Umno Patut Belajar Dari Sejarah Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai



BANGI, 10 Zulhijjah 1441H, Jumaat – Keputusan UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional (PN) sebaik sahaja Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta jelas menunjukkan sifat pragmatis dan opportunis parti itu.
Pemerhati politik, Ir Lukman Al Hakim mendakwa, tindakan itu jelas selama ini kepimpinan tertinggi UMNO mengharapkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan campur tangan dalam sistem kehakiman negara dan menyelamatkan bekas presiden mereka.
“Apabila harapan berkecai, mereka mula mengeluarkan senjata rahsia berbentuk ugutan tidak langsung kepada Perdana Menteri. Walaupun masih menyokong kepimpinan Muhyiddin namun pendirian terkini UMNO jelas membayangkan bahawa mereka tidak begitu gembira dengan senario politik sedia ada.
Masakan tidak, walaupun BERSATU memiliki jumlah Ahli Parlimen yang jauh lebih sedikit, namun jawatan menteri dan timbalan menteri yang dibolot lebih tinggi dari Ahli Parlimen UMNO. Begitu juga dengan posisi menteri besar contohnya di Perak,” dakwanya dalam satu kenyataan.
Selain itu dakwanya, beberapa pimpinan tertinggi UMNO yang masih dibayangi kes rasuah dan sedang dibicarakan seperti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menambahkan lagi keperluan untuk mereka mendesak campur tangan politik dalam sistem kehakiman
“Jika tidak, lebih ramai pimpinan UMNO yang bakal meringkuk dalam penjara dan lebih banyak pekung yang bakal terdedah.
“Persoalannya, mana perginya perjuangan UMNO yang kononnya mempertahankan bangsa Melayu dan agama Islam sebagai identiti asas negara? Kenapa senario terkini hanya menonjolkan sisi buruk pimpinan mereka yang berjuang untuk kepentingan diri, kroni dan pemimpin korup yang diagung-agungkan?
“Bukankah lebih baik UMNO belajar dari kesilapan serta kesombongan mereka yang lalu yang menjadi punca kejatuhan BN pada 2018? Apa salahnya jika UMNO menguatkan PN sebagai platform persepakatan pimpinan Melayu Islam demi kepentingan rakyat majoriti Malaysia?,” soalnya.
Beliau menegaskan, sekiranya UMNO benar-benar ikhlas berjuang untuk agama dan bangsa, mereka akan tetap bekerjasama dengan parti lain yang mempunyai misi yang sama menentang parti rasis dan cauvinis, tonggak perosak Perlembagaan dan keharmonian integrasi kaum di Malaysia.
“UMNO perlu belajar dari sejarah. Jangan menang sorak kampung tergadai!,” tegasnya.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu membuat keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan parti dalam komponen BN.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan PN walaupun tidak menyertai gabungan itu secara rasmi.
Difahamkan keputusan itu dibuat dua hari selepas Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

#Sumber : ISMAWEB    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/umno-patut-belajar-dari-sejarah-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 486 hits
Hari ini Ketua PPBM Sabah berkata akan bertanding 45 kerusi dari 73 DUN yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah kelak Dua perkataan Jangan Mimpi Cadangan kepada PPBM Sabah Kalau nak bersahabat dengan UMNO buat cara bersahab...
Pas Belajar Skrip Dulu Tak Tahu Dengan Umno Ker

Pas Belajar Skrip Dulu Tak Tahu Dengan Umno Ker

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 268 hits
Nampaknya sekali lagi batu yang dilontarkan PAS terkena kepala sendiri Selepas isu air kelantan kemudian isu RUU355 dan kini isu RCI Tabung Haji Daripada mengheret rakyat ke jalanan hinggalah mengajak rakyat mencaci kerana tabung haji telah...
Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 335 hits
KOTA KINABALU Pengarah komunikasi Umno Sabah Ghazalie Ansing berkata parti itu tetap dengan pendirian untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dan pernah ditandingi sebelum ini Selain itu katanya Umno Sabah juga...
Boleh Balik Raya Aidiladha Di Kampung Jangan Bawa Balik Covid 19

Boleh Balik Raya Aidiladha Di Kampung Jangan Bawa Balik Covid 19

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR 28 JULAI Jika pada Aidilfitri yang lepas orang ramai tidak dapat menyambutnya bersama keluarga di kampung ekoran larangan rentas negeri namun pada Aidiladha yang jatuh pada Jumaat ini tiada sebarang sekatan perjalanan akan dibu...
Bagaimana Umno Menjaga Cybertrooper Mereka Ph Nak Menang

Bagaimana Umno Menjaga Cybertrooper Mereka Ph Nak Menang

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 370 hits
Antara yang kerajaan PH dulu tak ambik berat Malah boleh dikatakan tiada apa pun untuk para cyber PH dulu yang banyak membantu di dalam sosial media tengak mcmna diaorg jaga orang mereka Kedengaran hari ini JASA di hidupkan kembali Bermakna...
Mesej Sop Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga Yang Tular Adalah Berita Palsu Kkm Mohon Jangan Disebarkan

Mesej Sop Perintah Kawalan Pergerakan Keluarga Yang Tular Adalah Berita Palsu Kkm Mohon Jangan Disebarkan

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 298 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa satu mesej berkenaan SOP PKPKP seperti yang tersebar dan telah tular di internet adalah palsu Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi KKM gambar mesej tular tersebut memaparkan beberapa...
Melayu Jangan Takut Ajar Cina Dap

Melayu Jangan Takut Ajar Cina Dap

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 273 hits
Melihat perkembangan dua tahun kebelakangan ini semenjak PRU14 pada bulan Mei 2018 nampaknya kaum Cina DAP sudah melampaui batas Mereka menghina Melayu Islam Raja Raja Melayu Bahasa Melayu dan Jawi Melayu tidak boleh lagi berdiam diri dan s...
Cara Memeriksa Habis Haid Dan Jangan Lewatkan Mandi Wajib

Cara Memeriksa Habis Haid Dan Jangan Lewatkan Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 1537 hits
CARA MEMERIKSA HABIS HAID DAN JANGAN LEWATKAN MANDI WAJIB Ramai wanita tidak tahu terutama yang baru baligh ini cara nak semak periksa haid sudah habis atau belum dan disini ada jawapan jangan lewatkan mandi wajib Sila baca dan faham CARA M...
Ahli Politik Ini Nasihat Jangan Langgar Sop Covid 19 Kerana Beliau

Ahli Politik Ini Nasihat Jangan Langgar Sop Covid 19 Kerana Beliau

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 343 hits
Foto TTKMUcapan beliau Kalian tidak perlu berhimpun untuk saya kerana nyawa kalian sangat berharga Saya tidak sanggup melihat kalian dijangkiti virus maut Covid 19 semata mata kerana saya Cukuplah doa kalian untuk saya dalam menghadapi musi...
Failed Startups To Success

Telefilem Sinar Ramadan

Rasuah Warga Asing Dapat Lesen Penjaja

Lirik Lagu Terpaling Puasa Papa Pipi Bell Ngasri

Me Time Sempena Women S Day

Pengasuh Didakwa Bunuh Kanak Kanak Perempuan Tiga Tahun

Resipi Almond Cluster Sedap Hanya Guna 2 Bahan

How Motion Controls Are Revolutionizing Fitness And Sports Gaming


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Nak Ke Mana Buah Tangan Dato Sri Siti Nurhaliza Sempena Lebaran Kali Ini

Raya Outdoor Photoshoot 2025 Riceeagle Studio Kota Kinabalu Sabah

10 Amalan Ni Buatkan Korang Kaya Di Bulan Puasa Ni

Mab Officer S Sacking For Playing Takraw While On Extended Mc Upheld

Man Nabbed For Molesting Women At Ramadan Bazaar

The Morphing Of Sapura Energy S Rm1 1b Lifeline Extension Into Madani Style Strategic Investment