau. #sinarharian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/08/umno-pekan-ingatkan-semua-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu 3r Pemuda Puteri Umno Pekan Buat Laporan Polis Terhadap Muhyiddin

Isu 3r Pemuda Puteri Umno Pekan Buat Laporan Polis Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 83 hits
Bekas Perdana Menteri itu selaku individu berpengalaman dalam bidang politik tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan menyentuh institusi diraja dan perlu menjadi contoh yang baik kepada pemimpin muda Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagi...
Wan Rosdy Tan Sri Muhyiddin Tak Patut Heret Al Sultan Abdullah Untuk Raih Undi Pilihan Raya

Wan Rosdy Tan Sri Muhyiddin Tak Patut Heret Al Sultan Abdullah Untuk Raih Undi Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 84 hits
KUALA LUMPUR Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang didakwa biadab ke atas Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy ...
Ini Rumah Misteri Mana Siapa Hantu Nya Politik Dajjal Umno Ph

Ini Rumah Misteri Mana Siapa Hantu Nya Politik Dajjal Umno Ph

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 198 hits
Rumah peserta terbiar kerana berpindah ke tempat lain bagi mencari rezeki 1 Peserta Agropolitan hilang pendapatan dihalang tuai sawitGUA MUSANG Projek Agropolitan Kelantan Selatan di Rantau Manis dilaksanakan pada 2009 dengan harapan memban...
Pm Jawab Kiandee Jangan Jadikan Isu Peruntukan Sabah Politik Picisan

Pm Jawab Kiandee Jangan Jadikan Isu Peruntukan Sabah Politik Picisan

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 77 hits
Isu peruntukan kepada Sabah boleh dibincangkan secara lanjut dengan syarat ia dilakukan secara baik dan tidak dipolitikkan kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Katanya Ronald Kiandee yang membangkitkan isu tersebut patut faham berkenaan penga...
Zaid Ibrahim Terpaksa Mengakui Bahawa Anwar Pemimpin Pilihan

Zaid Ibrahim Terpaksa Mengakui Bahawa Anwar Pemimpin Pilihan

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 72 hits
Malaysiakini nbsp Zaid BN menang di Nenggiri bermaksud Anwar pemimpin pilihanBekas menteri undang undang Zaid Ibrahim menyifatkan kemenangan terbaru BN dalam pilihan raya kecil Nenggiri sebagai kemenangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Mengu...
Umno Tak Jemput Dap Pemimpin Parti Kerajaan Untuk Sejukkan Akar Umbi Kata Penganalisis

Umno Tak Jemput Dap Pemimpin Parti Kerajaan Untuk Sejukkan Akar Umbi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 151 hits
freemalaysiatoday com 15 Aug 2024 08 00 AMUmno semalam memutuskan tidak menjemput pemimpin utama kerajaan perpaduan ke PAU 2024 minggu depan Perhimpunan Agung Umno 2024 akan berlangsung dari 21 hingga 24 Ogos dijangka dihadiri 6 433 perwaki...
Umno Tegas Dalam Isu Komik Tak Akan Gadai Agenda Melayu Dan Islam

Umno Tegas Dalam Isu Komik Tak Akan Gadai Agenda Melayu Dan Islam

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 81 hits
Agenda membabitkan Melayu dan Islam yang diperjuangkan UMNO selama ini tidak akan tergadai sama sekali dengan pembatalan Perintah Larangan komik berjudul Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama tulisan bekas ahli DAP Hew Kuan Yau o...
Pas Keliru Pilih Antara Politik Dan Agama Isu Kalimah Allah

Pas Keliru Pilih Antara Politik Dan Agama Isu Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 74 hits
Pening Itulah kata kata seorang kawan dalam Pas apabila ditanya pandangannya berhubung isu kalimah Allah yang melibatkan parti itu Kawan penulis ini mengakui ahli ahli Pas di peringkat umbi kecewa dengan apa yang berlaku Keputusan Pas untuk...
Ini Pemikiran Lubang Biawak Mat Sabu Mana Telur

Ringgit Mengukuh Antara Mata Mata Wang Berprestasi Terbaik Peringkat Global

Trading Name That Aligns With Brand

Ouch Secures Rm5 Million Amid Extended Bnm Sandbox Approval

East Malaysian Mps Urged To Reject Cruel Citizenship Bill

Madu Bermanfaat Pada Pesakit Diabetes

Bursa Jyprx Meluncurkan Sistem Keuangan Digital Menciptakan Pengalaman Trading Yang Unik

Drama Andai Tiada Dia


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Telekinesis 2024 Arahan Syafiq Yusof Kini Di Astro First

Resepi Cheese Tart Paling Gebu dan Kemas Senang Dimakan Bila Separuh Montok

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Calar Cinta Slot Samarinda TV3

ABPBH 2024 Tarikh Kategori Calon Undian Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Tiket Dan Segala Info Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36

Mr Hiiragi s Homeroom Info Dan Sinopsis Siri Jepun Kini Diadaptasi Sebagai Drama Berepisod Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Di Astro Ria Sooka


Bolehkah Orang Kafir Menjual Masakan Babi

Resepi Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih

Cara Efektif Untuk Menarik Banyak Siswa Bagi Lembaga Kursus Pendidikan

Data Pengguna Blogger Website Berbasis Blogger Masih Banyak

3a Pin U

Husnuzhan Kepada Allah