Ppbm Jangan Gelojoh Umum Jumlah Kerusi Mahu Ditandingi Kata Umno Sabah


KOTA KINABALU: Pengarah komunikasi Umno Sabah, Ghazalie Ansing berkata, parti itu tetap dengan pendirian untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dan pernah ditandingi sebelum ini.
Selain itu katanya, Umno Sabah juga mengintai beberapa lagi kerusi yang berpotensi untuk dimenangi oleh parti berkenaan.
“Pengerusi Umno Sabah (Bung Mokhtar Radin) juga telah menyatakan akan bertanding sekurang-kurangya 38 kerusi pada PRN (pilihan raya negeri) nanti.
“Bagaimanapun kami bersedia untuk berunding dengan mana-mana parti, tetapi syarat ini merupakan ‘baseline’ untuk dijadikan asas perundingan seperti yang diberikan kepada Umno Sabah, iaitu autonomi untuk memilih mana-mana parti sebagai rakan kongsi pilihan raya,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Ghazalie berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman PPBM Sabah yang menyatakan hasrat untuk bertanding di 45 kerusi Dun pada PRN nanti.
“Saya harap PPBM mengambil sikap tenang dan tidak gopoh untuk mengumumkan akan bertanding di 45 kerusi DUN kerana mereka kekuatan mereka belum terbukti pada mana-mana PRK (pilihan raya kecil) di Sabah,” katanya.
Terdahulu pengerusi PPBM Sabah, Hajiji Noor dalam kenyataan harui ini berkata, parti itu mengenal pasti 45 kerusi untuk ditandingi, namun pada masa sama sedia berbincang dengan Perikatan Nasional (PN), Umno dan Barisan Nasional (BN).
Pada Khamis, Ketua Menteri, Mohd Shafie Apdal, mengumumkan pembubaran DUN bagi membolehkan PRN diadakan.
Ini berikutan pengumuman bekas ketua menteri Musa Aman bahawa pihaknya mempunyai sokongan majoriti mudah bagi menubuhkan kerajaan baru di negeri itu.
Ketika ini, Umno Sabah memiliki 1 daripada 17 kerusi DUN yang dimenangi pada pilihan raya umum ke-14, selepas 16 Adunnya meninggalkan parti itu dan menyertai parti gabungan kerajaan Warisan dan PPBM.
Kerusi tunggal Umno disandang Musa Aman yang mewakili DUN Sungai Sibuga.
73 kerusi DUN bakal dipertandingan dalam PRN Sabah kali ini, berbanding 60 kerusi pada pilihan raya umum lepas.
The post PPBM jangan gelojoh umum jumlah kerusi mahu ditandingi, kata Umno Sabah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/01/ppbm-jangan-gelojoh-umum-jumlah-kerusi-mahu-ditandingi-kata-umno-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 533 hits
Hari ini Ketua PPBM Sabah berkata akan bertanding 45 kerusi dari 73 DUN yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah kelak Dua perkataan Jangan Mimpi Cadangan kepada PPBM Sabah Kalau nak bersahabat dengan UMNO buat cara bersahab...
Umno Bn Tanding Semua 73 Kerusi Dun Sabah Kata Bung

Umno Bn Tanding Semua 73 Kerusi Dun Sabah Kata Bung

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 324 hits
Datuk Seri Bung Moktar Radin turut mengesahkan akan bertanding di Lamag iaitu satu daripada DUN baharu diwujudkan di Sabah Foto oleh Firdaus LatifKOTA KINABALU 2 Ogos Barisan Nasional Sabah dan rakan parti lain termasuk Parti Pribumi Bersat...
73 Kerusi Bersatu Mahu 45 Umno Mahu 32 Bung Kata Mesyuarat Esok

73 Kerusi Bersatu Mahu 45 Umno Mahu 32 Bung Kata Mesyuarat Esok

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 403 hits
Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata bahawa partinya akan bermesyuarat esok untuk akan membuat keputusan berhubung kerjasama antara Umno dengan Bersatu menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah Menurutnya Umno Sabah akan mengadakan mes...
Hajiji Bung Kombinasi Terbaik Lawan Warisan Kata Pemuda Ppbm Sabah

Hajiji Bung Kombinasi Terbaik Lawan Warisan Kata Pemuda Ppbm Sabah

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 540 hits
Ketua Pemuda PPBM Sabah Khairul Firdaus Akbar berkata gandingan Hajiji Noor dan Bung Moktar Radin yang masing masing mengetuai PPBM serta Umno negeri ialah kombinasi terbaik untuk menentang Warisan dan sekutunya pada Pilihan Raya Negeri aka...
Kemenangan Terjamin Jika Ppbm Umno Pas Berganding Kata Penganalisis

Kemenangan Terjamin Jika Ppbm Umno Pas Berganding Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 409 hits
Robin Augustin PETALING JAYA Dua orang penganalisis politik bersetuju kemenangan pilihan raya yang meyakinkan akan terjamin buat Umno PPBM dan PAS sekiranya mereka berganding Namun kedua duanya memberitahu FMT keadaan semasa tidak memberi k...
Bahagi Kerusi Secara Saksama Tiada Parti Dominan Di Sabah Kata Pemuda Pkr

Bahagi Kerusi Secara Saksama Tiada Parti Dominan Di Sabah Kata Pemuda Pkr

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 450 hits
August 2 2020 Setiausaha Pemuda PKR Ahmad Syukri Che Ab Razak mengakui PKR berdepan laluan sukar memulakan proses perbincangan adil berhubung pembahagian kerusi jika ada parti yang menganggap diri lebih dominan dan perlu diberikan lebih ban...
Serah Kerusi Kepada Bersatu Ahli Umno Akan Berontak Kata Ku Li

Serah Kerusi Kepada Bersatu Ahli Umno Akan Berontak Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 475 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran ahli Umno akan menolak parti itu jika peminpin mereka dengan mudah tunduk memberikan laluan kerusi kepada parti serpihan mereka Bersatu Memetik Utusan Malaysia Pengerusi Jemaah Penasihat U...
Umno Dan Bersatu Di Sabah Mula Berebut Dan Bergaduh Berebut Kerusi Dan Kemudian Berebut Ketua Menteri

Umno Dan Bersatu Di Sabah Mula Berebut Dan Bergaduh Berebut Kerusi Dan Kemudian Berebut Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 392 hits
Belum pun tarikh penamaan calon dan pengundian untuk PRN Sabah ditetapkan oleh SPR tanda tanda gaduh besar antara UMNO dan Bersatu lebih dulu jelas kelihatan Dalam reaksi awal kedua dua parti Melayu itu mereka kini nampaknya saling berebut ...
Bukan Kami Di Sebalik Rancangan Rampas Kuasa Kata Umno Sabah

Bukan Kami Di Sebalik Rancangan Rampas Kuasa Kata Umno Sabah

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 352 hits
Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin menolak spekulasi yang mengaitkan parti itu dengan khabar angin mengenai rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri pimpinan Warisan awal minggu ini Saya tegas dalam hal ini Umno Sabah bukan dalang di seb...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Saya Menjana Jualan Lebih Rm10 000 Sebulan Di Lazada

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

5 Sebab Mengapa Anak Anda Sukar Untuk Menghafal Sifir

Jana Income 3k 10k Sebulan Dengan Jual Ebook Sendiri

Scooter Day 2025

Naikkan Imej Produk Wangian Anda Dengan Kotak Perfume Premium