Umno Tegas Dalam Isu Komik Tak Akan Gadai Agenda Melayu Dan Islam



Agenda membabitkan Melayu dan Islam yang diperjuangkan UMNO selama ini, tidak akan tergadai sama sekali dengan pembatalan Perintah Larangan komik berjudul ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau, oleh mahkamah baru-baru ini.
(BH) – Sebaliknya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata UMNO sudah memainkan peranan dalam isu komik terbabit dengan mendesak kerajaan menangguhkan pembatalan Perintah Larangan terhadap penerbitannya sebelum ini.
Beliau berkata, walaupun pendirian UMNO tegas berhubung intipati komik terbabit, namun semua pihak perlu akur dengan keputusan dikeluarkan mahkamah dalam isu itu.
“UMNO bertegas dalam isu larangan komik ini, malah sudah meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneliti semula perkara ini dan difahamkan, kerajaan sedang membincangkan langkah untuk memfailkan permohonan menyemak semula keputusan pembatalan perintah berkenaan.
“Jadi, janganlah menuduh dan memfitnah UMNO, takkanlah kerana pembatalan larangan komik itu jadi bukti UMNO menggadai agenda Melayu dan Islam hingga didesak keluar daripada kerajaan.
“Pembatalan perintah larangan komik itu dikeluarkan mahkamah pada Disember 2022, tetapi kerajaan melewatkan pelaksanaannya hingga bulan ini. Takkanlah hanya kerana komik itu, kita gadaikan semua dasar yang memberi kesan besar buat rakyat,” katanya kepada BH, hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik yang dikaitkan dengan komunis itu yang sebelum ini diwartakan pada 2019.
Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024, yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bertarikh 6 Ogos lalu.
Asyraf Wajdi berkata, pihaknya turut meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan arahan supaya komik ini tidak terlepas masuk ke sekolah.
Beliau berkata, ini kerana intipati komik itu bukan sahaja memberi penghinaan terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun ia juga menyentuh Perlembagaan, mempertikaikan hak Bumiputera dan orang Melayu.
Katanya, pada peringkat awal ini, pihaknya akur dengan keputusan mahkamah namun beliau percaya ada banyak cara lain untuk mengekang penyebaran komik terbabit.
“KDN tidak boleh berbuat apa-apa kecuali menarik semula perintah itu kerana ia arahan mahkamah…siapa boleh langgar mahkamah kerana ia membabitkan kedaulatan undang-undang iaitu antara Rukun Negara yang wajib dipatuhi,” katanya.
 
The post ‘UMNO tegas dalam isu komik, tak akan gadai agenda Melayu dan Islam’ appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/08/20/umno-tegas-dalam-isu-komik-tak-akan-gadai-agenda-melayu-dan-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohon Maaf Pada Melayu Jika Umno Gagal Selama 60 Tahun Ini Johari

Mohon Maaf Pada Melayu Jika Umno Gagal Selama 60 Tahun Ini Johari

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 117 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 24 2024 6 13 PMPAU 2024 Umno perlu memohon maaf kepada orang Melayu sekiranya parti itu telah melakukan kesilapan semasa menerajui negara selama lebih 60 tahun kata naib presiden Umno Johari Abdul Ghani hari ...
Isu 3r Pemuda Puteri Umno Pekan Buat Laporan Polis Terhadap Muhyiddin

Isu 3r Pemuda Puteri Umno Pekan Buat Laporan Polis Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 103 hits
Bekas Perdana Menteri itu selaku individu berpengalaman dalam bidang politik tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan menyentuh institusi diraja dan perlu menjadi contoh yang baik kepada pemimpin muda Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagi...
Umno Cari Pendekatan Tangani Isu Jenayah Masalah Sosial Zahid

Umno Cari Pendekatan Tangani Isu Jenayah Masalah Sosial Zahid

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 118 hits
malaysiakini comPAU 2024 Umno akan mencari pendekatan bagi menangani masalah jenayah dan kebejatan sosial yang semakin membimbangkan kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi Dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2024 hari ini Ahmad...
Meminta Bantuan Bersatu Umno Persatuan Pengguna Memperbodohkan Orang Melayu

Meminta Bantuan Bersatu Umno Persatuan Pengguna Memperbodohkan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 115 hits
Adapted from Murray Hunter s latest article August 12 2024 As usual my comments in blue Murray s website is blocked He writes such matter of fact to the point articles Professor Murray is an academic You can see the no nonsense academic sty...
Umno Pekan Ingatkan Semua Pemimpin Politik Tidak Mainkan Isu 3r Dalam Kempen Pilihan Raya

Umno Pekan Ingatkan Semua Pemimpin Politik Tidak Mainkan Isu 3r Dalam Kempen Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 111 hits
PEKAN UMNO Pekan mengingatkan semua pemimpin politik agar tidak mengamalkan budaya fitnah dan menyentuh isu agama raja dan kaum ketika berkempen pilihan raya Ketuanya Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata peringatan itu diberikan bag...
Betul Ke Melayu Perlu Umno Atau Umno Perlu Melayu

Betul Ke Melayu Perlu Umno Atau Umno Perlu Melayu

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 118 hits
kosmo com myOleh MOHD RASDAN AHMAD24 Ogos 2024 7 23 pmJohari berucap pada penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini Foto oleh FARIZ RUSADIO KOSMO KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO Datuk Ser...
Batal Pengharaman Komik Bekas Ahli Dap Umno Bagaimana Soal Pas

Batal Pengharaman Komik Bekas Ahli Dap Umno Bagaimana Soal Pas

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 272 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 13 2024Beberapa pemimpin akar umbi PAS hari ini tampil mempersoalkan tindakan kerajaan yang membatalkan perintah larangan terhadap penerbitan komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama tulisan bek...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya