Biarlah Umno Sokong Anwar Daripada Terus Dibuli Oleh Rakan Sekutu



Selepas 10 bulan Perikatan Nasional (PN) memerintah negara sejak kejatuhan kerajaan PH yang lepas, politik negara masih lagi goyah apabila jumlah majoriti yang dimiliki kerajaan hanya dibezakan dengan 3 undi. Berdasarkan undi belah bahagi terhadap Belanjawan 2021, kerajaan PN hampir tumbang apabila terdapat desas-desus mengatakan segelintir Ahli Parlimen UMNO akan menolak belanjawan tersebut jika permintaan mereka gagal dipersetujui oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.
Namun, segalanya terjawab apabila tiada satu pun Ahli Parlimen UMNO yang berani menolak, malah tetap menyokong walaupun permintaan mereka tidak ditunaikan sepenuhnya.
Selepas beberapa siri serangan yang dilakukan oleh pihak pembangkang, antaranya mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen dan usaha Anwar Ibrahim mempersembahkan akuan bersumpah (SD) yang dimilikinya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober, pemerintahan yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi gagal ditumbangkan oleh kerana pendirian UMNO yang tidak jelas.

Meskipun, terdapat beberapa nama disebut menyokong Anwar, antaranya ialah Zahid Hamidi dan Najib Razak, namun sehingga ke hari ini tiada apa-apa yang berlaku.
Saya berpendapat bahawa UMNO berada dalam dilema iaitu sama ada ingin terus menyokong pemerintahan Muhyiddin ataupun membentuk gabungan politik baru bersama PKR, DAP dan Amanah.
Hal ini tercetus apabila beberapa veteran UMNO, antaranya ialah Puad Zarkashi, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Shahrir Samad, menyeru Ahli-ahli Parlimen parti itu menarik sokongan mereka dari terus menyokong kepimpinan Muhyiddin.
Hal ini demikian kerana, bagi mereka, UMNO telah dibuli dengan teruk dan ketidakadilan berlaku apabila Ahli Parlimen UMNO hanya menjawat jawatan portfolio yang tidak penting dalam Jemaah Menteri, meskipun mempunyai Ahli Parlimen yang terbesar dalam kerajaan PN.

Contohya, lihat bagaimana PRN Sabah yang menyaksikan penenggelaman BN sehingga mengakibatkan jawatan ketua menteri diserahkan kepada parti pimpinan Muhyiddin Yassin walaupun mereka menang kerusi terbanyak.
Adakah UMNO sedar bahawa mereka bukan lagi kuasa besar dalam politik tanah air? Berdasarkan perjanjian yang dimeterai antara parti-parti dalam Perikatan Nasional, UMNO terpaksa melepaskan Sabah, Sarawak, Kedah, Terrengganu, dan Kelantan kepada PPBM, GPS, dan PAS.
Sedarkah UMNO bahawa mereka mungkin terpaksa melepaskan beberapa negeri lagi misalnya di Johor, Perak, dan Melaka jika terus berada dalam PN pada PRU-15 akan datang?
Sedarkah bahawa UMNO terpaksa melepaskan kerusi yang dimenangi kepada wakil rakyatnya yang telah berpaling tadah ke PPBM? Ini ditambah lagi dengan “sahabat sejati” mereka iaitu PAS yang seolah-olah berpihak kepada Muhyiddin dan seakan-akan sudah lupa piagam yang dipersetujuinya bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).
Adalah amat tidak wajar apabila jawatan timbalan perdana menteri tidak diserahkan kepada UMNO dengan alasan Presiden Zahid Hamidi mempunyai kes di mahkamah.
Persoalannya, undang-undang mana yang menyatakan seseorang itu tidak layak menjawat jawatan timbalan perdana menteri kerana mempunyai kes yang masih berjalan walaupun belum dinyatakan bersalah atau tidak?
Adakah Muhyiddin ingin menjadi diktator ataupun ingin menonjolkan imej bersih beliau kepada rakyat?
Ataupun mungkinkah benar desas-desus bahawa beliau mahukan Azmin Ali menjadi pengganti beliau pada masa akan datang?
Bagi saya, saranan pemimpin veteran UMNO tersebut perlu disegerakan walaupun ditentang oleh segelintir ahli Parlimen UMNO yang telah mendapat habuan jawatan dalam kabinet dan GLC.
Menteri Sains, Inovasi, dan Teknologi, Khairy Jamaluddin mengatakan tiada siapa yang layak menggantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri, baik dalam UMNO mahupun pembangkang. Beliau juga menyarankan Muhyiddin terus mengetuai kerajaan pada PRU-15 akan datang. Persoalannya, adakah wajar pemimpin dalam UMNO sendiri mengeluarkan kenyataan sebegini rupa?
Dalam pada itu, terdapat juga beberapa pemimpin yang menyatakan bahawa UMNO rela hilang kuasa daripada bekejasama dengan DAP. Hal ini demikian kerana, mereka merasakan bahawa orang Melayu akan menolak UMNO jika menjalinkan hubungan dengan DAP kerana telah mengorbankan dasar perjuangan parti itu iaitu ABATA (Agama, Bangsa,Tanah, Air).
Kini, slogan “No Anwar, No DAP” digunakan bagi memastikan tiada sebarang kerjasama dapat dilakukan.
Secara peribadi, saya merasakan bahawa UMNO akan mengalami kerugian yang sangat besar jika terus menyokong kerajaan sedia ada. Hal ini berlaku kerana, mereka tidak mungkin lagi berkuasa seperti dulu akibat dibayangi oleh PPBM pimpinan Muhyiddin. Pada waktu yang sama, secara sedar atau tidak, UMNO bakal hilang satu persatu pemimpin mereka yang sedang menjalani perbicaraan di mahkamah.
Saya yakin bahawa ini merupakan masa yang tepat untuk menjatuhkan Muhyiddin dan seterusnya menamatkan penguasaan parti pimpinan beliau di peringkat persekutuan dan negeri. Buat masa ini, keputusan yang paling tepat ialah untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri di samping merangka strategi baru bagi menghadapi PRU-15 kelak.
Dengan menyokong Anwar sebagai perdana menteri ke-9, ia bukanlah satu langkah ke belakang, namun merupakan strategi yang mampu memastikan UMNO kekal menjadi parti Melayu utama di negara ini tanpa perlu mengikut telunjuk PAS dan PPBM.
Muhammad Hafeezzur Rahman



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/biarlah-umno-sokong-anwar-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa

Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 381 hits
December 27 2020 4 30 PMSetiausaha Agung BN Annuar Musa berkata penolakan kerjasama dengan DAP dan Anwar adalah pendirian rasmi UMNO yang harus dipertahankan PETALING JAYA Annuar Musa memberi amaran UMNO menuju perpecahan kerana keghairahan...
Umno Sokong Anwar Kerana Sangat Bencikan Muhyiddin

Umno Sokong Anwar Kerana Sangat Bencikan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 240 hits
ARIF ATANSokongan Umno kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk mencapai jumlah majoriti di Parlimen kata Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Naib Presiden AMANAH itu berkata Umno menyokong Anwar bukan kerana menerima ...
Umno Rela Sokong Anwar Demi Kuasa

Umno Rela Sokong Anwar Demi Kuasa

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 283 hits
freemalaysiatoday combyAssistant Editor December 30 2020Selepas 10 bulan Perikatan Nasional memerintah negara sejak kejatuhan kerajaan PH yang lepas politik negara masih lagi goyah apabila jumlah majoriti yang dimiliki kerajaan hanya dibeza...
Umno Yang Permainkan Anwar Bukan Mahathir

Umno Yang Permainkan Anwar Bukan Mahathir

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 319 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBukan Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba memecah belahkan Pakatan Harapan sebaliknya ia adalah rancangan Umno yang secara jelas telah mempermainkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid...
Umno Putrajaya Sokong Muhyiddin

Umno Putrajaya Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 258 hits
548 total views 548 views today PUTRAJAYA UMNO Bahagian Putrajaya hari ini membuat ketetapan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat gesaan agar parti itu menolak kerjasama dengan Parti Pribum...
Jangkaan Usul Umno Tarik Diri Sokong Pn

Jangkaan Usul Umno Tarik Diri Sokong Pn

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 173 hits
Perkara itu antara dijangka berlaku dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Wanita Pemuda dan Puteri yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 1 Januari ini Akar umbi UMNO tidak mustahil akan membawa usul meminta pucuk kepemimpinan pa...
Gara Gara Mahu Bekerjasama Dengan Anwar Zahid Kini Ditekan Dalam Umno

Gara Gara Mahu Bekerjasama Dengan Anwar Zahid Kini Ditekan Dalam Umno

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 317 hits
Kedudukan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini berikutan keputusannya mahu bekerjasama dengan bekas mentornya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan baru namun kemudiannya ditolak oleh...
Kerjasama Dengan Dap Anwar Punca Umno Masuk Bersatu Dakwa Zahid Md Arip

Kerjasama Dengan Dap Anwar Punca Umno Masuk Bersatu Dakwa Zahid Md Arip

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 269 hits
malaysiadateline com Pemimpin Parti Pribumi Bersatu menafikan sekeras kerasnya dakwaan parti itu mencuri ahli Umno dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu penghinaan kepada akar umbi Umno yang memilih untuk menyertai Bersatu Senator M...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord